Friday, December 31, 2010

2011 & MEREPEK YANG TAK SUDAH..

 Selamat 2011. Apa yang dijanjikan aku pun tak tahu, tapi keberanian untuk meredah tu memang ada. Ya! Ini adalah tahun akhir aku sebagai mahasiswi.Aku tak penat belajar daripada kehidupan, cuma lelah bergelar pelajar formal. Cukuplah 17 tahun setengah aku pegang status pelajar. Jatuh, bangun, jatuh lagi , tapi masih gagah meredah sistem pendidikan yang panjang ni. Rise and rise again until lambs become lions. yeah! aku suka petikan Robin Hood itu!

 Sepanjang cuti ni aku asyik menggeledah drama2 Melayu lakonan seorang aktor ni. Dah lama aku minat mamat ni, tapi bila selalu sangat dia berlakon jadi jahat, aku pun dah terikut2  menyampah. (over gila aku ni kan! haha). Tapi bila aku tersangkut dengan 1 drama Melayu yang dia berlakon 2 3 bulan lepas, "jatuh cinta" aku untuk kali keduanya. hahaha.. Dramanya adalah Kau Laksana Bulan. Dan "Dia" itu adalah Zul Huzaimy.  Habis aku download semua drama dia yang aku jumpa. Ini semua penangan Firas dalam Kau Laksana Bulan.

 Berbalik kepada Zul , lakonan dia ni tersendiri. Tak meniru gaya sesiapa. Kadang2 aku rasa dia ni berlakon guna jiwa dan mata. Sebabnya adalah, mata dia ni tajam. Maksudnya, kadang2 dengan mata dia saja tanpa banyak dialog dan gerak, kau dah boleh rasa marahnya atau romantiknya. (pergh! over aku memuji. argh, lantak.. itu apa yang aku rasa.. :P) 

 Tapi aku memang sangat suka dengan lakonan dia dalam filem "Wayang". Sangat meyakinkan sebagai orang buta. Dalam filem Remp-it pulak, aku tak boleh tengok muka si Spark tu, menyampah dengan karektor jahat dia yang ala2 high tu. Kalau drama pulak, aku ingat 1 drama ni, tajuknya Cinta Sang Gembala Kambing kalau tak silap. Dia berlakon dengan Watie Elite. Dalam drama ni banyak scene dia main gitar dan nyanyi.( suara dia sedap dowh!). Suka lagu Ibnor Reza dalam drama ni Meneka Dalam Kesamaran. Satu lagi, aku rasa Zul ni belajar silat dulu, sebab dalam berberapa drama yang aku tengok, memang gaya dia bukak bunga silat tu convincing ja.Boleh la ganti Eman Manan ye!

 Ada jugak beberapa filem dia yang aku rasa macam " wadehel" la cerita ni.. Dan filem tu adalah Cinta Nan Satu. Kesian aku tengok hasil filem tu, macam drama ja. Dan ada drama lagi baik daripada filem tu. Filem kedua adalah Lembing Awang Pulang Ke Dayang. Filem ni mungkin lebih baik sikit daripada Cinta Nan Satu, sebab aku rasa cerita asalnya menarik. Mungkin bila diterjemah dalam bentuk skrip dan di layar, jadinya lain. Sayang pulak rasanya. Satu2nya scene aku suka adalah babak perlawanan Awang dengan Bachok. Sebabnya, aku suka tengok mamat ni bersilat. hehe. Walaupun Farid Kamil hero cerita ni, tapi macam longgar ja watak dia. Terlalu "cool" sangat kot sampai kadang2 nampak macam takda soul. 

  Hmm.. moga2 semester ni aku tak la meroyankan diri untuk menggeledah drama2 mamat ni lagi. Jahanam waktu lena aku nanti. Cukup2 la macam zombi dalam rumah sepanjang cuti ni.

 Apa yang pasti, 27 hb ni filem HAQ akan ditayangkan, dan aku sedia meredah ke panggung wayang berdekatan.wakaka.. Aku tengok treler filem ni boleh tahan cgi & fighting scenes dalamnya.

Rasanya cukup sampai sini contengan aku kali ni. Posting ni menjadi begini adalah kerana aku menulis dengan keadaan tidak tidur semalaman. (Aku ada cakap kan,kalau aku tak cukup tidur memang aku kuat merepek!)

courtesy of HAQ fb page. 

Wednesday, December 29, 2010

Di Dalam Sepi Itu




Serasa diri ini
Terpinggir di batas nan sepi
Tak sesiapa menemani

Di dalam sepi itu
Kembali ku mengingati mu
Lalu hati jadi rindu


Aku terperangkap dalam diri
Aku terpaedaya oleh mimpi
Aku dikejari bayang-bayang
Keterpaksaan menyiksakan


Lama ruang hati kekosongan
Lama ku menangis sendirian
Lamam hanyalah hitungan masa
Tak terluntur kenangan indah
Di antara kita

Di dalam sepi itu
Bertakhta bayangan dirimu
Mencengkam sanubariku

Sunday, December 26, 2010

KALUT DAN SERABUT..

Apabila ia ada dalam segala,aku hilang semua punca..
Hati ni dah hilang erti aman..
Apa yang aku cari aku pun tak pasti..
Itulah sebabnya pencarian aku tak bertemu penghujung..
Aku sesat dalam dunia sendiri yang aku cipta..
Dunia berserabut antara mimpi dang realiti..
Kalau boleh aku nak cerita pada seseorang.
Tak perlu ramai..
Cukup seorang..
Nak cerita semua yang ada dalam hati,jiwa, minda..
Tapi apakan daya...
Tak mungkin ada manusia mampu menjadi "pendengar" untuk aku,
Selirat yang dah bersimpul mati ni tak boleh dirungkai dengan perkataan lagi..
Aku cuma ada aku..
Moga2 itu pun tak direntap pergi dari jiwa..

p\s: moga kekalutan jiwa ni boleh berhenti sekejap supaya aku ada ruang untuk selesaikan urusan2 aku di semester baru..Aku tau,hati ni sangat kuat nak menanggung segala..insyaAllah. masih ampuh bertahan..

Wednesday, December 15, 2010

ENTRY SIA2

Mengejar bayang2..
Mana mungkin bertemu penghujung..
Aarrgh. Terjerut lagi dalam permainan rasa itu!
Salute buat "perasaan" yang berjaya melepaskan diri dari pasak2 ku..
Sumpah seranah buat diri yang hilang kuasa lagi..
Untuk kali ke berapa entah..
Aku tertewas di dalam gelanggang sendiri!


sekian saja entry sia2..

Sunday, November 28, 2010

KETAGIHAN & OBSESI.

 Kalau ada teori sebegini;untuk menghilangkan ketagihan terhadap sesuatu adalah dengan memberi seseorang itu sebanyak mungkin benda yg diketagihkannya, supaya hilang nafsunya terhadap benda tersebut, aku rasa teori itu adalah SALAH sama sekali!!!

 I've tried it. Lagi ketagih ada la.. siot! I'm not talking about cigarette or drugs. Its more to obsession. Maybe this theory is not applicable for me only. Tapi kan, apakah bezanya obses dengan ketagih.. sama ja bagi aku. huhuhu.


ps: smoga obsesi ini hilang dengan cepatnya.. tolong,saya perlu jadi normal kembali. :P


GAMBAR NI CILOK DR ABG WA..DIORG PUNYA ARTWORK MASA BENGKEL RUMI.

Saturday, November 27, 2010

BICARA SEORANG INSOMNIA

 Bila semua benda yang kau nak dalam dunia ni kau dapat, hidup kau memang tak ada thrill! Tapi aku yakin, tak ada manusia dalam muka bumi ni yang macam tu. Cuma yang ada , kadang2 orang lain ada apa yang kita nak, dan kita ada apa yang orang lain nak.


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah maha mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (al-Baqarah: 216)


 Hidup aku yang pelik inilah yang selama ni menjaga hati dan diri aku daripada manusia2 di luar sana. Pelik dalam erti kata lagi banyak berbicara dengan encik laptop dan cik televisyen. Aku dah berhenti mencari.. aku juga dah berhenti mengejar.. Sekarang masa untuk go with the flow.. :)

ps: haven't I tell you that I tend to be talkative and hyperactive when my sleep time interrupted or should I say.. CORRUPTED... this is it!!

Wednesday, November 24, 2010

17

Di kala aku berumur sepertinya , aku masih sibuk dengan dunia keanak2an, kenakalan tak sudah hidup seorang anak sekolah.   17 bagiku masih mentah, tapi 17 di matanya itu sangat matang. Paling menusuk kalbu apabila soalan ini menerjah minda, “ Pengorbanan apa yang aku lakukan ketika aku di usia 17 itu?” Aku tiada jawapan.. 

 Pada waktu aku sibuk memikir 1001 helah nak memonteng sekolah, dia mulakan kerja sukarela sebagai guru di sekolah rakyat walaupun masih bergelar seorang pelajar di Sekolah Methodist.  Dia sudah mula menabur keringat kepada anak bangsanya.

 Kala usia itu, tanggungjawab yang dahsyat terbeban di bahunya. Menjadi orang yang dipertanggungjawabkan untuk memulakan misi menggoncang pemerintahan British di bumi Sarawak, iaitu membunuh Sir Duncan George Stewart.

 Ya, aku berbicara mengenai  Rosli Dhobi. Manusia berani yang mati di tali gantung pada usia 17 tahun atas nama perjuangan pembebasan negara,bangsa dan agamanya.  Dan celakalah tipu daya British yang memutarbelitkan fakta surat kelahiran beliau untuk menggantung juvana 17 tahun itu sebagai orang dewasa 19 tahun.

 Pada saat aku dan kau berbicara maksud pengorbanan,dia sudah membuktikannya dengan darah dan nyawanya sendiri. Riwayat berakhir di tali gantung, dan dikuburkan British di bawah tembok penjara Penjara Kuching bersama 3 pejuang Rukun 13 lain iaitu Morshidi Sidek, Awang Rambli dan Bujang Suntong tanpa bernisan. Sehinggalah pada tahun 1996 barulah jasad ketiga2nya disemadikan semula di Sibu. 

Dan ini merupakan warkah terakhir Rosli Dhobi kepada keluarga beliau sehari sebelum digantung.

Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.

1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.

2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat' atau `Fardu' kepada mereka.

3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.

4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.

5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.

6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.

7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.

8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.

Salam sembah dari anakanda.

Rosli Dhoby

1 Mac, 1950.


Aku menonton 8 episod drama Warkah Terakhir, yang pengakhirannya aku menangis tersedu2 mcam orang hilang akal! Tahniah buat casting yang mantap gila!  Tak lupa Al- Fatihah buat semuanya..


Saturday, November 20, 2010

GITAR,CHESS & SILAT.

Gitar



Hmm.. Dari kecik nak belajar main, tapi abang2 semuanya tak bagi.huhu.

Chess



Main dam aji pun selalu kalah, apatah lagi chess. Tapi aku memang tak tau langsung pasal chess walaupun ayah pandai main chess nih.huhu

Silat



Masa darjah 1 ka 2 ntah masuk tae kwan do.Sampai la tali pinggang hijau, lepas tu aku missed 2 kali greding sebab demam,dan terus hilang minat nak sambung.huhu. Tapi aku sampai sekarang masih minat lagi martial art, terutamanya silat. Tapi tulah, dengan course yg sibuk smpai hujung semester ni agak "bunuh diri" la kalau aku gatal2 nak masuk silat pulak.Sesungguhnya kalau ada kawan, memang aku berani jugak ambik risiko. hehe.



Jadi, apakah kaitan ketiga2 perkara di atas? Memandangkan aku tak reti dalam ketiga2 perkara di atas, aku letak kriteria2 ni untuk bakal suami, boleh? hahaha.. adohhai .senget la otakku. Ok, aku merapu malam ni. Bukan apa, rasa tergugat bila abang aku akad nikah tgh hari semalam. Secara rasminya tinggal aku dan seorang lagi abang,(dah bertunang)  saja yang belum kahwin. Aku bukan setakat belum kawin, calon pun takda. Bagaimanakah??? hahaha..

Sunday, July 25, 2010

JALAN BARU, CERITA BARU.



 Jiwa kacau, otak kosong. Aku paksa tangan bekerja. Aku paksa jugak neuron ni berkomunikasi. Aku perlu sibuk supaya tak hilang diri sendiri. Tapi kadang2 lemas jugak aku dalam kalutnya urusan hidup ni. The best thing I've been doing is calling my mom everyday. Though not much to tell, though not much to say, hearing her voice at end of the line soothed me. I'm moving out from my house. My new place is much nearer to my faculty. Walking distance as I may precise it. No worry about having enough coins for bus fare, no more worry of missing the bus, no more worry of " How I'm going home t this hour?" . The peace of mind is something that I wish to get in my new place. OK. Mari merapu skejap!

 Ramalan aku untuk semester ni ;

 Rasanya semester ni kegilaan pada Remy dan FT bakal bersambung. Cuma dah suam2 kuku ( ye ke? entah2 makin membadai.hahaha). Apa yang pasti, akan ku kejar setiap show yang ada FT selagi mampu. Tapi priority aku masih kepada pelajaran ya! hehe. Dalam hidup sebenar pulak ( hidup sebenar?kejadah apakah? Selama ni hidup hang  tak benar ka?hahaha), aku rasa memang takkan ada crush2 sengal lagi. Mata aku sekarang pandang artis ja ( cewah!!! hang bajet artis pandang hang ka?huhu). Bukan! Bukan! Jangan salah faham.. I mean, my personal feeling can be put in hold. Let it freeze for a while. Yes! I can do that.  You can't? Owh, pity you.. (OK, aku dah mula menyampah dengan diri sendiri bercakap macam ni.hahaha) 

Sudah2 merepek. Mari kembali ke alam nyata. Zassssss!

 Semester lepas adalah satu "disaster. Semester ni, aku memang nak jadi orang baru. Aku tak nak toleh belakang dah. Insecure ke, self inferior ke, persetankan semua. 2 minggu pertama aku habiskan hujung minggu dengan berfoya2 tak ingat dunia. Minggu pertama aku layan world cup final dekat I-City Shah Alam sampai ke pagi. Minggu ke dua aku redah ke Melaka. Minggu ketiga ni, buat birthday celebration untuk Suhana. Minggu depan ada modul. Minggu2 mendatang sudah semestinya ujian2 akan mula mengambil tempat. 

 Semoga semester baru ni aku akan lebih fokus. Semoga mimpi ngeri aku berakhir. Amin.. Jalan yang aku lalui semester ni jalan baru,  cerita aku pun baru. Harap yang baru ni akan bawak sesuatu yang baik!  InsyaAllah..

Penutup untuk sesi merepek kali ini, untuk memeriahkan blog yang bosan ni, aku nak tepek gambar2 aku pergi Melaka hari tu. Percutian yang tak dirancang. Redah ja..huhu



Muzium Samudera. 



Depan Jonker Walk.










Sunday, June 20, 2010

RINDU SEPARUH NYAWA...

 Aku cuba menyibukkan diri study , supaya aku tak ingat hari ni hari apa..Aku tewas akhirnya. Ya! Akhirnya aku berakhir dengan menghamburkan perasaan di sini jua. Beruntunglah mereka2 yang masih punyai seorang Ayah untuk diucapkan " Selamat Hari Bapa". Aku cemburukan kalian semua.! Sungguh!!

 Aku tak pernah sambut Hari Bapa, ucapkan sayang pun tak pernah. Aku dan ayah sayang satu sama lain dengan cara kami sendiri. Hari lahir aku pun ayah tak pernah ingat. hehe. Aku pun tak berharap ayah ingat, sebab aku tahu, tak ingat hari lahir tak bermakna dia tak sayangkan aku. Ralatnya aku cuma sebab aku tak pernah ucap yang aku sayang kan dia. Harapnya dia tak pernah ragu yang anak dia ni sayang dia sepenuh nyawa!!

 Aku ingat lagi masa aku merajuk sebelum balik Arau dulu.. Gara2 ayah tak belikan coklat malam sebelum aku berangkat pulang ke Arau. Sesampainya ayah di muka pintu aku serbu dengan soalan, " Ayah beli dak coklat orang pesan?" , " Tak.", jawab ayah dengan hati beku.. Aku tarik muka masam.. " Ceh..", hanya itu yang aku mampu kata. Hati frust jangan cakap la, mcam tengah mengidam jugak a masa tu.hehe.. Esoknya ayah hantar ke jeti, dan aku masih lagi dengan muka muncung.

  Sebulan lepas tu aku balik lagi.. Sebelum balik aku dah telefon ayah siap2, supaya ayah boleh jemput dekat jeti. Sampai saja rumah ayah cakap, " Dalam peti ais ada coklat." ... Whoaa.... Terharu gila aku masa tu. Dia ingat lagi aku sentap pasal coklat sebulan lepas.hehe.. Bukak saja peti ais, bukan 1, tapi 4 bar coklat. 1 yg besar, lagi 3 yang kecik. Hamik kau!!

 Untuk orang macam aku yang susah nak luahkan rasa tak puas hati, marah, suka tau apa pun memang mengharapkan ada orang lain yang faham perasaan aku.. Susah nak jumpa.. Malahan takda pun, hanya ayah yang mampu baca selirat hati aku..Ayah aku orang biasa dengan hati yang luar biasa. Aku jarang dapat apa yang aku nak. Dia ajar aku, tak semua yang kau nak dalam dunia kau akan dapat. Itu ayah..

p/s:  Aku dengan ayah pelik sikit, tambah2 kalau bab merajuk. Tak tau kenapa kalau aku terasa hati memang cepat merajuk dengan Ayah, orang lain aku tak kisah pun.huhu. Selalu  dulu kalau aku merajuk, mesti tak mau angkat telefon..Sekarang tunggu sampai kiamat pun dia takkan telefon dah.. Al - Fatihah.. Itu ja yang aku mampu. 

Wednesday, June 16, 2010

LEPAK

 Alarm telefon bimbit memekik nyaring, lagu Breaking Benjamin Diary of Jane cukup kuat untuk memekakkan telinga membangunkan aku dari tidur. " Pukul 830?? Awal lagi ni..", aku berkira-kira mahu menyambung tidur. Jam biologi badan aku sudah lingkup dek kerana televisyen. Hari-hari tidurku selepas subuh. Baru hendak terlelap tiba-tiba," Ina!!!! Bangun cepat! Mandi, sat lagi tukang mai nak buat rumah hang malu nak pi toilet pulak.", ibu memekik dari dapur. Aduh..Terlupa pula faktor itu. Dengan liatnya aku bangun mencapai tuala ke bilik mandi.

 Satu lagi hari yang bosan untuk diharungi. Cuti semester memang dinantikan oleh sesiapa saja, tetapi kadang-kadang apabila dah  seminggu mulalah mati kutu. Begitulah aku. Pisang goreng yang panas itu aku kunyah selamba. Lapar punya pasal. Ibu dah faham benar anaknya yang seorang ini menggeleng melihat aku melahap sarapan pagi. Belum pun hadam pisang goreng yang kukunyah telefon bimbit berdering. "Siapa pula pagi-pagi ni..", getus hatiku. "Eh!", aku agak terkejut melihat nama pemanggil di skrin telefon. "Mimpi apa mamat ni telefon aku?". Tanpa lengah, aku menjawab panggilan.

Pemanggil: Assalamualaikum! Dah bangun ke belum?

Aku: Wa'alaikumussalam.. Dah bangun la. Lu mimpi apa telefon guwa ni bro?hehe

Pemanggil: Nak ajak lu lepak la. Guwa ada kat Penang ni ha, dengan Meor. Busy tak hari ni?

Aku : Lepak? beres bos.Tak busy pun. Makan tidur ja kat rumah ni ha. When and where? You name it!hehe..

Pemanggil : Ha bagus! Abang datang jemput kau kat rumah, tunggu tau. Dalam pukul 11 abang sampai ok.

 Aku : Beres! Saya tunggu.

  Aku memutuskan talian. "Ibu, Ina nak keluaq hari ni.." kataku pada ibu. "Nak pi mana, dengan sapa?"' soalan standard ibu aku. " Tak tau lagi nak pi mana, tapi pi dengan bro Amy ". "Kalau nak keluaq kena balik awai!" Balas ibuku. " Beres bos!".

********************************************

   Kereta Honda Civic Type R itu berhenti di hadapan pintu pagar. Tersengih-sengih pemandunya di dalam. " Tak sesat kali ni ya?", aku memerli. " Tak! Dah hafal jalannya.hehe.. ". "Tak nak jemput kami masuk ke?" Meor menyampuk di sebelah "Tak boleh, abang tak da kat rumah.hehe. sorry!" Baru ku buka pintu kereta ibu   memanggil di muka pintu " Ina! Ina! ", " Ya bu, awat?", tanyaku kembali. " Ina! Ina". ibu masih memanggil, buat aku kehairanan. " Ya awatnya??" , aku mengulang tanya. " Bangun la! Kata nak pi bank buat kad ATM."
" Aaa?????", aku terpinga-pinga .....

