Sunday, August 30, 2009

SEMUANYA KERANA KAMU!

52 tahun merdeka.

Pinggirkan sekejap realiti, bahawa 52 tahun bebas masih ada rakyat tidur dengan perut berkeroncong. Lupakan sejenak 52 tahun merdeka ada lagi warga kuyup dek hujan oleh kerana rumahnya pincang. Pejamkan sebelah mata seketika, 52 tahun merdeka ada lagi kanak-kanak yang tak pernah kenal siapa itu guru.

Kita toleh ke belakang sesaat, Ambil semangat dan roh merdeka dulu, supaya kita yang sekarang tak pernah lupa apa yang kita dulu sumpah demi tanah ini...

Aku selama melihat dunia 21 tahun ni, belum pernah sambut merdeka. Sambut dalam erti kata count down sambil tengok konsert dan bunga api. Kenapa ya? Mungkin sebab ayah aku tak pernah bawa kot. Cuma apa yang aku tahu, malam merdeka banyak filem best.hehe.. Leftenen Adnan, Bukit Kepong, Sarjan Hassan, banyak lagi la.. Kadang-kadang cerita Hollywood pun ada (aku pun tak tahu apa kaitan Hollywood dengan Malaysia. Michelle Yeoh mungkin?huhu).

Aku tak pernah rasa zaman penjajahan Jepun, zaman ubi kayu. Tapi aku tahu aku suka ubi kayu.haha. Sedap oo.. Aku juga tak tahu apa rasanya pada zaman darurat atau penjajahan British. Yang aku tahu, British itu Britain, yang liga bola sepaknya buat kita berjaga malam. Segala pandangan aku terhadap kemerdekaan itu hanya berdasarkan rasa hati. Aku hanya tahu aku sayang negara aku, itu saja.

Aku teringat sembang aku dengan ayah.

aku: Komunis jahat.

ayah : Kenapa?

aku: Bukit Kepong?

ayah : (Senyum) Hang hasil sistem pendidikan kerajaan.. Komunis lawan British. Pada masa tu Polis itu pihak British, walaupun anggotanya anak tempatan.

aku : jadi kenapa mesti bunuh pihak sendiri?

ayah : Terpaksalah.. Perjuangan.

aku : Bukankah komunis tu tak percaya tuhan?

ayah : Kalau orang komunis tak percaya tuhan, Shamsiah Fakeh, Ibrahim Yaakob dengan Abdullah CD itu apa? Bukankah Islam?

Aku terdiam. Dalam otak, "Komuniskah ayah aku ni?".huhu.. Itu masa aku di sekolah menengah.

Dah besar panjang, otak pun dah boleh tafsir maklumat sendiri sekarang. Bagi aku, komunis atau tidak, semua itu atas nama perjuangan. Perjuangan memerdekakan tanah tumpah darah sendiri. Di dalam keadaan itu, warga yang ditekan hidup sejak sekian lama sanggup buat apa saja untuk negara ini. Kalau aku hidup dalam zaman itu, siapa tahu aku masuk rekrut komunis??? Kerana apa? Kerana tanah ini. Semuanya demi merdeka.

Jadi siapalah aku untuk mengatakan komunis itu jahat, dan merdeka di meja perundingan itu tak berani. Angkat senjata atau tidak, mereka tetap pejuang! Yang aku tahu, yang aku faham, yang aku nampak, semuanya hanyalah jalan-jalan yang berbeza demi mencapai matlamat nan satu, "MERDEKA!". Mereka semua perintis jalan-jalan kebebasan kita sekarang. Mereka yang percaya kita mampu berdikari. Dan mereka tiupkan kerpercayaan itu kepada seluruh warga. Sehingga taufan semangat anak pertiwi ini menggoncang angkuh penjajah. Mereka pemula segalanya..

Dan aku.. Aku salute kesemuanya..

p/s: Apa aku sekarang adalah hasil hidup berprinsip seorang bergelar ayah.. Dibiarnya aku berfikir, diasak aku dengan soalan yang aku perlukan masa bertahun untuk ketemu jawapan. Aku belajar satu, "Hidup berprinsip, mati bermaruah!".. Arghh.. rindu lagi..

Tuesday, August 25, 2009

APA KAITANNYA??? ENTAH.. AKU SAJA NAK MELEPAS GERAM!!!!!MUAHAHA


Pengundi Permatang Pasir tidak mahukan perubahan - Muhyiddin

25/08/2009 11:26pm

BUKIT MERTAJAM 25 Ogos — Tim,balan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan sikap pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang tidak mahukan perubahan.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir menunjukkan pengundi terlalu selesa dengan keadaan mereka ketika ini sehingga tidak mahukan pembangunan.

“Kita menerima keputusan ini kerana mengikut apa yang diamalkan dalam demokrasi berparlimen dan kita menghormati keputusan rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama


HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA...


Wahai TPM aku yang bijak sana sini.. Aku sebagai penduduk Permatang Pasir nak bersuara.huhu.. Rakyat memang nakkan perubahan, kalau tidak tak terjadilah Tsunami PRU-12. Lihat guna mata, dan hati la.. Kalau ya pun mengidam nak menang di Permatang Pasir atau Permatang Pauh, letak la calon berkualiti. Adakah calon yang boleh dipersoalkan kredibiliti sebagai seorang manusia yang amanah dilihat terbaik untuk disabung di gelanggang ni? Memang la kena sembelih hidup-hidup.hahahahahahahahahahahaha..gelak lagi sampai guling-guling...Aku dah daftar mengundi, tapi belum layak. Tunggulah PRU-13 nanti.. (tengah bengang sebab pinjaman MARA kena tolak!!! Nak jugak aku pinjam dengan lintah darat PTPTN tu.!!! Jangan harap la..)

Ya ini Negaraku Malaysia, siswa siswi jadi penghutang seawal umur 18 tahun.. Normal?? Itu penyakit namanya. Bayangkan, 3 tahun diploma RM15k, ijazah RM28k.. Mahasiswa kita sangat berjaya!!! Menamatkan pengajian dengan hutang RM43k..yeah!!! Mana pergi RM 31 billion peruntukan pendidikan dalam bajet 2009??? Dah selamat ditelan ke??? huhuhu...Lepas ni kalau JPA pun kena tolak, aku memang tak tahu mana nak cari fulus.huhu..Maaflah bondaku, anakanda menyusahkan bonda untuk bekerja sampai umur 58 tahun..(T_T)


Saturday, August 22, 2009

JALAN MIMPI


Biarkan aku memutar masa

Agar bisa kubetulkan semua

Agar aku tak berada di sini

Dalam keadaan ini


Bingung sekarang!!!

Aku yang dihambat bayang-bayang masa depan

Tak dapat lolos lagi!!

Mara aku, maknanya serah diri

Undur aku, ertinya takut bersembunyi


Masa silam bantu aku

Tolonglah..

Inikah jalan yang kupilih dulu?

Jalan ini gelap, buntu.

Dan aku, lelah sudah berlari.


Masa kini

Jika engkau punya hati,

Kembalikan lantera hidup ini

Supaya aku bisa percaya lagi,

Bahawa ini bukanlah jalan mimpi..


Friday, August 21, 2009

OTAK@HATI@JIWA YANG KOSONG NI???


Minggu ini buat aku terduduk!! Letih tahap gaban. Tak habis-habis dengan ujian. Aku belum masuk "watak pelajar" lagi pun. Pejam celik dah dekat 2 bulan aku di sini. Rasa macam "pelawat pameran".huhu.. Pergi kelas, balik kelas.. dan terus.. masih dan masih.. TETAP KOSONG dalam otak ini!! Jadi, harus aku ini jadi apa?? Ya Allah, Kau tolonglah tetapkan hati yang selalu terganjak ini..

Dalam pada itu. Sempat juga aku layan youtube. Tengok filem "Gadoh". Jalan cerita yang ringkas, tapi mudah untuk buat otak ini berjalan mencari jawapan. Adakah aku salah seorang watak di dalam cerita itu?? Awas!! Siapa yang merasakan dirinya belum cukup matang untuk menelan pahit realiti, tangguhkan dulu niat menonton filem ini.hehe.. Pujian kepada penulis skrip dan pengarah.. Filem ini mengingatkan aku kepada "Remember The Titans" lakonan Denzel Washington.. Ataupun "Glory Road". Cuma filem "Gadoh" lebih baik, dan 2 buah filem itu lebih komersial barangkali. Walau apa pun, topik besarnya adalah perpaduan.

Cukup di sini dulu, Ramadhan dah tiba.. Suka? Sedih? Syahdu?? Telan saja semua.. =)

p/s: kepingin nak tengok West Side Story..But How???huhu

Wednesday, August 12, 2009

TAKDIR ITU LUCU.. SETUJU? LANTAKLAH....

wahahahahahahahahaha...

Rasa nak gelak satu hari.. Biar keras kejung badan.. Gelakkan apa? Apa yang lucu? Gelakkan diri aku.. Yang lucunya, takdir aku..

Depan mata..Tapi, jauh! Tak tergapai, tak tercapai.. Arghh.. Serabut, kacau!!! Lagi ditekan, lagi melawan..

Lawan! Lawan! Dan terus melawan!! Siapa tahu, esok takdir buat aku tersenyum.. =)

Monday, August 10, 2009

KISAH KLASIK DI HARI ISNIN.. (T_T)

kan bagus kalau aku ada awan terbang macam goku nieh!!

Semalam, aku dengan penuh berkobar2 memulakan langkah ke fakulti. Selalunya aku naik bas/teksi hari Isnin. Tapi semalam rasa nak jalan kaki saja, sebab aku malas menunggu.. Dah jauh berjalan, ikut short cut, sampai depan kondo yang aku selalu masuk Pak Cik Guard tanya, "Nak ke mana dik?" aku dengan penuh confident nya pun jawab la, "Nak pergi kelas ikut pintu belakang ni la.." Pak Cik Guard tu plak cakap, "Tak boleh masuk ikut sini la dik, sebab orang luar dah tak boleh masuk kawasan kondo ni." Aku ??????.wawawawawa.. aku dah aa sikit punya jauh da berjalan.. Dia suruh aku ikut jalan besar. Penat merayu, memang hati batu arghh!!

Mau dekat 3 km jugak la aku menapak pagi tu. Jahanam!!! Macam nak menangis pun ada..Aku sumbat mp3, pasang kuat2, teruskan jalan. Sepanjang jalan aku menyumpah seranah dalam hati.huhu..Perjalanan yang selalunya 10minit dah jadi 25minit.
Aku masuk kelas dengan muka ketat tahap gaban.huhu..Selama ni aku keluar ikut kondo tu boleh ja.. Ini tak lain tak bukan nak menjadi pelingkup duit poket aku aa naik teksi balik.wawawawawa

Sunday, August 9, 2009

AKU, MASA & OBSESI..


Ada 2 benda dalam kepala aku sekarang.
1. Obsesi aku ( obses, bukan obes!!)

2. Masa.

2 benda ni lah yang aku paling tak reti nak uruskan. Gawat nieh!! Obses..Aku sangat susah nak minat sesuatu. Tak kira lah orang ke, barang ke.. Tapi kalau sekali aku dah tersangkut...wahahaha... Memang bapak ah susah aku nak tinggal!! Obseskah itu? Atau passionate?? Lantaklah apa pun namanya. Masalahnya makan diri aku balik.. Jiwa kacau nieh..

Masa.. Masa itu emas, cikgu sekolah aku la cakap.. Tapi aku rasa cikgu aku salah. masa bukan emas.. Masa itu bas.huhu.. Siapa lambat kena tinggal.haha.. Aku la tu.. Dulu zaman unifom putih kain biru, aku selalu saja tertunggu bas yang dah terlepas..hehe..Kan kerja bodoh namanya?? Sekarang keadaan lain, situasi saja sama. Asyik mengeluh aku buat kerja last minute.. Dah la spesies panas hati, kerja kalau tak jadi, aku yang terbakar.huhu.. Padan muka aku!!


Demi masa.
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

(Al 'Ashr, 1-3)

Sudah terbukti aku yang tak beringat..Mesin pengembara masa pun dah tentu-tentu mustahil nak dicipta..Arghh.. Tidurlah mata ni.. Pen off..

p/s: layan G.I Joe semalam.. Best untuk peminat2 adegan letup-meletup, langgar-melanggar dll..ala2 Transformers la plak..Cuma tak puas hati tak dapat tengok muka Snake Eyes sampai ke sudah..cis!!

Thursday, August 6, 2009

AKHIRNYA!!!


Akhirnya.. Kempunan aku yang dah lama tak jejak panggung ni dah terubat!!wahahaha..
Gumbiranya hati ni. Tapi tu aa.. Aku keluar berlibur pun nak menghilangkan tension aku semalam. Ujian aku yang pertama semester ni, structure analysis II, memang buat aku rasa tegang gila. Sama ada soalan senang sangat sampai jadi susah sangat, atau memang susah. Apa yang aku tahu, kaluar dewan aku tanya balik diri ni, "Apa yang aku jawab tadi aa??".huhu.. I'm prepared for the worst..

Kembali kepada cerita wayang aku.. Aku layan cerita "Setem" petang semalam. Memang berbaloi aa tiket RM 7.hehe.. Aku gelak sampai berair mata..Dah lama aku tak tengok wayang filem Melayu. The last time it was "Buli Balik", by Afdlin Shauki. Aku memang minat aa lawak yang selamba ni. "Khabir Bhatia memang pencerita yang baik. Aku paling tak tahan babak Bront Palarae tiba-tiba muncul dengan muka yang hangus kat belakang Isma Yusoof. Aku ingatkan dia dah mati meletup..Ada la 2 kot babak yang boleh dipersoalkan logiknya. Tapi aku boleh pejam mata kot bab Bront boleh selamat dalam letupan dan Afdlin tak mati kena tembak sebab guna toolbox.wahaha..Seperti biasa, filem Kabir ni memang sinematografi dia nampak artistik aa.

