Tuesday, October 27, 2009

MORTAR BOARD DAH TERBANG!!


Aku tak tau kenapa aku senyum hari ni. Sebab hari ni aku grad atau sebab lain. nghehehe (gelak gatal shin chan).. Diploma yang menyeksa jiwa raga 3 tahun dah selesai. Lega! Hari ni hari "plastik" sedunia. Untuk grad, aku pakai make up (gila lawak!!) , baju yang bukan T-shirt, bukan berseluar jeans (adoyaii), sangat la tak selesa untuk aku. Tersangat la plastik aku hari ni!

Aku terfikir benda ni. Walau macam manapun aku berubah luaran, aku memang tak boleh jadi soft la.huhu.. Dah berapa kali kena tegur dengan kawan2 sekelas, malah pensyarah yang aku ni kasar/ganas sangat. Tapi aku sangat susah nak jadi lembut.huhu Kemudian buat aku terfikir, betapa aku harus bersyukur sebab kawan2 baik & famili aku terima aku seadanya.hehe... Memang la depa tegur sekali-sekala, tapi tak pernah dengan cara menyakitkan hati aku. Aku belum sedia tinggalkan jeans untuk kain, atau tinggalkan T-shirt untuk blouse (betul ke ejanya?haha), atau snickers kesayangan untuk kasut tumit tinggi.huhu. Dari dulu sampai sekarang, dari kecik sampai besar, macam ni la aku. Sebab aku tak pandai jadi sesumpah. Susah untuk jadi orang lain. Tak reti la..

Tapi apa yang penting aku tetap boleh senyum hari ni. Ibu dengan Abang aku ada tengok aku naik pentas tadi. Bangga? Tak sangat kot. Tak selesa ada la. Benci bila terpaksa jadi plastik atas pentas, dalam dewan, ambil gambar!

p/s: Hmmm... Panjang nak mengeluh. Sebabnya? Dia ANC tadi. Aku biasa ja.huhu.. Orang lain dengan famili bergambar, tapi dia hanya dengan gf tersayang.huhu..

Wednesday, October 21, 2009

MALAYSIA BOLEH!!

Kompleks Sukan UiTM KK retak


Bahagian siling aras tanah mengalami keretakan yang serius.


KUALA LUMPUR 20 Okt. - Kompleks Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Kinabalu (KK) yang dibina pada tahun 1970 dikesan dibangunkan menggunakan pasir laut dalam campuran konkritnya.

Akibat campuran itu, menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2008, bangunan itu terjejas kerana besi tetulang strukturnya berkarat.

''Pembinaan kompleks sukan menggunakan pasir laut telah menyebabkan keretakan ketara pada strukturnya, penggunaan pasir laut dalam campuran konkrit telah menyebabkan besi berkarat dan mereput kerana mengandungi klorida dan sulfat yang tinggi.

''Apabila lapisan luar besi berkarat dan mereput, ketebalan dan kekuatan besi akan berkurangan,'' katanya.

Laporan berkenaan telah diedarkan di Parlimen mulai semalam.

Pihak audit mendapati bangunan berkenaan masih digunakan untuk pusat pentadbiran, bilik kuliah, bilik pensyarah dan penempatan Unit Pembangunan dan Fasiliti UiTM Sabah kerana tiada bangunan lain sebagai gantian.

''Berdasarkan laporan perunding pada tahun 1998, bangunan ini selamat untuk digunakan pada masa tersebut dengan syarat penyenggaraan rapi yang berterusan dijalankan.

''Memandangkan pemeriksaan bangunan ini dibuat melebihi 10 tahun, adalah disyorkan UiTM melantik perunding bagi menjalankan pemeriksaan semula terhadap ketahanan struktur bangunan dan keselamatan menduduki bangunan ini,'' katanya.

Jelas laporan itu, UiTM Sabah telah membelanjakan sejumlah RM1.2 juta pada tahun 2002 dan RM185,196 pada tahun lepas bagi tujuan penyenggaraan dan pembaikan bangunan berkenaan.

Namun, akibat penggunaan bahan binaan yang tidak berkualiti, keretakan baru masih berlaku

p/s: ada 3 sebab mengapa aku rasa ini memalukan; 1) aku budak UiTM 2) aku rakyat Malaysia 3) Aku bakal jurutera (insyaAllah).. Si korup mana la yang buat projek ni????? Memang dahsyat sungguh teknologi kita!!. Pasir laut buat konkrit! Kerja gila!!!! Gamaknya stadium Terengganu yang menyembah bumi tu guna pasir pantai jugak kot?haha.. , Tapi bukankah MALAYSIA BOLEH?? Boleh sungguh la tu.huhu... Rasa nak nyanyi...Korupsi, oppressi, obsessi diri, Polussi, depressi di bumi kini.. (zainal abidin, Hijau)..


NEGARAKU....

PAKAR : YAKIN 80% TEOH DIBUNUH

Seorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat kesimpulan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam.

Katanya, terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia 'dicekik'.

Menurutnya lagi, retakan pada tengkorak Teoh bukan satu kecederaan akibat terjatuh.

Manakala kecederaan pada lubang dubur Teoh, katanya, boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh.

Ini, katanya, berdasarkan kepada gambar-gambar yang diambil di tempat Teoh ditemui jatuh.

Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa 80 peratus Teoh dibunuh dan 20 peratus dia membunuh diri.

Beliau memberi keterangan sebagai saksi pakar di inkues tersebut yang diadakan untuk menentukan punca kematian Teoh.

Dr Pornthip adalah pengarah dan pengasas bersama Institut Pusat Sains Forensik Kementerian Keadilan Thailanad dan dianggap pakar dalam siasatan kes-kes pembunuhan yang rumit.

***Dr. Khunying Pornthip Rojanasunand M.D. ialah seorang pakar forensik dan bertugas sebagai Director of Central Institute of Forensic Science Thailand. Beliau adalah pakar forensik yang ulung bukan sahaja di Thailand malah bertaraf antarabangsa.

Dr. Khunying adalah orang yang bertanggungjawan memperkenalkan DNA sebagai bahan bukti untuk diguna pakai di Mahkamah Thailand.

Pada tahun 2004 – setelah berlakunya – tsunami – Dr. Khunying telah menjalankan kajian forensik untuk mengenali mayat-mayat yang telah hancur.

Pada tahun 2005 National Geography telah membuat satu rakaman dokumentri tentang tugas beliau di wilayah Phang Nga ketika membuat kajian forensik untuk mengenali mayat mangsa tsunami.

Paling akhir ialah kajian beliau terhadap kematian pelakon Hollywood David Carradine yang ditemui mati didalam bilik hotel di Bangkok. Dunia telah gempar dengan berita ini matinya pelakon kungfu yang tersohor ini. Pelbagai andaian telah dibuat. Dibunuh oleh samseng. Dibunuh kerana dadah. Dibunuh kerana tersilap orang.

Keluarga David Carradine telah membawa pakar mereka sendiri untuk membuat sissatan.

Dr. Khunying telah dijemput untuk membuat siasatan forensik. Beliau mendapati David mati kerana autoerotic asphyxiation yang menyebabkan autoerotic yang fatal dan bukan dibunuh.

Pendapat Dr Khunying ini telah diterima dengan baik oleh keluraga David walau pun pada awalnya mereka mensyaki ada 'kerja jahat' terhadap David.

Dr Khunying telah di jemput oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk membuat kajian forensik terhadap kematian Teoh Beng Hock.

Hasil dari kajian forensik Dr Khunying telah membuat kesimpulan bahawa 80% dari tanda-tanda yang ditemui menunjukkan Teoh Beng Hock telah dibunuh.


credit to TUKAR TIUB..

p/s; negaraku, tanah tumpahnya darahku.... takziah negaraku, lengkaplah satu pengebumian demokrasi dan keadilan.

Monday, October 19, 2009

TAK TAU NAK LETAK TAJUK APA.. TAK BERTAJUK??


Tangan aku gatal nak buat post baru.hehe.. Aku letih tahap gaban dari semalam. Ini pun baru habis edit report yang nak dihantar Rabu ni. Berlekuk dah tulang belakang ni duduk menghadap laptop ni ha. Adoyaii.. Semalam ke Cyberjaya, macam bandar berhantu ja.huhu.. Ada bangunan tapi macam takda manusia sangat pun. Sangat2 pelik.

Sabtu lepas aku tengok Papadom. Best wooo.. Membenarkan emosi ni bebas sekejap dalam panggung tu, ketawa, sedih, tapi aku tahan ja air mata part sedih2 tu. Malas nak menangis.huhu. Aku belum tengok Talentime, tapi aku teringin sangat nak tahu apa sebab yang membolehkan Papadom diangkat menjadi filem terbaik FFM lepas. Apa-apa pun aku suka tengok Papadom. Hilang tension aku yang berminggu2 tu. Rasa macam jarang tengok Afdlin menangis dalam filem, aku tengok Buli dan Buli Balik, tapi macam takda ja adegan tangkap syahdu sampai macam tu.huhhu.. Satu sisi lain Afdlin. Suka tengok Que Haidar yang blur+lurus+idealis?? tu. Lawak gila..