*******

 Mimpi rupanya. Dang!!! Tak sempat habis mimpi guwa... Guwa mimpi Remy Ishak ajak guwa lepak beb!! hahahhaha.. Betapa tidak logiknya mimpi itu.

p/s: Mimpi itu adalah cantuman kenyataan yang menjadi kisah dongeng. Kenapa? 


1. Amy antara nama panggilan Remy .


2. Meor kawan Remy masa teater Natrah (Aku add mamat ni dekat fb sebab  Macy add dia. Ntahpapa kan aku ? Tapi aku anggap menambah kenalan ja,hehe) 


3. Honda Civic Type R keta idaman aku. 





Saturday, June 5, 2010

MONOLOG SEORANG HAMBA.

Hidup yang kucar kacir ini harus aku salahkan siapa?
Semuanya terbeban di bahuku..
Keputusan yang aku buat..
Ketetapan yang aku sendiri tentukan..
Jalan yang aku pilih..
Akhirnya terdampar di sini jua..
Haruskah berakhir di sini juga segalanya???
Menunggu jawapanMu ya Allah..
Menanti kataMu ya Rabbi..
Berikanku kata yang pasti…
Apa jua aku redha.
Cuma satu doaku,
Untuk segala yang menusuk tajam ini,
Smoga akhirnya di dalam pelukan redha dan rahmatMu jua..
Amin… 

Sunday, May 30, 2010

THE LAST MOMENT.

Not a single day passed without me remembering you,
How I wish the time stood still as we sat on that white bed,
I can still feel your warm hand touching my face,
When you wipe my tears,
Asked for me not to cry..
Not a word came out,
But that look on your face, Strikes me like a lightning..
Burnt inside..
Only tears that burst speaks for my heart..
I wonder, now and back then,
How on earth you manage to smile, as I’m losing all my strength to carve one?
How on earth you are so convince that I’ll live as strong as you go?
I hope I’ll find the answer..




Saturday, May 29, 2010

PERBUALAN ITU..

Ayah: Tengah buat apa tu?

Aku: Dekat bilik, tak buat apa pun.hehe.

Ayah: Dah makan ka belum?

Aku : Dah. Ayah makan dak lagi?

Ayah: Dah makan dah.

Aku : Makan apa.

Ayah: Makan nasik la.. haha

Aku : Ceh! Orang tau la makan nasik.. Lauk apa?ish...

Ayah : Nasik lauk kari ikan..Ok lah, Ayah ada gheja ni..

Aku : Aahahahahahaha.. Rindu a tu, tak mau cakap.

Ayah: hahahahahahaha..Macam2 la hang ni.. Assalamualaikum..

Aku :hehe.. w.slm

p/s: Dulu seminggu ada la dalam 2 3 kali ayah telefon. Cakapnya tak banyak,kadang2 sekadar bertanya sudah makan atau belum saja, kemudian habis..Tapi aku faham, dia rindu aku.hehe.. Ayah tak pandai taip mesej, apa2 hal dia akan telefon terus..Itu dulu..Tapi sekarang, telefon tu jarang sekali berbunyi..Kalau berdering pun kawan2 saja yang  telefon.. 2 Mei, genap sudah 2 tahun.. 30 Mei, hari lahir ayah yang aku tak pernah beri hadiah.. Al-Fatihah..

Thursday, May 27, 2010

ALHAMDULILLAH, HARI INI AKU SENYUM SENTIASA.. :)

Hari yang buat saya senyum.hehe. 

1.Azah turun shah alam, kami lepak ke Sunway Pyramid tengok Shrek.Best! Aku punya hajat nak makan ice cream pun termakbul. Baskin N Robin punya Almond Fudge memang terbaeklah!! Entah kenapa aku jarang sangat jumpa budak kecik ni sekarang. Kelas dah lain, masing2 pun dah ada ramai kawan lain.Hari ni pukul 2 sampai di Sunway, 20minit jugak mencari parking. Penuh beb!! Apa semua orang ponteng kerjakah hari ni??huhu. Hati meronta2 tengok butik DC Superheroes, selamat ku tahan diri ini, kalau tak mahunya aku sambar 1 t-shirt Superman. Mujur mengenangkan hidup aku yang tak tentu hala di masa2 short course ni.hehe.. Sabar ya, dah pegang duit sendiri nanti segala jenis Superman pun kau boleh beli!!

2.Sampai rumah pukul 6 petang, siap ke Plaza Alam Sentral. Misi: Rakaman Muzik2 25, Faizal Tahir pencalonan Adrenalin.hehehe... Aku redah dengan sahabat baru, Leo. Sangat manis budak ini. Short Course mempertemukan aku dengan ramai manusia yang aku kenal rupa sahaja sebelum ini tetapi tak pernah nak  tegur. Alhamdulillah, ramai sahabat baru. :) Berdiri 4jam dalam studio tu, ada FT,Yuna, Hujan feat Mirwana, A.P.I, Azlan and The Typewritter, CODA, Indie Mice, dan beberapa band indie lain yang aku tak berapa kenal. Live performance memang semua best! Tapi sayang, tiada gambar..huhu.. Aku dan Leo tak bawak kamera...

3. Noh, memang dia ni gila2. Raingers yang bikin panas kat dalam studio, sebab FT persembahan pertama, lepas tu separuh studio kosong, Rockensteiners menghilang.haha.. Sampai hati betul. Selamat Raingers ramai. Sekejap sangat FT nanyi, crowd pun tak happening sangat.. Aku tak hirau sangat, yang penting nampak dia depan mata sudah.hehe. Berjumpa rakan Rockensteiners. Satu lagi sumber menyekolahkan sosial skill aku yang sangat tak pandai berkawan ni. Ya saya cuba buang sifat pemalu itu! 

4. Pulang diescort oleh sahabat2 Leo yang tak yakin dengan keselamatan Leo dan aku. Sweet betul kawan2 dia ni. Kagum aku dengan brotherhood Sarawakian ni..They look after each other. 

p/s:Tengok video2 P Ramlee di Youtube buat aku rindu ayah..Aku di sini seorang dalam segala2nya. Telefon dari rumah??Jangan harap. Aku tak penting buat sesiapa untuk dipeduli. Jadi aku pun memilih hidup begini. Aku dan diri sendiri ini sangat saling memerlukan! Hati, semoga tabah. Semangat ,jangan kau rapuh. Aku perlu redah hari mendatang sebagai bukti aku masih bernyawa.. Senyum pada takdir, :)


Saturday, May 22, 2010

You..

What will you do?
When hope fades..
When all dreams that you touch become dust...
This world and it's whole are moving,
leaving you breathless..
Is there any time left for you?
You..Yes I'm talking to you..
Pick up those pieces of your heart,
Keep it together, hold it tight,
Embrace yourself and step again ,
Though the journey has long started,
But it never ends until you give up..

Thursday, May 20, 2010

OH BUDAK KECIK~~~

Errkk saya rindu budak kat bawah ni.huwaaaaaaaaaaa.. Baru seminggu jumpa hari tu.Oyyaai.. Aqil dah pandai menyulur ke depan masa aku balik. Habis satu rumah dia jelajah. Bila aku buat roadblock ja, mula la nak nangis.haha. Jahat aku, budak kecik macam tu pun aku nak kacau.hehe..

