Kompleks Sukan UiTM KK retak
![]() |
Bahagian siling aras tanah mengalami keretakan yang serius. |
KUALA LUMPUR 20 Okt. - Kompleks Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Kinabalu (KK) yang dibina pada tahun 1970 dikesan dibangunkan menggunakan pasir laut dalam campuran konkritnya.
Akibat campuran itu, menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2008, bangunan itu terjejas kerana besi tetulang strukturnya berkarat.
''Pembinaan kompleks sukan menggunakan pasir laut telah menyebabkan keretakan ketara pada strukturnya, penggunaan pasir laut dalam campuran konkrit telah menyebabkan besi berkarat dan mereput kerana mengandungi klorida dan sulfat yang tinggi.
''Apabila lapisan luar besi berkarat dan mereput, ketebalan dan kekuatan besi akan berkurangan,'' katanya.
Laporan berkenaan telah diedarkan di Parlimen mulai semalam.
Pihak audit mendapati bangunan berkenaan masih digunakan untuk pusat pentadbiran, bilik kuliah, bilik pensyarah dan penempatan Unit Pembangunan dan Fasiliti UiTM Sabah kerana tiada bangunan lain sebagai gantian.
''Berdasarkan laporan perunding pada tahun 1998, bangunan ini selamat untuk digunakan pada masa tersebut dengan syarat penyenggaraan rapi yang berterusan dijalankan.
''Memandangkan pemeriksaan bangunan ini dibuat melebihi 10 tahun, adalah disyorkan UiTM melantik perunding bagi menjalankan pemeriksaan semula terhadap ketahanan struktur bangunan dan keselamatan menduduki bangunan ini,'' katanya.
Jelas laporan itu, UiTM Sabah telah membelanjakan sejumlah RM1.2 juta pada tahun 2002 dan RM185,196 pada tahun lepas bagi tujuan penyenggaraan dan pembaikan bangunan berkenaan.
Namun, akibat penggunaan bahan binaan yang tidak berkualiti, keretakan baru masih berlaku
p/s: ada 3 sebab mengapa aku rasa ini memalukan; 1) aku budak UiTM 2) aku rakyat Malaysia 3) Aku bakal jurutera (insyaAllah).. Si korup mana la yang buat projek ni????? Memang dahsyat sungguh teknologi kita!!. Pasir laut buat konkrit! Kerja gila!!!! Gamaknya stadium Terengganu yang menyembah bumi tu guna pasir pantai jugak kot?haha.. , Tapi bukankah MALAYSIA BOLEH?? Boleh sungguh la tu.huhu... Rasa nak nyanyi...Korupsi, oppressi, obsessi diri, Polussi, depressi di bumi kini.. (zainal abidin, Hijau)..
No comments:
Post a Comment