Apa yang aku tangah layan sekarang..Aku dengar lagu Selamat Malam, Faizal Tahir. Sesuai la dengan mata aku yang bakal terlelap bila2 masa saja ni. Esok, pagi aku ada kelas design. Berat hati la nak p.huhu.. Aku takut mata ni bantai lelap ja dalam kelas dia nanti.hehe

p/s; cuci mata lagi semalam. sambil main Jengga, aku curi2 tengok kelibat hamba Allah tu.huhu.. Dekat, tapi jauhnya la hai..arghh, sudah, tangkap jiwang pulak. Lelaplah mata! Otak nak rehat. Esok kita mula hari baru!

Thursday, October 15, 2009

HARI BURUNG BELATUK. HAHA


Hari ni aku sedih lagi. Macam biasa, result sampah dah dipulangkan pada aku. Macam nak campak ke longkang ja rasa. Tapi aku tahan lagi. Ilmu tu. Salah pun ilmu jugak. Sangat mengantuk + tak bersemangat dalam kelas hydraulic tadi. Sampai terbabas2 la aku atas meja tu ha. Dah macam burung belatuk.huhhu.. Tak tau la apa nak jadi dengan aku ni... Hari ni dia buat ringkasan semua yang dah aku belajar untuk subjek dia. Aku salin.. Nak tengok apa yang aku salin? haha.. kat atas nu ha. Kalau la hampa faham. Aku sendiri tak boleh baca tulisan orang mamai ni.huhu. Kalah cakar ayam.

Esok malam aku ada common test M&E. Tengah membaca, tapi susah sungguh nak mengingat, sebab aku asyik nak tertidur ja. ampeh! Bangun , bangun! Lawan! Biar mati melawan, jangan hidup mengalah!

p/s: Hari ni ada yang buat aku senyum. Aku jumpa dia dalam lift.ngehehe.. (mrs cullen you know who ..)Dalam lift yang sesak aku dok mengukur tinggi kat belakang dia.haha.. adoyai.. susah macam ni.

Wednesday, October 14, 2009

TEKANAN TAK TERBEBAS!!


Tak cukup waktu rasanya 7 hari seminggu untuk aku. Sekarang 7 hari seminggu otak aku macam terbeban. Kelas 7 hari seminggu+ presentation, projek, ujian dan bla bla bla... Aku letih. Mata ni asyik mintak rehat. Tak terlayan beb! Masa aku berkobar nak ulang kaji, kelopak mata ni pun tanpa disuruh2 jatuh sendiri. Ampeh! Aku dah 3 hari rasa berjalan tak jejak bumi.huhu.. Malam mata tak mau lelap. Siang aku sibuk nak membuta. Nokturnal dah aku ni. Mulalah aku nk melepas tekanan dengan merapu kat sini.huhu

Minggu lepas air cond dekat fakulti buat hal.. Tu la, pakai lagi teknologi Jerman tu. Sudahnya seminggu belajar dalam sauna.. ambik kau! Tambah lagi seksa jiwa raga aku belajar. Semua ujian 2 aku rasanya ke longkang. Aku macam dah terbiasa pulak dengan gred sampah ni. Bengap sungguh rasanya! Menyerahkah aku???? Entah.. hati memang dah remuk kot. Malam tadi aku lepak lepas tekanan sekejap abis ujian dynamic.Aku taubat tak faham subjek ni. Jawab tadi pun macam sampah ja. Menangis? air mata aku tak boleh keluar dah, beku sekali dengan hati dan jiwa.haha..

27 ni konvokesyen diploma aku. 31 ni aku mula final exam. Aku dah mula rasa gelabah sikit2, memikirkan banyak yang aku tak faham, ditambah jadual exam yang sangat menyakitkan hati ( takda gap!!!) . Tawakkal belum boleh, sebab usaha belum kuat. Tengah mencari semangat untuk aku redah semuanya sekali lagi! Kuatkan hati ini ya Allah..

p/s: template lama buat kepala aku pusing! yang ini pun tak tau berapa lama mau tahan.hehe.