Thursday, January 28, 2010

GUNDAH GULANA

Semakin menjadi2 penyakit short term memory aku ni. Makin teruk sejak datang sini. Aku memang seorang yang blur. Tapi makin menjadi2 ja rasanya kebelakangan ni.huhuhu.. Telupa 1 hal, bila kuliah bosan mula la otak aku melayang berangan. huhu. Susah aku nak fokus. Kenapa ya? Sungguh susah hati fikir pasal ni. Terbaru untuk kali ke berapa entah aku tinggal pendrive dalam makmal komputer.wawawawawa. Pendrive tu penting bagi aku. Kalau hilang da masuk kali ke berapa entah aku kena beli pendrive baru. Benci diri sendiri yang cuai ni!

(T_T)

Monday, January 25, 2010

PELAJARAN HIDUP DI SATU PAGI

Akhirnya aku menyumpah seranah lagi.haha. Aku tengah blogging di tengah hari rembang. Kenapa ya? Selalu kan semua posting aku pagi2 buta atau tengah malam sunyi. Tapi hari ni aku telah dengan jahatnya ponteng 2 kelas pagi sampai tengah hari.huhu. Aku malas hari ni! Lagipun kelas tengah hari ni kelas Mr Iran tu.huhu. Setiap kelas dia aku tak faham lagi. Jadi hari ni aku putus asa sekejap.hehe. Sebenarnya mood malas ni tercetus sebab aku belum cuti minggu lepas.. Terima kasih kepada modul 2 hari di hujung minggu yang melenyapkan impian santai hujung minggu bersama tidur nyenyak 8jam. Tapi sekurang2nya, aku selesaikan kerja untuk kelas petang ni bila aku ponteng ni.

Kelmarin aku belajar sesuatu. Kawan adalah seseorang yang akan cakap,, "hahaha, padan muka kau!" bila kita tengah susah. Yeah! Itu kawan. Terima kasihlah..Itu belum yang kali ke berapa entah she just yell at me! Aku boleh balas, tapi aku tak nak. Ini bukan kali pertama, bukan yang terakhir jugak aku andaikan. Setiap kali benda ni jadi aku akan jadi macam seorang pengungkit sebab terkenang semua benda yang pernah aku tolong dia. Aku tahu aku ni kasar, tapi sekasar2 dan seteruk mana pun perangai aku, tak pernah pulak aku tengking kau kan???Damned! Bukan untuk engkau, tapi untuk aku yang selalu tak sampai hati. Kenapa ya?owh ya, aku selalu fikir macam ni," tak pa la, malas layan." Might sound so coool. But not that cool! At the end of the day, aku makan hati!

Kenapa entah, setiap kali aku meroyan nak marah orang mesti terkeluar ayat omputih. Nampak betapa celaru otak aku.huhu.Ya! Aku memang tengah belajar kawal marah dan baran, dah 4 tahun aku cuba, dan semakin baik. Semoga aku terus cuba.

p/s: Aku tak tau la aku yang cepat sentap atau dia. Tapi aku rasa aku cakap elok2 takda nak marah2 pun. Tapi kalau korang di tempat aku boleh ka terima kena tengking macam tu kat tempat awam? Tapi aku pelik, kenapa dalam banyak2 kawan, aku yang selalu kena, orang lain tak pernah pulak dia nak tengking2. Bila aku cakap no need to shout, dia akan balas balik apa yang aku cakap. Adakah aku yang selalu jadi mangsa sebab aku kasar? Memang aku kasar, tapi tak pernah aku tengking kau! Jadi kau tak boleh fikir ke yang aku ni pun ada hati? Selalu cakap aku kasar, sekasar aku tak pernah pulak aku buat kau macam mana kau buat aku. Siapa yang kasar sekarang? And the best part is, she just spoil my mood for the rest of the day! Thank you very much!!!!

Thursday, January 21, 2010

MASALAH YANG DICARI SENDIRI.

Huarghh~~~ Mengantuk la pulak. Aku tengah siapkan kerja untuk presentation ECM esok. Betapa tak bestnya nak present depan kelas orang lain.huhu.. Membuatkan aku cuak. Banyak benda jadi kebelakangan ni. Antaranya Mr Zulkifli cari aku sebab ponteng kelas BEL dia.huhu. Aku yang cari penyakit. Tak tau lagi macam mana nasib aku minggu depan. Dia ni dah la suka halau orang. Dalam otak aku ni dah serabut dengan drama2 lakonan yang mungkin bakal terjadi minggu depan. Sebab aku ponteng? Dia garang, dan aku takut kena marah sebab belum ada tajuk untuk presentation BEL. Lepas subuh boleh plak aku bertafakur fikir nak ponteng ke tak.haha..Ya!! aku memang suka mencari masalah!

Cerita lain? Kawan2 sekolah rendah tiba2 muncul balik. Semuanya kerana Facebook.hehe. Rasa macam budak2 balik bila imbas kenangan zaman sekolah rendah. Suka!! Ramai pulak insan2 dari zaman silam aku tiba2 muncul balik. Ada yang buat aku tersenyum, ada yang buat aku gelabah.haha. Semoga semuanya ke arah kebaikan..InsyaAllah.

p/s: 10 tahun pun aku sanggup tunggu !!! Sabar itu magis! (^_^)

Friday, January 15, 2010

HARI HILANG ARAH.

Seandainya aku benar2 ninja kampung konoha, boleh aku belajar teknik pembahagi bayang.haha.. adoyyaaii..

Hari ni aku hilang arah.hehe. Tertidur lewat petang, bangun selepas dikejutkan deringan telefon dari nemburyse mengajak keluar melantak. Terus tanpa lengah mengiyakan dan bersiap keluar. Tengah menunggu makanan yang dipesan Ella pulak telefon, ajak teman keluar dengan Wan dengan Asri. Aku yang sekian lama menunda janji nak keluar dengan Ella tak dapat lari lagi.Lama jugak tak lepak dengan kawan aku yang sorang ni.Rasa bersalah kat Yati, Mrs Cullen dengan Nemburyse, sebab sekejap sangat lepak. MAAF SEKALI LAGI WEI!!Dan jam 9 malam aku ke Uptown Shah Alam. Entah apa yang dicari, aku pun tak pasti. Sekadar meneman Ella membeli-belah. Dia ni, kalau di Petaling Street nuh, semua peniaga kalah kalau tawar menawar dengan dia. Dahsyat kawanku sorang ni.hehe. Puas menapak memborong, kami ke dataran. Shah Alam yang bosan!! Sakit mata tengok 1 pasangan dekat dataran tu, macam nak cakap ja, "Get a room la!!" Huish.. Kulit sawo matang,jangan berangan jadi orang putih la..

Perut merengek kelaparan. Sebelumnya jual mahal dengan nasi goreng ikan masin, pkul 11.30 dah kebulur balik. Sani Char Koey Teow kami redah. Boleh tahan! Tapi Char Koey Teow Permatang Pauh sedap lagi.hehe..Sambil tengok Bedtime Story di layar besar, aku melantak tak ingat dunia. Sudah kenyang balik rumah la..Sampai rumah pukul 1 pgi. "Kerap hang keluaq sekarang?", tanya rakan serumah aku. hehe. Aku pun sedar jugak, aku selalu hilang dari rumah.hehe. Maaflah, adik Batman memang merayap malam. Kebanyakannya keluar cari makanan la. Ewah, macam burung hantu la pulak!!

p/s: Bila nak berubahnya aku ni? Janji sana-sini, lepas tu separuh nyawa aku nak tunaikan! Tak kisah la, asalkan apa yang aku janji, dah tertunai.

Tuesday, January 12, 2010

TERIMA KASIH SAHABAT..


Tiba-tiba terasa begini. Alhamdulillah!!! Syukur kerana aku punya sahabat!!!hehe. Hari yang boleh tahan jugak mencabar kesabaran, sampai keletihan sebab kelas yang padat macam gaban.huhu..Tapi hilang semua lelah, terubat segala penat bila cik suhana azmi dengan aishah mohamad melepak di rumah aku..Bergelak ketawa sampai tak ingat dunia, macam 10 tahun tak jumpa. Padahal boleh cakap tiap2 minggu kami jumpa untuk memecahkan kepala.haha.. TERIMA KASIH SAHABAT.. =)

Aku beruntung, punya sahabat yang kenal aku buruk baik. Aku yang lebih banyak buruk daripada baik ni sangat bertuah ada yang sentiasa di sisi aku bila memerlukan. Rasanya dah banyak kali masa diploma dulu aku telefon mrs cullen dengan sedu-sedan, dan kadang2 diam sebab terlalu sebak menangis apabila dilanda cubaan yang melumpuhkan semangat aku. Dan mrs cullen menjadi saksi betapa aku ni tak sekuat yang orang lain nampak.emmm.. Nemburyse pulak asyik buat aku gelak dengan lawak2 yang memang selalu jadi kat dia.hehe. Ang memang magnet kepada kepelikan kan ana?haha..Apa yang penting ang penghibur hidup aku.hehe

Sahabat-sahabatku, anda ada makna dalam hidup aku. Aku memang berperangai huduh (boleh dikatakan gampang dan jahanam gak la huhu) kadang2, tapi aku memang sayang ampa.huhu. Terima kasih kerana buat aku sentiasa terasa bahawa ada yang peduli hidup dan mati aku. Semoga kita jadi sahabat dunia sampai akhirat.. Aku jarang cakap, sebab aku memang tak pandai luahkan, tapi tak bermakna aku tak sayang ampa.huhu. Anggap la ni cara aku meluahkan isi hati..



p/s:Hari ni lelah teramat.. Rasa berdosa sebab terperangkap dengan pilihan dan tersepit oleh keadaan. Semoga aku masih dilindungi rahmatNya. Dan.. aku masih mencari jalan penyelesaian. Tak mahu susahkan sesiapa.Apakan daya hatiku sebesar kuman, cuak kalau bersendirian.huhu

Sunday, January 10, 2010

KISAH SEORANG KIPAS SUSAH MATI..


Hari ni aku merayap lagi. Teman Wawa beli barang dekat JJ sambil makan2. Dekat Penang punya la susah aku nak jumpa minah ni, Shah Alam jugak jadi tempat 2 sahabat bertemu kembali.hehe. Keluar pukul 2, balik pukul 7. Aku gegas nak balik sebab takut terlepas AJL 24.huhu..

YES!!!!! AKU MEMANG KIPAS SUSAH MATI FAIZAL TAHIR (FT)!! Ngehehehe.. terharu sangat tengok FT menyanyi dalam keadaan yang macam tu. Paling gempak bila dia campak tongkat.huhu. Bila lagu nak habis aku tak nampak ke mana dia menghilang dengan jayanya, dan tiba2 Shila muncul.. Aku tengok depan tv dengan penuh cemas takut dia rebah.(bunyi concern gila). Memang aku peduli pun.huhu. Dia mungkin tak pernah tahu aku wujud, tapi lantak la, aku minat.wakakakaka. Aku suka baju FT malam tadi! Smart dowh! Performance? He's in his own league, no doubt about that. Aizat menang?? Aku suka lagu "Pergi" jadi tak kisah la, he deserves it. Walau apa pun, FT tetap terbaik! Tongkat dia paling stylo sekali. haha

Dalam Pancaindera ada yang pertikaikan FT tukar giliran dengan Tomok. Kononnya FT anak emas TV3 dan Tomok kecil hati.huhu. Siap cakap suruh Tomok buat betul2, tapi jangan buka baju sudah. Sinis sungguh! FT dah jelaskan dalam Melodi yang bukan dia yang mintak tukar, cuma bila buat persembahan akhir sekali, kalau jadi yang tak diingini takkan menyusahkan keadaan. Jadi aku sangat gembira bila Tomok tak menang, walaupun aku suka Tomok OIAM.wakakakaka.

Dah!Kembali kepada dunia realiti aku yang berserabut.Esok kelas pukul 10.30 baju kurung belum gosok lagi. Alahaaaaaaiiiiiiiii.... Aku memang lemah la kalau nak pakai baju kurung ni. Terasa fake.huhu.

p/s: Wawa dah lain sekarang. Jujur aku kagum.. Aku belum punya kekuatan untuk berubah sebegitu. Perlahan-lahan aku cuba memperbetulkan diri yang imannya lebih nipis daripada kulit bawang ni. Cuba menjadi yang terbaik untuk diri sendiri. Semoga aku kuat dan istiqamah. insyaAllah..

Saturday, January 9, 2010

INVISIBLE.

Sampai hati..Next time maybe?As if there is next time!huhu. Tak faham?? Jangan cuba nak faham pun, sebab aku pun tak faham.haha. Jangan cuba faham sebab takkan dapat faham, cuma terima seadanya. Arghh..INVISIBLE ME ..

WAYANG PERTAMA SEJAK SEMESTER DIBUKA!!


Huarghhhh!!! Mengantuk. Sampai rumah pukul 11 malam. Buat apalah?? Beronggeng tengok wayang, Duhai Si Pari-Pari. Nawaitu asal nak teman kawan aku beli broadband, tapi dah alang2 terlanjur sampai ke JJ, kita redah la tengok wayang.Ulasan tak profesional aku.. Terasa rugi.haha.. Tapi apa nak buat, demi dia..hoh?Uwwekzz!!! Nak muntah..haha. Demi dia la sangat..

Cerita ni macam ala2 disney versi Malaysia la.

Macam slapstik sangat ja.huhu.. Bukan citarasa aku mungkin komedi macam tu. Lagipun masa tengok tadi sangat la terganggu dengan mak cik yang duduk di belakang aku. Semua part dia bantai gelak beriya, sampai aku confuse, sebab tak lawak pun dia boleh gelak. Dah la dengar suara dia ja.ish3..Cerita asal macam kabur ja. Tapi pelakon semua yang ada nama walaupun masih boleh dikatakan muda. Kelebihan pada pelakon saja kot. Nama-nama seperti Que, Remy, LJ, Nabila, memang ada peminat dan kekuatan lakonan yang tersendiri. dari aspek lain, biasa saja. Ini pandangan aku yang tak profesional. Tapi aku rasa punch line dia banyak yang boleh diagak, dan ianya tak berapa menjadi. Cuma lawak tengok Que Haidar dengan ekspressi muka yang gila punya tak tahan.huhu. Tapi ada sesetengah dialog aku tak boleh nak faham sebab dia cakap laju sangat atau tak jelas. Ada sesetengah scene, sakit telinga sebab semua macam menjerit.huhu



Kesimpulan, tak berapa nak menghiburkan. Tapi percubaan pertama pengarahnya. Jadi lepas ni mungkin lebih gempak. Dengan kos 1.4 juta, nampak la kemana duit tu, cgi yang ok la.

p/s: Dalam senarai aku untuk wajib tengok;Muallaf, Evolusi KL Drift 2, The Imaginarium Of Dr Parnassus, Robin Hood, Cun, Prince of Persia, Nightmare at Elms Street,Belukar, Remp-it V3, Estet, Berani Punya Budak..Eh?? Aku ni pelajar ka penonton.hahaha.. hobi tetap hobi!!

Friday, January 8, 2010

BAGIMU AGAMA KAMU DAN BAGIKU AGAMAKU.

Aku takkan menulis tentang sesuatu yang aku tak faham. Sebab bagi aku nak buat apa2 pun dalam dunia ni kena ada ilmu. Tapi aku takkan boleh melarang otak aku ni daripada terus berfikir, dan berteka-teki. Cuma aku asyik teringat ayat akhir surah Al-Kafirun.


"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir!

Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.

Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. " ( surah Al-Kafirun, ayat 1-6)


Bertindak dengan didorong perasaan marah dan emosi takkan membawa pengakhiran yang baik.Semoga kita aman selalu.. insyaAllah..

p/s: teman ana p jumpa kawan dia kat Hakeem pukul 3 pagi.Aku dah la seharian tak makan, licin aku belasah maggie goreng dengan neslo ais.fuhh.. nikmat oo. =P

Thursday, January 7, 2010

MERAPU DI PAGI HARI.HAHA

Adat dunia.. Kalau kita di atas ramai yang sanggup nak junjung, tapi sekali tersungkur silap2 dipijak2nya kita. Jadi beringatlah kepada yang sedang enak bersemayam di atas takhta kejayaan duniawi, jangan lupa diri.(Bukan JANGAN LUPA LIRIK.huhu) jika terbangmu tinggi, sekali-sekala jejak ke tanah, supaya kau takkan pernah lupa mana asalmu.


p/s:Mataku derhaka lagi!!! Atau otak aku yang dah ting tong?? aku dah penat yang teramat sangat. Tapi kenapa mata ni melawan fitrah?? Pejam la, tolong.... Kelas pagi sendirian esok ni..huhuhu.

Wednesday, January 6, 2010

SEMANGAT vs PENAT!!

Semangat!!!!!!!!! Mana engkau??? huhu...
seru lagi.... tolong la pulangkan balik semangat aku yang hilang ditelan penat...takut aku tak berdaya nak tempuh hari esok..

pen off.. PENAT TAHAP GABAN!!

Monday, January 4, 2010

BERHENTI BERHARAP..


