Aku cuba menyibukkan diri study , supaya aku tak ingat hari ni hari apa..Aku tewas akhirnya. Ya! Akhirnya aku berakhir dengan menghamburkan perasaan di sini jua. Beruntunglah mereka2 yang masih punyai seorang Ayah untuk diucapkan " Selamat Hari Bapa". Aku cemburukan kalian semua.! Sungguh!!
Aku tak pernah sambut Hari Bapa, ucapkan sayang pun tak pernah. Aku dan ayah sayang satu sama lain dengan cara kami sendiri. Hari lahir aku pun ayah tak pernah ingat. hehe. Aku pun tak berharap ayah ingat, sebab aku tahu, tak ingat hari lahir tak bermakna dia tak sayangkan aku. Ralatnya aku cuma sebab aku tak pernah ucap yang aku sayang kan dia. Harapnya dia tak pernah ragu yang anak dia ni sayang dia sepenuh nyawa!!
Aku ingat lagi masa aku merajuk sebelum balik Arau dulu.. Gara2 ayah tak belikan coklat malam sebelum aku berangkat pulang ke Arau. Sesampainya ayah di muka pintu aku serbu dengan soalan, " Ayah beli dak coklat orang pesan?" , " Tak.", jawab ayah dengan hati beku.. Aku tarik muka masam.. " Ceh..", hanya itu yang aku mampu kata. Hati frust jangan cakap la, mcam tengah mengidam jugak a masa tu.hehe.. Esoknya ayah hantar ke jeti, dan aku masih lagi dengan muka muncung.
Sebulan lepas tu aku balik lagi.. Sebelum balik aku dah telefon ayah siap2, supaya ayah boleh jemput dekat jeti. Sampai saja rumah ayah cakap, " Dalam peti ais ada coklat." ... Whoaa.... Terharu gila aku masa tu. Dia ingat lagi aku sentap pasal coklat sebulan lepas.hehe.. Bukak saja peti ais, bukan 1, tapi 4 bar coklat. 1 yg besar, lagi 3 yang kecik. Hamik kau!!
Untuk orang macam aku yang susah nak luahkan rasa tak puas hati, marah, suka tau apa pun memang mengharapkan ada orang lain yang faham perasaan aku.. Susah nak jumpa.. Malahan takda pun, hanya ayah yang mampu baca selirat hati aku..Ayah aku orang biasa dengan hati yang luar biasa. Aku jarang dapat apa yang aku nak. Dia ajar aku, tak semua yang kau nak dalam dunia kau akan dapat. Itu ayah..
p/s: Aku dengan ayah pelik sikit, tambah2 kalau bab merajuk. Tak tau kenapa kalau aku terasa hati memang cepat merajuk dengan Ayah, orang lain aku tak kisah pun.huhu. Selalu dulu kalau aku merajuk, mesti tak mau angkat telefon..Sekarang tunggu sampai kiamat pun dia takkan telefon dah.. Al - Fatihah.. Itu ja yang aku mampu.
Sunday, June 20, 2010
Wednesday, June 16, 2010
LEPAK
Alarm telefon bimbit memekik nyaring, lagu Breaking Benjamin Diary of Jane cukup kuat untuk memekakkan telinga membangunkan aku dari tidur. " Pukul 830?? Awal lagi ni..", aku berkira-kira mahu menyambung tidur. Jam biologi badan aku sudah lingkup dek kerana televisyen. Hari-hari tidurku selepas subuh. Baru hendak terlelap tiba-tiba," Ina!!!! Bangun cepat! Mandi, sat lagi tukang mai nak buat rumah hang malu nak pi toilet pulak.", ibu memekik dari dapur. Aduh..Terlupa pula faktor itu. Dengan liatnya aku bangun mencapai tuala ke bilik mandi.
Satu lagi hari yang bosan untuk diharungi. Cuti semester memang dinantikan oleh sesiapa saja, tetapi kadang-kadang apabila dah seminggu mulalah mati kutu. Begitulah aku. Pisang goreng yang panas itu aku kunyah selamba. Lapar punya pasal. Ibu dah faham benar anaknya yang seorang ini menggeleng melihat aku melahap sarapan pagi. Belum pun hadam pisang goreng yang kukunyah telefon bimbit berdering. "Siapa pula pagi-pagi ni..", getus hatiku. "Eh!", aku agak terkejut melihat nama pemanggil di skrin telefon. "Mimpi apa mamat ni telefon aku?". Tanpa lengah, aku menjawab panggilan.
Pemanggil: Assalamualaikum! Dah bangun ke belum?
Aku: Wa'alaikumussalam.. Dah bangun la. Lu mimpi apa telefon guwa ni bro?hehe
Pemanggil: Nak ajak lu lepak la. Guwa ada kat Penang ni ha, dengan Meor. Busy tak hari ni?
Aku : Lepak? beres bos.Tak busy pun. Makan tidur ja kat rumah ni ha. When and where? You name it!hehe..
Pemanggil : Ha bagus! Abang datang jemput kau kat rumah, tunggu tau. Dalam pukul 11 abang sampai ok.
Aku : Beres! Saya tunggu.
Aku memutuskan talian. "Ibu, Ina nak keluaq hari ni.." kataku pada ibu. "Nak pi mana, dengan sapa?"' soalan standard ibu aku. " Tak tau lagi nak pi mana, tapi pi dengan bro Amy ". "Kalau nak keluaq kena balik awai!" Balas ibuku. " Beres bos!".
********************************************
Kereta Honda Civic Type R itu berhenti di hadapan pintu pagar. Tersengih-sengih pemandunya di dalam. " Tak sesat kali ni ya?", aku memerli. " Tak! Dah hafal jalannya.hehe.. ". "Tak nak jemput kami masuk ke?" Meor menyampuk di sebelah "Tak boleh, abang tak da kat rumah.hehe. sorry!" Baru ku buka pintu kereta ibu memanggil di muka pintu " Ina! Ina! ", " Ya bu, awat?", tanyaku kembali. " Ina! Ina". ibu masih memanggil, buat aku kehairanan. " Ya awatnya??" , aku mengulang tanya. " Bangun la! Kata nak pi bank buat kad ATM."
" Aaa?????", aku terpinga-pinga .....
*******
Mimpi rupanya. Dang!!! Tak sempat habis mimpi guwa... Guwa mimpi Remy Ishak ajak guwa lepak beb!! hahahhaha.. Betapa tidak logiknya mimpi itu.
p/s: Mimpi itu adalah cantuman kenyataan yang menjadi kisah dongeng. Kenapa?
1. Amy antara nama panggilan Remy .
2. Meor kawan Remy masa teater Natrah (Aku add mamat ni dekat fb sebab Macy add dia. Ntahpapa kan aku ? Tapi aku anggap menambah kenalan ja,hehe)
3. Honda Civic Type R keta idaman aku.

Saturday, June 5, 2010
MONOLOG SEORANG HAMBA.
Hidup yang kucar kacir ini harus aku salahkan siapa?
Semuanya terbeban di bahuku..
Keputusan yang aku buat..
Ketetapan yang aku sendiri tentukan..
Jalan yang aku pilih..
Akhirnya terdampar di sini jua..
Haruskah berakhir di sini juga segalanya???
Menunggu jawapanMu ya Allah..
Menanti kataMu ya Rabbi..
Berikanku kata yang pasti…
Apa jua aku redha.
Cuma satu doaku,
Untuk segala yang menusuk tajam ini,
Smoga akhirnya di dalam pelukan redha dan rahmatMu jua..
Amin…
Subscribe to:
Posts (Atom)