Saturday, January 1, 2011

KEMBALI KE SEKOLAH !!!!

Lagi beberapa jam nak bertolak balik shah alam. Semester baru bermula Isnin ni. Jadual semester baru aku agak pelik, hari Rabu aku free. Alangkah baiknya kalau Jumaat yang free. Boleh aku balik Penang selalu.hehe. Tapi syukurlah sekurang-kurangnya ada jugak cuti lebih sehari. hehe.

LAMPIRAN. (heh, wadehel!!haha)


 Harapan aku untuk semester baru ni adalah semoga aku tak lagi bermalas-malasan macam semester lepas2. Semester lepas penyakit "berlayar dalam kuliah" aku dapat diatasi, aku pun tak berharap agar penyakit tu kembali. hehe. OK, aku rasa ada mood nak merepek malam ni. Maklumlah, kalau balik Shah Alam nanti internet memang perlahan tahap gaban+cipan.. Jangankan nak update blog, nak masuk internet pun 1 azab!

 Ramalan semester ini, haha..:
 1. Rasanya aku dah boleh berhenti follow FT punya performances. Cukuplah setakat itu. Kenangan indah yang cool untuk aku.hehe.

2. Wayang mungkin jadi aktiviti mingguan memandangkan hari Rabu aku yang free. Mari manfaatkan harga tiket wayang yang murah pada hari Rabu.weeeeee!!!!!!

3. Kelas mungkin sedikit bosan, sebabnya fakulti aku dah buat sistem streaming dan aku masuk kelas yang majoritinya aku tak berapa kenal. ( streaming di universiti! Kejadah apa lah dalam otak si penguasa2 yang berkenaan, aku masih rasa tindakan itu tak masuk akal! Kami mahasiswa, bukan pelajar sekolah! )Tapi geng2 aku (Matus, Eca, Lyn) masih bersama2 aku. Harap2 taklah sebohsan yang aku sangka sebab masih ada si Epul dengan Hisham sebagai penghidup suasana. hehe. 2 orang ni memang "loose canon", selain terdapat beberapa wayar yang terputus dalam kepala mereka. haha

4. Akan menjadi pengunjung tetap bilik Dr. Hafiz ( Encik supervisor dari Iran. Ya! Bahasa Inggeris aku sekurang2nya ada tempat untuk dipraktikkan. haha) Tapi tak bimbang sangat sebab aku ada geng jugak yang sama supervisor, G.

5. Berdasarkan situasi semasa, rasanya aku akan menunggu hari Sabtu, Jumaat, dan Ahad untuk tercongok depan tv untuk menonton drama Melayu sambil berharap ada Zul Huzaimy di dalamnya. ( tak dapat nak ditolong dah aku ni!!haha)

p\s: Ada sejuta harapan yang memerlukan hati ni menjadi seteguh karang di lautan! Hati ni kena kuat supaya aku tak mudah patah semangat!!! Aku rasa aku dah diuji dengan dugaan besar gila, yang membuatkan dugaan2 yang lain jadi sebesar hama. Come what ever, I'm now stronger than ever!!!!!Ayuh, redah hidup di semester dengan tabah! sekian sesi merepek malam ni.. :P

No comments: