Kita cerita,
kongsi angan tentang fantasi hidup sempurna,
betapa dunia bakal dalam genggaman kita,
dan bila dihempas realiti pedih luar sana,
kita masih mampu ukir senyum,
kerana kita ada kita..
Kita gaduh bertegang urat,
menegakkan konon tentang apa yang masing2 percaya,
tak mengalah sedikit pun,
tapi itu pun gagal membuat kita berbeza,
kerana pada hujungnya kita masih melafaz sumpah yang sama,
kita sahabat sampai syurga,
kerana kita ada kita..
Walau hidup memang tak pernah adil,
walau hari takkan pernah tak diuji,
walau tertusuk seribu duri,
luka kau dan aku akan sembuh sendiri,
kerana aku ada kau,
kau ada aku..
dan semua celaka takkan bererti apa2, kerana kita ada kita..
No comments:
Post a Comment