Thursday, November 12, 2009

CINTA LARA.huhuhuhu.. (aku jiwang dowh!)


Lama jugak jadi self centered ni. Hari ni kita sembang pasal Natrah. Siapa lah? Bertha Hertogh? Apa2 saja lah. 2 nama 1 jiwanya. Nama yang menyaksikan kebangkitan saudara2ku seagama menentang kafir laknatullah yang memesongkan iman kanak2 perempuan 13 tahun ini. 18 angka korban atas nama agama. Peristiwa Rusuhan Natrah ini sudah terpahat di dalam sejarah negara sekian lama. Aku rasa ini penting. Kerana aku rasa selepas peristiwa ini saudara seagamaku tidak lagi pernah bersatu seperti mana mereka bersatu sewaktu itu.

Kisah Natrah ini lebih daripada sekadar isu agama,mahupun patriotik, malah cinta yang luar biasa kesannya terhadap hidup seorang manusia. Bagaimana setelah berpuluh tahun pun Natrah masih gagal melupakan Mansor Adabi, suami pertama yang yang dijodohkan oleh keluarga angkatnya. sebelum itu Natrah semasa berusia 5 tahun diserahkan oleh ibunya kepada seorang wanita Melayu untuk dijaga selepas bapanya seorang askar Belanda ditawan oleh Jepun. Natrah dididik dengan adat Melayu serta agama Islam. Selepas peperangan berakhir bapanya menuntut hak penjagaan Natrah namun kes yang dibicarakan di Singapura terbabit dimenangi oleh ibu angkatnya iaitu Che Aminah.

Che Aminah kemudiannya menjodohkan Natrah yang ketika itu baru berusia 13 tahun dengan seorang guru bernama Mansor Adabi berusia 22 tahun. Di sini bermulalah sebuah kisah duka di dalam hidup Natrah. Hakim kemudiannya memanggil sidang untuk mendengar kes Natrah mengenai kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah mengikut undang2 Belanda. Mahkamah kemudian memutuskan Natrah diserahkan kepada keluarga kandung dan agamanya berhak ditentukan oleh bapanya. Keputusan ini mengecewakan orang2 Islam di Singapura. Tambahan pula provokasi ynag dimainkan oleh media tempatan yang pada waktu itu masih dikawal penjajah memaparkan berulang kali gambar Natrah melutut di depan patung Virgin Mary. Tercetuslah kekecohan yang megorbankan 18 nyawa.

Di Belanda Natrah dimurtadkan dan hidupnya kemudiannya dipenuhi kesukaran sehingga menyebabkan dia beberapa kali dimasukkan ke wad psikatri. Namun satu yang tidak pernah dilupakan adalah suami pertamanya, iaitu Mansor Adabi. Betapa sehingga berusia 52 tahun pun matanya masih bergenang setiap kali nama Mansor Adabi disebut oleh penyelidik dari Malaysia yang menjejak Bertha sehingga ke AS.

Mansor Adabi ada mengutuskan beberapa pucuk surat kepada Natrah sebagai usaha mendapatkannya kembali melalui seorang saudagar iaitu JC Vermaulen, sehinggalah pada satu ketika beliau menerima surat yang kononnya ditulis Natrah mengatakan dia sudah menjadi Katolik dan meminta supaya Mansor melupakannya. Beliau yang kecewa akhirnya berkahwin dengan wanita lain. Kad jemputan dihantar kepada JC Vermaulen dan Bertha yang mengetahui tentang perkara itu sangat kecewa.

Pada tahun 1975 televisyen Belanda mendokumentarikan kisah Bertha dengan mewawancara Mansor dan suaminya ketika itu Wolkenfelt. Perbezaan di antara kehidupan yang sangat nyata dengan Bertha yang ketika itu mempunyai 10 orang anak manakala Mansor Adabi hidup mewah sebagai seorang guru dan peguam. Setahun selepas itu Natrah didakwa di mahkamah di atas cubaan membunuh suaminya tetapi dibebaskan. Pada 9 Julai 2009, Bertha meninggal dunia akibat Leukimia.

p/s; Kisah Natrah ni aku dengar pertama kali dari Zulkifli Nordin MP Kulim, Peguam yang menguruskan kes2 murtad di Malaysia masa aku part 1 diploma. Ini posting udang sebalik mee.hehe.. Aku geram sebab memang takkan dapat ke IB untuk teater Natrah ni. Kedua, aku tak tahu dengan orang lain, tapi aku sedih dengan kisah Natrah ni yang selepas dimurtadkan hidupnya sengsara. Antara cinta yang tepisah, hidup yang ditekan, manusia mana pun boleh terduduk dicuba sebegitu rupa.Semoga tiada lagi Natrah yang lain..Ketiga, saudara seagamaku, bila lagi kita akan bersatu sepertimana pernah kita bersatu dahulu?

Sunday, November 8, 2009

LEBUR SEMUANYA~~

Aku malas nak menaip semenjak dua ni sebab sangat la sibuk dengan exam. Sekarang tinggal 1 subjek saja lagi, dan 5 yang lain telah aku leburkan dengan jayanya.huhuhu.. Macam leburnya semangat hidup aku jugak.

Pernah tak rasa tersangatlah kecewa di dalam hidup? Tersangatlah ingin merubah keadaan tapi tak berdaya?Apa yang dibuat semua jadi usaha yang sia2. Sampaikan kita sendiri dah jadi takut untuk berharap apa2 pun dalam kehidupan, dan hanya membiarkan semua yang terjadi melintas di depan mata sambil mengingatkan diri bahawa hari-hari malang akan berlalu. Namun malangnya aku bagai tersekat dalam satu ruang. Macam deja vu. Perkara yang sama berulang2. Sampai akhirnya aku jadi kebal, kebas, terima saja semua tanpa ada sebarang rasa. Loser kah aku?

Aku tengah menyusun pelan2 lain untuk menghadapi kemungkinan dibuang pada semester pertama. Sebab? Aku rasa Puan2 dan Encik2 yang semak kertas aku mesti mengucap panjang dengan jawapan yang entah apa2. Sudah la carry mark aku pun macam hampas! layak buang dalam tong sampah saja kot! Aku tak pandai, tapi aku juga tak pernah merasa sebodoh ni dalam hidup! Dalam 5 kertas yang aku dah jawab, belum ada 1 pun aku rasa sedap hati. Sebab aku tahu, aku merapu. Nak menyesal sambung ijazah bidang ni pun dah tak guna. Aku yang tak sampai hati nak kecewakan orang lain ni dah banyak seksa diri sendiri. Menipu diri bahawa ni lah jalan terbaik untuk aku. haha.. Akhirnya, aku dipaksa mengalah.

Maaf semua, andai sekali lagi aku dihadapkan dengan pilihan, aku pilih kebahagiaan aku! Biarlah dikata otak singkat ataupun penting diri, asalkan aku tak berdosa lagi pada diri, hati dan jiwa ni. Biar orang tak faham, asalkan aku bahagia!!

Thursday, November 5, 2009

Nikmat Hidup.

Ibu lumpuh dapat RM1.1 juta

Oleh NORLIZAH ABAS
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 4 Nov. - Seorang ibu yang lumpuh separuh tubuhnya akibat kemalangan jalan raya 11 tahun lalu mendapat ganti rugi hampir RM1.1 juta setelah Mahkamah Rayuan membenarkan rayuannya.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Tengku Baharuddin Shah Tengku Mahmud turut memutuskan jumlah ganti rugi itu termasuk kos RM30,000 dibayar kepada plaintif, Nauren Abd. Manaf, 54.

Beliau yang bersidang bersama Hakim Datuk Sulong Matjeraie dan Hakim Datuk S. Selventhiranathan turut memutuskan sebulat suara agar jumlah itu dibayar atas kadar faedah lapan peratus setahun.

Bekas ahli perniagaan itu menyaman Chew Ming Thai ekoran kemalangan yang berlaku di Kilometer 271 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban pada 23 Ogos 1998 di antara lori yang dipandu oleh suaminya dengan kereta yang dipandu oleh lelaki itu.

Mahkamah Sesyen Seremban pada 5 November 2004 memberinya ganti rugi am dan ganti rugi khas hampir RM1.5 juta setelah memutuskan Ming Thai selaku defendan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kecacatan dari leher ke bawah yang dialami suri rumah berkenaan.

Nauren yang tidak berpuas hati dengan jumlah itu merayu ke Mahkamah Tinggi Seremban pada 8 Mac 2006. Bagaimanapun, beberapa ganti rugi dikurangkan menyebabkan dia merayu ke Mahkamah Rayuan.

Hari ini, panel berkenaan membenarkan rayuannya dengan memberi ganti rugi bagi kos penjagaan masa depan (RM302,400), kos kain lampin (RM93,600), kos pembedahan masa depan (RM200,000), ganti rugi am akibat lumpuh (RM400,000) dan kehilangan nikmat hidup (RM100,000).

Isnin lalu, peguam Gerald Gomez ketika berhujah mewakili Nauren menyatakan, akibat kemalangan itu, anak guamnya mengalami kesengsaraan hidup kerana laporan perubatan menyatakan dia tidak berpeluang langsung untuk sembuh kerana kecacatan itu akan merebak ke anggota lain.

Menurut peguam bela, lumpuh yang dideritai mangsa bukan kecacatan biasa kerana ia menyebabkan dia mengalami trauma seumur hidup dan memerlukan bantuan orang lain untuk menguruskan diri termasuk membersihkan najis.

Ketika menggambarkan keperitan hidup plaintif, Gerald memetik penghakiman Mahkamah Sesyen yang menyatakan:

''Orang lain menunggu untuk pulih sedangkan plaintif menunggu ajal sepanjang hidupnya.''

Sementara itu, peguam Shanta Mohan yang mewakili Ming Thai berhujah, tiada laporan perubatan yang mengesahkan plaintif lumpuh keseluruhan badannya.

Beliau berhujah, ganti rugi am akibat lumpuh yang diberikan oleh Mahkamah Sesyen ialah RM200,000 dan jumlah itu merupakan yang tertinggi diperuntukkan oleh undang-undang bagi mangsa kemalangan yang lumpuh separuh tubuh.

p/s; RM 1 billion pun belum tentu cukup untuk kembalikan nikmat Allah S.W.T yang telah hilang.

"Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku." ( Surah Al-Baqarah, ayat 152)

Untuk kau dan aku, supaya kita beringat., =)