Bab lakonan, semuanya pelakon hebat, jadi tak mengecewakan la. Sathiya, Indi, Rasyidi dan lain-lain tu memang best. Cuma bagi aku Zul Huzaimy setakat ini paling berkesan di hati ni bila memegang watak orang buta. Tapi tak adil la kan nak bandingkan dengan filem "Wayang".Genre pun dah lain. Lakonan Bront memang dah dalam kelas yang tersendiri. Mamat ni memang muka fleksibel la. Boleh jadi serabai gila (Setem & Sindarela), dan boleh jadi smart (Rona Roni Makaroni). Lakonan Bront dalam Setem mengingatkan aku pada Shikamaru atau Gaara dalam anime Naruto.hehe..Cool ja.. Sathiya memang buat aku gelak dengan dialog-dialog yang spontan.
Apa yang penting, motif filem komedi adalah nak menghiburkan penonton, dan pada pandangan aku sebagai penonton, aku terhibur. Jadi, kesimpulannya filem ni berjaya la kan. Sekurang-kurangnya terhibur la hati aku yang tengah kacau ni.huhu.. Dan moral filem ni, jangan tamak!!hehe..Signing off for today..

p/s: Aku masih rasa Baik Punya Cilok adalah filem komedi paling best untuk aku setakat ni.

Sunday, August 2, 2009

Apabila Rakyat Turun Ke Jalanan..

Apabila rakyat mula turun ke jalanan, maknanya ada sesuatu yang mereka mahu suarakan. Maknanya sistem penyampaian maklumat kerajaan sudah rosak teruk..Sampaikan tak berupaya mendengar apa yang mahu disuarakan rakyat (sengaja memekakkan telinga mungkin?). Aku bercakap tentang demonstrasi GMI 1 Ogos semalam..

Kenapa aku sokong GMI? Setahu aku di dalam Islam menahan seseorang tanpa bicara itu adalah salah . Dalam Islam juga, apabila menentukan hukum, prinsip yang dipegang adalah "matlamat tidak menghalalkan cara". Akta ini sepatutnya tidak diamalkan di negara Islam seperti Malaysia.Lantaklah apa pun alasannya. Tunku Abd Rahman mengaku bahawa akta ini semata-mata untuk mengekang komunis, bukan untuk digunakan sewenang-wenangnya. Tak guna kita nak membicarakan kekhilafan Tunku mengimplimentasi akta ini dari awal dulu. Persoalannya, sekarang.. Apa yang kita sanggup lakukan untuk pertahankan prinsip kebenaran itu? Atau hanya mampu memejamkan mata terhadap ketidakadilan yang berlaku?? Tepuk dada tanyalah iman.. Bagi aku perhimpunan GMI itu tak perlu berlangsung seandainya kerajaan dari dahulu mendengar suara rakyat. Mengkaji semula akta tersebut tidak memadai. Melainkan memindanya dengan membolehkan tahanan dibicarakan di mahkamah.

Memang diakui ada kebaikannya akta ini, tapi tidak mampu mengatasi kuburukan yang telah berlaku. Ya, sememangnya sudah khilaf di awal perlaksanaannya. Maka sekarang ini kita melihat impak domino yang dicetuskan. Kita sudah melihat penyelewengan akta ini apabila Tun Dr. Mahathir menggunakannya terhadap reformis yang dilihat menggugat kuasa kerajaan. Lama sebelum itu Dr. Burhanuddin Helmy, Pak Said Zahari yang mempertahankan kebebasan akhbar Utusan Melayu juga pernah menjadi mangsa akta ini. Kepada yang masih mempunyai hati, tidak terdetikkah di jiwa bahawa tahanan tanpa bicara itu kejam? Bukan sehari dua, bertahun lamanya terpisah dari dunia luar dan digantung tak bertali oleh kerajaan di tanah tumpah darah sendiri.. Jika benar mereka bersalah, dakwa. Dan jika tidak mempunyai bukti, maka lepaskanlah.. Walau apa pun alasannya, sesuatu yang dimulai dengan cara yang salah, tidak akan memberi hasil yang baik..

Sajak Suara
sesungguhnya suara itu tak bisa diredam
mulut bisa dibungkam
namun siapa mampu menghentikan nyanyian bimbang
dan pertanyaan-pertanyaan dari lidah jiwaku

suara-suara itu tak bisa dipenjarakan
di sana bersemayam kemerdekaan
apabila engkau memaksa diam
aku siapkan untukmu: pemberontakan!

sesungguhnya suara itu bukan perampok
yang ingin merayah hartamu
ia ingin bicara
mengapa kau kokang senjata
dan gemetar ketika suara-suara itu
menuntut keadilan?
sesungguhnya suara itu akan menjadi kata
ialah yang mengajari aku bertanya
dan pada akhirnya tidak bisa tidak
engkau harus menjawabnya
apabila engkau tetap bertahan
aku akan memburumu seperti kutukan

(Wiji Thukul)