Macam tajuk lagu SO7 pulak.hehe.. Apa2 ja la.. Mata ni masih tak mau lelap. Aku letih yang amat sangat, beli barang rumah dari pukul 5-10 malam.huhu. Balik rumah kemas barang dan bilik separuh nyawa. Sampai Suhana dengan Aishah dah tercongok depan rumah aku pun aku tak sedar, sebab hp tertinggal di bawah. MAAF SANGAT wei... Rasa bersalah yang terhamat sangat ni..huhu

Jam dah pukul 2 pagi. Kelas aku pukul 8.30 pagi ni, tapi tak tau lagi nak pergi dengan apa.. Nak naik bas, tapi orang lain macam tak sanggup ja nak jalan kaki dengan aku. Memang la jauh jugak nak menapak ke jalan besar, tapi itukan lebih pasti daripada esok baru nak cuba telefon teksi yang entahkan ada entahkan tak.hmmm.. Apa2 ja lah.. Aku pun dah malas nak fikir.

Tiba2 aku terasa macam ni..Macam frust.Tapi tak tau apa yang aku nak rasa kecewakan sangat pun?? Mungkin sebab baru sedar yang kita tak patut berharap akan kesempurnaan seseorang, sebab manusia memang takkan sempurna. Mungkin jugak aku rasa macam ni sebab kita kadang2 rasa kita kenal seseorang, tapi bila kita betul2 kenal, kita pulak kecewa sebab dia tak seperti apa yang kita bayang atau harapkan.. Jadi moralnya; jangan harapkan apa2 daripada seseorang, Dan terima seseorang seadanya..huhu.. Pelik pulak terasa macam ni. ;)

p/s:Pagi tadi aku tak pergi kelas pun. Masalah sistem pendaftaran. PM Nasir suruh aku ikut jadual macam biasa, sebab sistem tengah meragam gila2.huhu.. Ramai gak yang macam kes aku ni. Dan... Macam mana aku pun tak tau, pagi2 lagi aku jumpa muka dia dekat pejabat fakulti.hehe.. tak sia2 jugak aku sja lepak bilik koordinator.hehehe

Saturday, January 2, 2010

2010



Waa!!! dah tahun baru la!! Aku baru saja balik ke Shah Alam. Kuliah yang bakal menyeksa jiwa raga dah nak mula esok. Ya! aku masih di sini. Masih berdiri walau susah sungguh.. Cuba menipu diri untuk bersabar untuk 1 setengah tahun lagi. Aku kena habiskan apa yang aku mulakan.

Lama tak menconteng di sini, jadi, untuk hilangkan ketagihan.. nah! 2 posting.hehehe
Tahun dah berganjak, aku? Kena la sama seiring. Semoga tahun ni aku akan lebih bahagia, dan tabah untuk redah segalanya sekali lagi. Hidup dengan semangat. Biarlah apa yang menyakitkan hati di tahun 2009 aku tinggal di belakang. Sekarang masa untuk pandang ke depan, pengembaraan baru aku dah bermula!

CUTI SEMESTER YANG..........





Sepanjang cuti semester, selain tenggelam dalam dunia fikiran yang berserabut, aku sempat buat sesuatu yag aku dah memang lama nak buat, cuma baru kali ini keadaan dan takdir memihak aku. hehehe. Aku pergi tengok teater "Natrah". Pertama kali aku jejak kaki ke Istana Budaya. Terasa, "out of place". Aku memang sentiasa macam tu. Pelik.huhu

Pertama kali tengok teater, aku tak boleh nak tulis review,tapi cuma terasa macam persoalan yang berat cuba disampaikan di dalam bentuk yang tidak terlalu membebankan penonton.Kalau filem, Afdlin Shauki guna formula ini dalam "Papadom". Aku tersangat kagum melihat Che Aminah yang dihidupkan Umie Aida.Selain itu percubaan pertama di pentas teater Remy Ishak sebagai Mansor Adabi boleh dibanggakan, begitu juga Maya Karin serta Sofea Jane dan pelakon lain yang memberi lakonan berkesan. Cuma aku tenggelam dengan monolog panjang Sofea Jane di awal pembukaan. Cuba menyelam, akhirnya.. lemas.. Tak berapa nak faham.hehehehe. Macam nak p lagi ja IB tu. Kita tengok la nanti, kalau ada cerita yang aku terasa nak tengok.huhu

p/s: Puas hati dapat tengok depan2, walaupun agak jauh.haha.. Kalau jumpa FT, gamaknya aku terkedu kot!hehe