Sunday, August 30, 2009

SEMUANYA KERANA KAMU!

52 tahun merdeka.

Pinggirkan sekejap realiti, bahawa 52 tahun bebas masih ada rakyat tidur dengan perut berkeroncong. Lupakan sejenak 52 tahun merdeka ada lagi warga kuyup dek hujan oleh kerana rumahnya pincang. Pejamkan sebelah mata seketika, 52 tahun merdeka ada lagi kanak-kanak yang tak pernah kenal siapa itu guru.

Kita toleh ke belakang sesaat, Ambil semangat dan roh merdeka dulu, supaya kita yang sekarang tak pernah lupa apa yang kita dulu sumpah demi tanah ini...

Aku selama melihat dunia 21 tahun ni, belum pernah sambut merdeka. Sambut dalam erti kata count down sambil tengok konsert dan bunga api. Kenapa ya? Mungkin sebab ayah aku tak pernah bawa kot. Cuma apa yang aku tahu, malam merdeka banyak filem best.hehe.. Leftenen Adnan, Bukit Kepong, Sarjan Hassan, banyak lagi la.. Kadang-kadang cerita Hollywood pun ada (aku pun tak tahu apa kaitan Hollywood dengan Malaysia. Michelle Yeoh mungkin?huhu).

Aku tak pernah rasa zaman penjajahan Jepun, zaman ubi kayu. Tapi aku tahu aku suka ubi kayu.haha. Sedap oo.. Aku juga tak tahu apa rasanya pada zaman darurat atau penjajahan British. Yang aku tahu, British itu Britain, yang liga bola sepaknya buat kita berjaga malam. Segala pandangan aku terhadap kemerdekaan itu hanya berdasarkan rasa hati. Aku hanya tahu aku sayang negara aku, itu saja.

Aku teringat sembang aku dengan ayah.

aku: Komunis jahat.

ayah : Kenapa?

aku: Bukit Kepong?

ayah : (Senyum) Hang hasil sistem pendidikan kerajaan.. Komunis lawan British. Pada masa tu Polis itu pihak British, walaupun anggotanya anak tempatan.

aku : jadi kenapa mesti bunuh pihak sendiri?

ayah : Terpaksalah.. Perjuangan.

aku : Bukankah komunis tu tak percaya tuhan?

ayah : Kalau orang komunis tak percaya tuhan, Shamsiah Fakeh, Ibrahim Yaakob dengan Abdullah CD itu apa? Bukankah Islam?

Aku terdiam. Dalam otak, "Komuniskah ayah aku ni?".huhu.. Itu masa aku di sekolah menengah.

Dah besar panjang, otak pun dah boleh tafsir maklumat sendiri sekarang. Bagi aku, komunis atau tidak, semua itu atas nama perjuangan. Perjuangan memerdekakan tanah tumpah darah sendiri. Di dalam keadaan itu, warga yang ditekan hidup sejak sekian lama sanggup buat apa saja untuk negara ini. Kalau aku hidup dalam zaman itu, siapa tahu aku masuk rekrut komunis??? Kerana apa? Kerana tanah ini. Semuanya demi merdeka.

Jadi siapalah aku untuk mengatakan komunis itu jahat, dan merdeka di meja perundingan itu tak berani. Angkat senjata atau tidak, mereka tetap pejuang! Yang aku tahu, yang aku faham, yang aku nampak, semuanya hanyalah jalan-jalan yang berbeza demi mencapai matlamat nan satu, "MERDEKA!". Mereka semua perintis jalan-jalan kebebasan kita sekarang. Mereka yang percaya kita mampu berdikari. Dan mereka tiupkan kerpercayaan itu kepada seluruh warga. Sehingga taufan semangat anak pertiwi ini menggoncang angkuh penjajah. Mereka pemula segalanya..

Dan aku.. Aku salute kesemuanya..

p/s: Apa aku sekarang adalah hasil hidup berprinsip seorang bergelar ayah.. Dibiarnya aku berfikir, diasak aku dengan soalan yang aku perlukan masa bertahun untuk ketemu jawapan. Aku belajar satu, "Hidup berprinsip, mati bermaruah!".. Arghh.. rindu lagi..

No comments: