1.Azah turun shah alam, kami lepak ke Sunway Pyramid tengok Shrek.Best! Aku punya hajat nak makan ice cream pun termakbul. Baskin N Robin punya Almond Fudge memang terbaeklah!! Entah kenapa aku jarang sangat jumpa budak kecik ni sekarang. Kelas dah lain, masing2 pun dah ada ramai kawan lain.Hari ni pukul 2 sampai di Sunway, 20minit jugak mencari parking. Penuh beb!! Apa semua orang ponteng kerjakah hari ni??huhu. Hati meronta2 tengok butik DC Superheroes, selamat ku tahan diri ini, kalau tak mahunya aku sambar 1 t-shirt Superman. Mujur mengenangkan hidup aku yang tak tentu hala di masa2 short course ni.hehe.. Sabar ya, dah pegang duit sendiri nanti segala jenis Superman pun kau boleh beli!!
2.Sampai rumah pukul 6 petang, siap ke Plaza Alam Sentral. Misi: Rakaman Muzik2 25, Faizal Tahir pencalonan Adrenalin.hehehe... Aku redah dengan sahabat baru, Leo. Sangat manis budak ini. Short Course mempertemukan aku dengan ramai manusia yang aku kenal rupa sahaja sebelum ini tetapi tak pernah nak tegur. Alhamdulillah, ramai sahabat baru. :) Berdiri 4jam dalam studio tu, ada FT,Yuna, Hujan feat Mirwana, A.P.I, Azlan and The Typewritter, CODA, Indie Mice, dan beberapa band indie lain yang aku tak berapa kenal. Live performance memang semua best! Tapi sayang, tiada gambar..huhu.. Aku dan Leo tak bawak kamera...
3. Noh, memang dia ni gila2. Raingers yang bikin panas kat dalam studio, sebab FT persembahan pertama, lepas tu separuh studio kosong, Rockensteiners menghilang.haha.. Sampai hati betul. Selamat Raingers ramai. Sekejap sangat FT nanyi, crowd pun tak happening sangat.. Aku tak hirau sangat, yang penting nampak dia depan mata sudah.hehe. Berjumpa rakan Rockensteiners. Satu lagi sumber menyekolahkan sosial skill aku yang sangat tak pandai berkawan ni. Ya saya cuba buang sifat pemalu itu!
4. Pulang diescort oleh sahabat2 Leo yang tak yakin dengan keselamatan Leo dan aku. Sweet betul kawan2 dia ni. Kagum aku dengan brotherhood Sarawakian ni..They look after each other.
p/s:Tengok video2 P Ramlee di Youtube buat aku rindu ayah..Aku di sini seorang dalam segala2nya. Telefon dari rumah??Jangan harap. Aku tak penting buat sesiapa untuk dipeduli. Jadi aku pun memilih hidup begini. Aku dan diri sendiri ini sangat saling memerlukan! Hati, semoga tabah. Semangat ,jangan kau rapuh. Aku perlu redah hari mendatang sebagai bukti aku masih bernyawa.. Senyum pada takdir, :)
No comments:
Post a Comment