Sunday, July 22, 2012

PEREMPUAN DAN BOLA.

Ibu aku selalu cakap, "Perempuan mana tengok bola!." Tapi aku anggap ibu aku terlupa anak dia ni macam mana. Kalau dah dari kecik aku main bola sepak, macam mana nak harap besar-besar ni aku main barbie doll pulak kan. (24 tahun dah pun, huduh benar kalau nak main barbie doll. ;p) . Aku ada 6 orang abang yang semunya lasak-lasak macam setan. (sila highlight MACAM.perumpamaan sahaja ya! ) Aku adik perempuan bongsu yang takda kawan sepermainan. Jadi aku join lah abang2 aku main. Diorang main bola, aku main bola. Musim menuai diorang masuk bendang, aku pun ikut tangkap ikan. Musim main rounders, aku ikut main rounders. Pendek kata, apa abang2 aku main semua aku ada lah. Sampai satu tahap diorang kena halau aku balik, sebab rimas aku asyik mengikut ke mana diorang pergi. Tapi aku peduli apa. Bawak aku sekali, atau aku report sama Ayah.hahahaha.. Kuasa veto si anak bongsu. ;p  Nak xnak, kena la angkut aku sana sini. 1 ja yang diorang buat aku xjoin, mandi tali air.Aku xpandai berenang. Lagipun aku pernah lemas masa umur 4 tahun, sebab tu aku fobia.

 Berbalik kepada bola. Kenapa ada perempuan suka tengok bola. Berikut alasan2 yang aku selalu perhatikan, dan termasuk pengalaman aku lah kan.

1. Pengaruh adik beradik.

Kalau dah adik beradik semua lelaki, kau sorang perempuan, diorang tengok bola hari2,kau pun mesti lekat jugak la sikit sebanyak.Berani ke 1 lawan 6 nak berebut stesen tv.Aku tak berani.. Jadi pasrah dan redha saja la.. Ini kes aku. hehe

2. Untuk dicop cool.

Ye la, jumpa pakwe boleh sembang pasal bola ye dak.. Agak2 team pakwe kau kalah, ada la benda untuk kau bahan.ahahaha.. Tapi amaran. lelaki kalau bab bahan membahan ni, terutama sekali bab bola ni sensitif dia lain macam. Silap hari bulan boleh clash 2 minggu kau dengan dia. Kalau agak2 tak boleh handle, dan pakwe memang sejenis berjiwa halus, cukup la kau senyum sinis saja bila team beliau kalah ye. ;p Jenis makwe tengok bola ni pakwe boleh ajak tengok dekat stadium sekali, cool what. Kawan beliau pun senang nak blend in dengan  kau. Senang cerita kalau diorang borak2 sambil sebut David Luiz tu kau kenal la.. Takda la vocab bola kau terhad dengan David Beckham ja, itupun sebab kau minat Spice Girls kan. ;p

3. Sebab footballers kacak2 gagah tampan perkasa dn sewaktu dengannya.

Ah kaum Adam, jangan nak hipokrit. Bukannya kamu orang tengok Miss Universe sebab charity activities diorang pun kan..Tak dinafikan, ramai pemain bola yang kacak2 belaka. Buat awek meroyan bila tengok diorang main atas padang. Hatta daripada zaman sekolah pun lelaki yang join team bola ni famous kot. Tapi perempuan2 yang suka tengok bola atas dasar ni semata2 adalah kategori "gedik-gedik manja" ha gituh..
Sokong bagai nak rak sebab orang tu handsome walaupun mainnya kelaut..passingnya hampas. dan penaltinya ke bulan....

4.Ikut musim

Ha! kalau musim Euro dengan World Cup tu dia dulu la yang beli jersey. Semua status2 fb dan twitter kawan2 dia dah bersembang pasal bola. Mana boleh ketinggalan! Must pick a team! Mula google team mana yang kuat. (Glory hunter lah jugak ni. ) Atau pun sokong team yang sama dengan crush dia sokong. Senang nak ajak borak nanti, modal nih. Tapi kadang2 gadis2 macam ni la yang keluar statement " Saya sokong Brazil untuk Euro tahun ni, sebab diorang ada Ronaldo. "  oh! Tepuk dahi.. Sila cuba di lain kali..

5. Peminat sejati.

Dari kecik kau main bola. Besar kau main futsal. Tiap2 game favorite team kau tak pernah missed! Sebut sejarah Manchester, Liverpool semua dalam kepala kau.Sebut saja team segala passing rate, dan formasi dia kau tahu.ha! ini baru peminat sejati. Tapi susah nak cari gadis macam ni.hehe

6. Sebab kau insomnia.

Dah kau insomnia, movie kat hbo,fox, semua dalam kepala kau dah. Nak tido tak boleh. Ada game bola ja dekat tv. Kau pun tengok lah semua. Hatta dengan siaran ulangan untuk 4 musim lepas pun kau bantai tengok sebab kebosanan yang amat sorang2 berjaga malam. Akhirnya jadilah kau kaki bola secara tak sengaja. haha..

Aku lebih kepada nombor 1 dan 6. Kalau musim aku belajar dulu, aku jarang dapt tgk bola. Cuma follow through paper dan internet ja. Kalau ada game best baru la streaming. Lagi pun aku tak suka nak tengok kat mamak malam2 buta. Aku kan perempuan.Orang pandang pelik.. Lagipun kalau tengok game bola ni, kadang2 kita terlepas laku. Tak perasan, tiba2 terjerit.Huduh kan buat macam tu di khalayak ramai.Ini berdasarkan pengalaman jugak ni.hehe.. Jadi baiklah tengok dekat rumah saja..Kau nak menjerit ke,baling remote ke, suka hati kaulah kan.. lagi satu, mula2 dulu aku minat Liverpool sebab Owen cute! masa tu aku skolah rendah lagi.haha.. bila naik menengah, aku defects ke Chelsea...sekian pengakuan ikhlas. haha

p\s: gadis2 minat bola ni takda la cool mana pun. Cuma sebab bola tu selalu ada live dekat tv dan sukan paling popular di dunia. Cuba buat bola jaring selalu live kt tv, silap2 pakwe minat NBA pun boleh berpaling tadah minat netball tahu. 


No comments: