Wednesday, September 7, 2011

MERAYAP RAYA.

Hari ni seharian aku merayap. Keluar pkul 2, balik 930 malam. Ya! saya suka merayap sampai malam. Belum serik. :p Tak berseorangan aku tadi, ditemani kawan2 zaman sekolah, yang lama tak berjumpa. (3bulan lebih rasanya aku tak jumpa.) Keluar, tengok wayang , dan jalan2 di Jusco Bandar Perda.Nawaitu asal aku nak mencari kasut. Almaklumlah, kasut sneakers kesayangan aku dah terkopak tapaknya. (Tuan dia lasak macam setan, sila paham.) Malang jugak, kasut yang dicari tak berjumpa, benda lain pulak yang aku angkut. Friends can make you buy ridiculous things you know.Haha. I don't mind actually..Well, take a look!

Ecah cakap sebagai kenang kenangan. Kami semua beli menatang ni tapi warna lain2. Aku  still tak tau nk pakai kat mana benda ni..

Buku ni RM 8.90. Aku memang suka beli buku macam ni. Lepas tu simpan, biar kosong. Jangan tiru ya. Membazir!! :p

Ni antara memori zaman sekolah jugak ni. Dulu kami selalu beli set sampul dengan surat comel2 macam ni,pastu tulis surat sesama kami. hahaha.. Padahal hari2 jumpa. Apa motifnya pun aku tak tau.keh3.School kids are just weird back then, aren't we. :p

Hmm.. Sabtu ni aku balik Shah Alam. Serabut bila fikir pasal ni. Semoga saya ampuh bertahan. 1 semester sahaja lagi. Saya nak redah dengan redha. Usaha kuat2, supaya boleh bergraduasi dengan senang hati. Saya ada misi. Misi menunaikan janji!!!!! :) 


Friday, September 2, 2011

PENDUSTA BERMAIN KATA

Kita tuntut daripada mereka,
Bercakap benar walaupun pahit,
Katakan yang benar walaupun kau tersepit,
Ceritakan yang benar untuk warga,
Beritakan kebenaran untuk semua,
Kau, aku, kita, tak betah hidup dalam kebatilan,
Kita benci akan pura2,
Kita kutuk segala kepalsuan,
Kita ujar mereka bersandiwara,
Sedikit demi sedikit, perlahan-lahan,
dalam menuntut yang hakiki,kita terjebak dusta,
Tanpa sedar kita pun menjadi mereka..
Di hujungnya, kita semua menjadi sama.. 
Pendusta yang bermain kata..

p\s: I remember a scene in a hindi movie entitled Nayak ( Hero), where Anil Kapoor say this , "Today you have turned me too into a politician, ".