
Ramadhan ni aku tak terasa sangat. Belum puasa di kampung kot. Jadi
mood tu kurang la sikit. Selain aku sibuk turun naik bas dan teksi pergi kelas, aku ada masa lagi layan filem pendek dekat 15 Malaysia(
http://15malaysia.com/films/). Aku dah tengok sampai One Future. Filem-filem ni
release ikut tarikh, 4 september ni Slovak Sling. Projek filem-filem ni membabitkan pengarah-pengarah macam Amir Muhammad (Lelaki Komunis Terakhir), Yasmin Ahmad, Nam Ron (Paloh) , Ho Yuhang (dialog
famous dia "kenape? tak percaya?") dan lain-lain. Yang menariknya ada penampilan orang-orang politik dalm filem-filem ni seperti Datuk Zaid Ibrahim, Tian Chua, Nik Aziz, dan yang aku macam tak percaya, Khairy Jamaluddin (KJ). Rasanya dalam projek ni juga adalah antara kerja-kerja terakhir arwah Yasmin Ahmad.
Dan..aktiviti masa lapang aku waktu ini..aku ketagih tengok drama NUR KASIH.hehe.. dah sampai tahap obses ni. Dulu aku obses dengan Sindarella dengan Rona Roni Makaroni.huhu.. Susahnya menjadi aku, kalau dah suka memang tak tinggal. Tiap-tiap minggu aku asyik tertunggu hari Jumaat ja. Penangan Adam (Remy Ishak) dengan Nur Amina (Tiz Zaqyah) punya pasal. Drama ni antara drama terbaik Malaysia. Mesej-mesej yang sarat, dialog yang berkesan, sinematografi yang menyejukkan mata (signature Khabir Bhatia) dan lagu yang masuk dengan jiwa cerita ni. Aku mula-mula tengok memang menyampah habis dengan Adam, tapi bila watak tu dah berevolusi suka la pulak.hehe.. Tapi masih tak puas hati, kenapa malang sungguh nasib Katrina? argh.. Parah aku ni, lagi baik berhenti tulis pasal drama ni, kalau tak 4 posting pun tak cukup.
Kembali ke alam nyata, kerja yang menimbun macam biasa. Ada projek nak kena hantar Selasa depan. Tapi aku belum pun mula langkah. Sebab belum dapat pelan lagi. Bakal sibuk la hujung minggu ni, design tiang, lantai, rasuk dan segala waktu dengannya..Macam mana ya aku punya janji nak turun KL MATTA FAIR? huhu.. Kusut lah!!
Pen off. Gotta get back to work..
p/s: aku tak sabar nak tengok The Hurt Locker dengan Ketika Cinta Bertasbih. huhu..agenda hidup seterusnya buat orang yang tak ada "hidup".hehe