 Masa dia belum lahir ibu dia tanya aku nak letak nama apa, aku cakap la Adam (Nur Kasih punya pasal), kakak aku tak nak, dia cakap Adam dalam cerita tu jahat. Aku suruh letak nama Aaron (aku suka Aaron Aziz ;p ) pun kakak aku reject. Aku bagi satu lagi nama, Aladdin (sengal sungguh aku.haha) mestilah dia tak mau kan.. Penat cari aku suruh letak Aqil. Mula2 dia tak nak, (masa tu tengah kecoh kes Akhil Hayy dengan Waheeda), tapi aku cakap la letak Aqil bukan sebab nak ikut nama Akhil Hayy, lagipun takda Hayy pun nama yang aku cadangkan tu.. Dan masa budak ni lahir, kakak aku pun letak la nama Muhammad Aqil.. Nasib hang la Aqil, kalau tak Mak Su bagi nama Aladdin.ngehehehehe

THANK YOU RC'S :)



Alhamdulillah..ngehehe.. Lepas habis final exam hari tu aku mengatalkan tangan masuk peraduan dekat laman web Rockensteiners. Hadiah yang dijanjikan adalah CD ADRENALIN Faizal Tahir yang siap ditanda tangan. Saja menggedik masuk sebab memang tak buat apa2 pun masa tu. Dalam memain hentam slogan segala bagai tiba2 menang pulak. Rezeki.. Padahal aku dah ada CD Adrenalin tu.huhu

Agak malu jugak bila slogan budak sekolah rendah aku tu diorang post kat laman web Rc..huhu
Selamat la diorang tak kenal Cloud ni.ngehehehehe..

THANK YOU ROCKENSTEINERS & FT!!




Monday, May 17, 2010

ALAMAK, TER.....

Aku tak pernah pasti apa yang aku suka dalam hidup.
Tapi aku amat mengerti apa yang aku paling tak suka.
Tambah dalam senarai ya untuk hari ini;

1. tertidur petang, dan apabila bangun, matahari sudah menyorok..

aduhhaaii.. buat aku rasa hilang separuh dunia!!!

p/s:Baca dengan betul ya, "TER".hehe

Friday, May 14, 2010

SEMANGKUK BIHUN SUP SEDAP.hehe


Aku keluar dari gua Batman petang semalam.Eloklah buat aku yang terperuk depan lappy saja sepanjang cuti ni.huhu.. Aku terimbau sesuatu semalam, zaman sekolah aku... Aku tengok sekolah aku tu dah banyak yang berubah.. Kawasan sekeliling sekolah yang dulu ada rumah dan kedai papan buruk semua dah bertukar menjadi bangunan konkrit.Hilang sudah kedai mamak dua pintu..Lenyap kedai gunting rambut,kedai mekanik tempat ayah selalu baiki motorsikal buruknya itu..Semua berganti bangunan konkrit tersergam..

Sudah 5 tahun rupanya aku tinggalkan zaman itu..Zaman aku mengenal diri( ya ka? Sampai sekarang aku tak kenal rasanya.haha).Zaman mengikut kata hati, tanpa peduli apa satu yang menghalang.. Rasanya aku lalui dengan puas hati zaman itu. Puas hati sebab aku sentiasa buat apa yang aku percaya.. Berbanding sekarang,menipu diri untuk terus bertahan.. Phatetic life of mine.

Kembali kepada nawaitu asal aku semalam, sebenarnya nak pergi makan bihun sup paling sedap di dalam dunia buat aku.hehe.. Memori zaman sekolah aku memang dengan makanan saja. Tau fu fa simpang traffic ligt, Kedai Kak Pah, Cop Senang, bihun sup belakang pagar sekolah, bihun sup tepi jalan besar,roti jala dekat pasar pagi..Banyak gila kedai makan aku selalu lepak dulu.Buat aku tertanya. Aku pergi sekolah atau pergi melantak???ngeeeeeeeee..

Berbalik pada cerita bihun sup itu, aku dengan Mrs Cullen bergadai nyawa kot setiap kali nak makan dekat situ. Tempat paling banyak kereta dan susah nak lintas di alam semesta! Namun demi semangkuk bihun sup sedap, sanggup aku redah..hehe.. Tapi berbaloi!Ya! Rasa bihun sup itu masih seperti dulu..Setia sedap tak macam keliling kawasannya yang berubah dihimpit pembangunan.. Kata hati aku kedai tu pun bakal lenyap lagi 2 3 tahun..Tapi tolonglah tuan punya kedai bukak kedai dekat tempat lain kalau benar kedai tu bakal lenyap.Nanti mana lagi aku nak cari bihun sup sedap tu.huhu Pembangunan.. Tapi kenangan aku tetap akan di situ.. Senyum puas hati.. :))

Sunday, April 18, 2010

DONGENG HIDUP SEMPURNA.

Masih di situ
Terpaku…
Statik..
Angan2 itu buat aku terpukau,
Hikayat penglipurlara yang mempersona,
Betapa jiwa itu jauh terbang berilusi,
Tolong…
Goncang saja hati itu!
Fahamkan ia..
Fantasi itu hanya halusinasi!
Makin tinggi kau terbang, derita hempasannya mengazab nanti!
Bangunkan jiwaku itu..
Ianya dilamun mimpi..
Mimpi dongeng hidup sempurna

Monday, March 29, 2010

BEAUTIFUL WORDS..

through the pain
all my fears
all the tears
you were the one there
had my loss
had my gains
had it all
you made me stand tall
like a rock we are
you are the hope
i am the FAITH
we’ll be forever
through all the sun
and rain that comes
I THANK YOU..

by FAIZAL TAHIR..

Sunday, March 28, 2010

EMOSI ROLLERCOASTER..


Aku ingatkan aku dah cukup kuat..Tapi air mata aku tumpah jugak bila aku tengok Abang GG aku upload gambar tu..Terasa macam bangang sebab masih tersangkut dengan kesedihan itu. Aku memang tengah fikir pasal dia. Sampai termimpi2 2 hari lepas..huhu..

Bila aku nak kuat?? Bila aku nak boleh terima hakikat?? Betul la cakap orang..You'll never get over it..Aku cuba lupakan terus,atau sekurang2nya ingat yang manis2, tapi manis atau pahit tu tetap terluah dengan air mata.. Yang lain kelu.. bisu..

p/s:thousands words to say, thousands stories to tell, but I just can't find the right word.. so, let my silence tells it all..

Friday, March 26, 2010

BANYAKNYA!!!!!!


Tak nak cakap banyak..
1. Projek Construction Technology due date march 29.
2. Projek designing piling for geotechnique due date April 2nd
3. Assignment numerical due date april 2nd
4. Projek civil engineering quantities
5. Video projek untuk mandrin
6. common test civil engineering quantities

and yet to come... lots and lots of testssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss..

I'll be buried by tonnes of works..

p/s: cuba memujuk hati, " sabaq, nanti qeja lagi la tension. Get used to it. Your strength need to be trained!".. huhu.. sesungguhnya aku rapuh..sangat rapuh..

Monday, March 22, 2010

CERITA PASAL PAK CIK OBAMA.hehe

House passes health-care reform bill without Republican votes
By Shailagh Murray and Lori Montgomery
Washington Post Staff Writers
Monday, March 22, 2010


House Democrats scored a historic victory in the century-long battle to reform the nation's health-care system late Sunday night, winning final approval of legislation that expands coverage to 32 million people and attempts to contain spiraling costs.
The House voted 219 to 212 to approve the measure, with every Republican voting no. The measure now awaits President Obama's signature. In remarks Sunday night, he said that the vote "proved that we are still capable of doing big things. We proved that this government -- a government of the people and by the people -- still works for the people."

House Speaker Nancy Pelosi and her colleagues erupted in cheers and hugs as the votes were counted, while Republicans who had fought the Democratic efforts on health-care reform for more than a year appeared despondent.
"Today we have the opportunity to complete the great unfinished business of our society and pass health insurance reform for all Americans as a right, not a privilege," Pelosi said before the House approved the bill, which first passed the Senate on Christmas Eve.

The debate has consumed Obama's first year in office, with his focus on the issue amid a deep recession and crippling job losses potentially endangering his reelection prospects and Democratic majorities in the House and the Senate. It has inflamed the partisanshipthat Obama pledged to tame when he campaigned for the White House and has limited Congress's ability to pass any other major legislation, at least until after themidterm elections in November.
And it has sparked a citizens' revolt that reached the doors of the Capitol this weekend.

"If we pass this bill, there will be no turning back," House Minority Leader John A. Boehner (R-Ohio) warned on the floor. "In a democracy, you can only ignore the will of the people for so long and get away with it."


The bill will affect virtually every man, woman and child in the United States in some way, from the 20-somethings who constitute one of the largest uninsured groups to poor, childless adults who don't qualify for Medicaid in most states to well-paid professionals who could see their benefits shrink. The health-care debate touched on many highly charged moral issues in American life, and a handful of antiabortion Democrats held up a final deal until late Sunday afternoon, before reaching a breakthrough with the White House.

Along with the Senate's blueprint for reform, the House late Sunday approved a package of fixes to the legislation that will face a potentially rocky journey through the Senate this week. Over the next 10 years, the measure will set in motion a complex series of changes to the health insurance market that will translate into the biggest expansion of coverage since Medicare and Medicaid were created in 1965, and the most ambitious effort ever to restrain health-care costs.
Presidents as far back as Theodore Roosevelt have rued the nation's approach to health coverage, a system that serves relatively well the 150 million Americans who receive health insurance through their jobs but provides few affordable options for people who work part time, are self employed or work for companies that don't offer health benefits.

Obama conveyed to the wavering House Democrats who visited the White House in recent days that he had put his presidency at risk by pushing the House to act on the Senate bill. Although many House Democrats found the Senate legislation lacking, passing it was the only option after Republican Scott Brown won a Massachusetts special Senate election in January and cost Democrats their filibuster-proof majority in that chamber.

The 34 Democratic defectors were fewer than the 39 who voted against the House version approved in November, but the number was substantial enough to underscore the political uncertainty for many Democrats, especially those who represent moderate to conservative districts

Sunday, March 21, 2010

92 PERATUS RAKYAT MALAYSIA PERCAYA MEDIA BARU - malaysiakini

Sebanyak 92 peratus rakyat Malaysia mengikuti media baru seperti laman sosial Facebook dan Twitter, kata pensyarah kanan Universiti Malaya Prof Dr Abu Hassan Hasbullah.

Katanya, jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat dan Eropah, Malaysia mempunyai lebih ramai pengikut setia media baru yang lebih percayakan laporannya berbanding dengan media arus perdana.

Menggalakkan penyertaan golongan muda dalam jaringan sosial, Abu Hassan mengajak lebih banyak penyertaan golongan tersebut di internet.

Bercakap kepada kira-kira 900 pemuda di Kongres Anak Muda Kebangsaan di Petaling Jaya, Abu Hassan berkata kebangkitan media baru sekarang ini telah menjadi semacam “agama” pada masa kini.

Katanya, untuk membawa perubahan dalam negara ini, orang muda mestilah melangkah setapak lagi memasuki media baru dan meninggalkan politik lama.

“Keluarlah daripada politik primitif dan majulah ke depan,” katanya yang terkenal dengan kajian masa depan melalui pusat kajiannya Zentrum Future Studies.

p/s: ni aku punya point masa 1st presentation BEL..

REDAH, REDHA..

Minggu ni aku redah dengan penuh kegilaan!hahaha.. Tak pernah2 aku turun KL seorang diri, aku buat. Alhamdulillah, selamat sampai untuk bertemu kakak dan keluarganya di Hotel Citin..hehe.. Ini kali kedua aku pura2 "confident" untuk cuba sesuatu yang baru.muahahaha..agak bangga dengan diri sendiri sebab aku yang aku kenal mungkin tak buat benda macam tu dalam keadaan waras. Tapi aku suka, sebab ianya tak dirancang dan aku redah saja ikut sedap hati aku. Seperti yang aku tulis dulu, kita paling banyak belajar apabila sesuatu yang tak dirancang terjadi. Tapi apa yang penting kita kena bersiap untuk segala kemungkinan. Hope for the best, prepare for the worst.

Sebenarnya mood hari ni tak berapa ok. Sebagaimana rasa yang aku simpulkan untuk post yang lepas, aku masih berada dalam mood itu.huhu..Semoga aku kuat untuk terus redah segalanya lagi setahun setengah.


p/s:aku bukan seorang kawan yang cool,
yang bisa diajak lepak hujung minggu..
aku bukan seorang yang pintar,
untuk berdebat berdiskusi ilmu..
aku bukan seorang yang berbaloi,
untuk kau peduli hidup dan mati....
aku bosan dan membosankan..
atau mungkin aku terlalu sukar untuk dimengerti,
lantas mereka putus asa cuba memahami...
sudah kunyatakan awal2,
jangan cuba selami selirat hati,
cuma redha terima aku begini..
seadanya..

Wednesday, March 10, 2010

JANGAN PEDULI.

Jangan peduli
Biarkan aku di situ,
Aku senang begitu..

Biarkan aku dengan duniaku.
Jangan peduli..
Kau tak perlu cuba selami,
Kerna kau takkan pernah dapat mengerti
Segala selirat hati ini

Aku dan hidupku,
Mencari bahagia sendiri,
Indah untuk kau dan aku tak serupa..
Sunyi bagiku nikmat,
Sepi untuk kau lara..

Jadi jangan peduli..
Kerna aku yang pilih untuk begitu


p/s: kesimpulan untuk rasa ini..tak terluah lagi segala yang terbuku.Ini saja yang mampu aku hambur.. (T_T)

MERANCANG, TERANCANG, DIRANCANG.hahaha

Minggu ini aku agak santai. Walaupun ada ujian hari sabtu ni, aku masih boleh rehat dengan gaya bebas.muahahaha.. Aku dengan selamba kodoknya ponteng Math semalam,dan tak hantar assignment Geotech.Sebab aku buhsan, setiap minggu nak bagi assignment, apa hal entah. Math plak sebab aku belum pernah ponteng, jadi merasmikan la.hehe..

Hidup kalau terlalu dirancang akan jadi bosan jugak kan? Kita paling banyak belajar dalam hidup apabila sesuatu yang tak dirancang atau jangka terjadi. Aku suka ianya begitu. Mencabar sikit hidup yang kaku itu. Tapi kalau hidup tak berperancangan pun haru biru jugak.Jadi, rancang apa yang patut, dan bila sesuatu yang tak dirancang berlaku, anggaplah satu adventure!

p/s: Ikut perancangan ADRENALIN keluar esok. Dan aku merancang nak beli album FT itu. Ya! Aku masih obses.Dan aku tak pernah merancang untuk obses kepada FT.hahaha... merepek dengan seronok betul ni!!!

Saturday, March 6, 2010

BENCINTA.

It's a curse! The more you hate them, the more you wanna see them. Diulang dan terus diulang, jangan harapkan kesempurnaan daripada manusia. Human is not angel.. Aku nak membebel. Tapi terlalu banyak. Jadi ini sahaja yang tersimpul. Selebihnya, biarlah tersirat dalam2 untuk hati aku.

p/s : kalau benci sekalipun, tinggalkan sedikit ruang untuk rasa cinta, kalau cinta sekalipun tinggalkan sedikit ruang untuk rasa benci. Orang yang cakap, bukan aku.. :)

Wednesday, March 3, 2010

SUCCESSFULLY RUINING IT.

I need to write. It has become an addiction. Okay, why is that I'm writing in English?
huhu.. This is what lead me to this. I've successfully blew my first presentation early today. Stumbling upon my words,twisting my tongue, cut in short; It's a failure.huhu. What went wrong? I'm not prepared. I really am.haha.. and the best part is, all of these happened in front of him.. sigh..

Arghh.. Let be it.. I must start thinking of my second presentation, and this time I'll make them amazed.. I wish..hehehe. I realize one thing today. I didn't speak English for quite a while..Maybe that's the main reason why is that so hard for me to find my words when delivering my presentation. Or I lost my words when I'm in front of him??hahaha. I bet he didn't even listen to my presentation.wakakaka.. Stupid me!!

Let be it!!!! I'll succeed in my second task! I will! and I must!..

Friday, February 26, 2010

MALAM PENUH BINTANG.

Tarikhnya adalah 25/2/2010, tempatnya Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral..


Aku rasa 2 3 hari ini aku akan tersenyum walaupun sepahit mana pun hari2 aku. Melebih2 pulak kenyataan tu.hehe. Tapi aku tak boleh berhenti tersenyum sejak itu la. Sejak apa? Sejak aku tengok FT depan mata.hahaha.. Adoyaii.. I'm speechless.

Pencalonan Muzik2 25 sepatutnya hanya satu persembahan biasa. Tetapi segala2nya berubah di tangan FT. Jadi macam konsert FT pun ada jugak. Sangat gempak!Aku berada di depan pentas, tengah2, macam orang bangang asyik tersenyum tengok Johnny tu.haha. FT adalah persembahan kedua terakhir, tetapi semua yang datang memang sabar menunggu FT. Kebanyakan yang hadir malam itu adalah Rockensteiners. Memang sangat sesak di dalam Sri Pentas 2 itu.Sebelum FT muncul penonton di bawah sudah melaung2kan nama FT berulang kali beramai2. Sangat2 seperti dalam filem/drama. Masa tengah sound check FT sempat suruh peminat betulkan strap guitarnya. Ramai yang volunteer menerpa pentas. dan akhirnya seorang budak lelaki yang bertuah dapat peluang itu.

Semasa guitarist FT dan yang lain tengah sound check, FT cakap, " Jom kita jamming." Dia main lagu Bencinta, semua yang di bawah menyanyi sekali.

Ada yang cakap FT comel, dia ketawa sambil membalas,"Saya dah tua la... Orang tua yang comel ek?" hehe.. Dia memangnya comel.huhu.

Tapi agak sedih, malam sebelum itu FT kehilangan pengurus pertamanya, Koi. Saat mengumumkan itu air matanya bergenang. Seluruh yang hadir terdiam seketika melihat dia terkedu si atas pentas itu.Al-Fatihah disedekahkan. FT kemudiannya meneruskan persembahan dengan duduk di atas kerusi, sambil tangan memetik guitar akustiknya.
Semua yang hadir menyanyi bersama2 lagu Selamat Malam.

Akhir persembahan dia berdiri memberi salute kepada semua penonton dan membuka strap guitarnya, ramai yang meluru nak ambil strap tu masa ianya terlepas daripada tangan FT. Tapi FT ambil balik. Mikrofon dah pun ditutup masa tu. Tapi penonton menjerit " 1 more song !".. FT letak tangan di bibir isyarat menyuruh kami diam, ada sesuatu yang dia nak cakap. " I really have to go..I really have to go.. Terima kasih sebab datang. Saya cuma ada satu ni sahaja. Kalau nak lagi, lain kali datang lagi ya." Lantas guitar strap dibaling ke tengah lautan penonton..

Aku puas hati malam tu. Sangat2 bahagia.haha. Sebab hajat aku nak tegok FT perform live depan mata dah tercapai.Kalau itulah caranya FT layan peminat, dia memang seorang bintang. Aku yang dah sememangnya minat bertambah minat. Aku rasa semua Rockensteiners bukan setakat minat, syang gila kot kat FT ni.

Oh ya. Aku macam terkejut sebab tengok ramai jugak lelaki minat gila dengan FT ni. Bukan lelaki yang lembut ya! Lelaki yang normal. Itulah penangan seorang bintang. Fenomenanya luar biasa!

Malam itu antara artis lain adalah MUH, Hujan, Azlan and The Typewritter, Black,Ana Rafali, The Couple,Aizat, Bunkface dan Liyana Jasmay. Hujan sangat best! Raingers sangat gempak!

p/s: Aku nak tulis selengkap mungkin untuk gambarkan situasi malam tu bersama FT. Tapi mustahil nak buat orang rasa apa yang aku dan yang hadir pada malam itu rasa..Malam itu ada suka ada sebak.Ini sahaja yang termampu aku coretkan. Selebihnya biarlah tersemadi sebagai kenangan manis aku.hehe..Work hard, play hard. Aku berlibur malam, siangnya aku tertimbus dengan buku semula. Ahad ni ujian lagi. Redah semua.. :)










PICTURE CREDIT TO ZAFIEQ AND MACYLANA.

Saturday, February 20, 2010

HATIKU MEMANG KECIL..huhu

Rakyat Malaysia suka menulis tapi malas membaca. Tapi...lantak la kan. Aku nak tulis jugak.muahahahaha..Malasnya nak blik esok pagi.huhu.. Dah la aku baru tahu, Isnin aku ada test RC design.huhu. Ni yang buat aku kadang2 kecik hati.. Selalu aku yang terakhir tahu. Sebab? aku tak da klik macam kawan2 lain. Orang lain ada klik masing2, aku ni menumpang, sekejap menempel dengan kumpulan sana, sekejap dengan kumpulan sini. Membawa diri kepada sesiapa saja yang sudi berkongsi ilmu dengan aku yang tak pandai ni..hmmm..
But it's okay. At least the spirit of survival makes me an adventurer. Lets hope.huhu

Kena pasang lagu I will Survive jadi lagu latar ni.haha

p/s: tapi masih... Kecik hati. (T_T)

Thursday, February 18, 2010

SELAGI ADA BULAN DAN MATAHARI.

Kali ni aku betul2 rasa nak boikot media2 arus perdana.huhu.. Memang kerjanya menipu, dah tu pulak mainkan sentimen perkauman. Semua sebab gilakan kuasa. Aku benci betul media jenis burung kakak tua ni. Bak kata Pak Said Zahari, selagi ada bulan dan matahari.. selagi itulah Utusan itu boneka pemerintah. Jangan salahkan rakyat apabila lebih percaya kepada bloggers dan sumber2 alternatif. Jangan salahkan rakyat apabila 60% rakyat Malaysia beranggapan media perdana tidak boleh dipercayai (kajian Dr. Abu Hassan Hasbullah pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya). Semuanya salah media perdana sendiri, kerana menghidangkan sampah sebagai berita! Sudah2 lah membodohkan bangsa sendiri..

Chop! Kenapa aku meroyan ni? Tengok bawah ni..

MAULIDUR RASUL: TIADA PERARAKAN DI JOHOR, PAHANG DAN PERLIS -malaysiakini

Johor, Pahang dan Perlis tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, umumnya kerana ia tidak dituntut oleh Islam.

Di Pahang, negeri itu hanya akan mengadakan satu ceramah di auditorium RTM Kuantan, tanpa perarakan besar seperti yang diadakan beberapa tahun lalu, kata pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Abdul Manan Abdul Rahman.


"Kita tidak buat perarakan, tapi sambutan dalam bentuk ceramah sahaja. Seingat saya kita cuma pernah adakan perarakan sekali saja pada tahun 2008, yang lain lebih banyak kita adakan ceramah," kata Abdul Manan ketika dihubungi.



Ada tak berita ni disiar di media arus perdana? Jangan harap.

EH!

Eh! Sudah 530 pagi? Cuti aku hari ini terlungkup dengan tugasan ECM. Sepatutnya mudah benar, tapi tumpuan aku yang selalu terganjak ni memerlukan lebih banyak masa untuk aku habiskan semua ini..

Dan... Eh! Baru aku sedar, dia berjam tangan di sebelah kanan..hehe. Kidalkah? Sunnahkah? Entah.. Tapi Eh! lah..muahahaha.

p/s: ala2 mabuk laut, sebab berjaga lama.

BETAPA....



Betapa aku berharap menjadi sebahagian daripada mereka yang berada di situ. Betapa dia menggegar malam2 kaku Istana Budaya.wakakaka.. Hurmm.. Cemburu tahap gaban! Siapa kata menonton di IB itu skema dan tak cool? Oops! Tercakap Bahasa penjajah pulak.huhu. Nah! FT (eh, dia mahu dipanggil Johhny.Johnny Depp aa sangat Pejal eiih.haha)dah buktikan auranya. Hampir runtuh IB khabarnya.

Tapi bukan persembahannya yang menggegar itu yang dipandang, sebaliknya kepetahan celoteh FT di dalam BI pulak yang ditibai wartawan Utusan. Tak faham aku..Bagi aku kenapa nak dipersoalkan tentang itu sedangkan ianya bukan satu isu..Bahasa apa pun pengantarnya, janji faham dan terhibur. Pak menteri di Malaysia ni pun ramai yang sibuk nak cakap Inggeris walaupun kadang2 bunyi pelik.hehe.Pandai cakap Inggeris salah, tak reti pun salah. Kenapa merumitkan fikiran dengan perkara2 remeh macam tu?Hiburan kan matlamatnya nak menghibur..Persembahan? Gambar itu cukup berbicara segalanya..

Utusan macam tak suka FT ja, daripada isu AJL tukar giliran AJL 24 dan AJL 25, celak dan macam2 lagi la, itu yang diteliti. Musykil aku.Nilai la dia sebagai seorang penyanyi, penghibur dengan adil.huhu.. Ha, kan dah meroyan aku ni.hehe.

Tapi kan review konsert 1 Suara ni menggunakan tajuk nama FT, gambar FT separuh muka surat. Padahal ianya konsert 3 artis yang bergabung dan FT artis undangan sahaja. Heran ya..

p/s: kipas susah mati ni ralat tak dapat ke IB.wawawawaw...

Sunday, February 14, 2010

KEABADIAN CINTA.

Antara nikmat2 pabila melepak di rumah adalah menonton tv tak ingat dunia.hehe. Malam ni aku layan telemovie KEABADIAN CINTA. Memang melekat la lakonan Remy Ishak jadi bisu dan pekak. Dia berjaya meyakinkan aku bahawa yang aku tengok di skrin tv itu adalah seorang pekak dan bisu bernama Ehsan. Tanpa suara dia menjadi 1 watak yang sangat menarik untuk diikuti perkembangannya. Tak keterlaluan jika aku bandingkan dengan si buta Awi dalam filem Wayang lakonan Zul Huzaimy. Watak kedua2ya hidup bersahaja. Selain itu Tiz Zaqyah nampaknya dah mula mengembangkan watak.Sebagai Dina dalam telemovie ni lari dengan watak2 yang pernah dibawa. Sari Yanti pun sama. Menonjolkan kelainan dengan membawa watak gadis buta. Bersahaja dan berkesan. Begitu juga dengan pendukung2 watak yang lain, sangat best! Jalan cerita dan plot yang disulam kemas menghanyutkan emosi penonton ke dalam cerita dengan berkesan. Ini pendapat aku sebagai penonton yang hanya menonton tanpa sebarang ilmu filem atau lakon layar. Jadi ianya tulen dan ikhlas.hehe. Paling menarik ungkapan ni, "cinta tak perlukan mata, tak perlukan telinga, cinta cuma perlukan hati.". Pergh! Jiwang aku hari ni.

Dah, kembali kepada alam realiti. Panas sungguh Pulau Pinang. Hujan pun macam merajuk ja nak turun. Tapi redha saja. Aku tersedar yang kadang kala bila kita merungut, macam kita tak bersyukur pulak kan? Jadi, redha sajalah. Panas dunia kata seorang sahabat..

p/s: Selagi ada hati....

Thursday, February 11, 2010

MINGGU GEGAR OTAK.

Dah nak bersawang blog ni.ngehehe.. Minggu yang meruntun semangat jiwa raga! Aku menyibukkan diri melekukkan tulang belakang di fakulti dan perpustakaan.Ya! Aku pura2 sibuk sekarang..haha. Ujian2 serta serangan tugasan bertali arus ditambah dengan penyakit short term memory yang memerlukan aku belajar semula semuanya dari 4 minggu lepas. Sekurang-kurangnya aku dah berjaya menyelamatkan fikiran aku daripada melayang ke laut minggu ni.Penat? Tolak tepi. Sebab aku nak bercuti dengan rasa senang hati!
( hati tengah berbunga2 nak berjumpa encik kotak kaca yang pandai bercerita kat rumah! Di sini encik kotak tu kena penyakit alzheimer, kabur tahap gaban!huhu)

Kenapa aku semangat nak balik kampung halaman?? Pertama:aku
nak bertukar peranan. Letih jadi pelajar.Aku nak jadi anak bongsu yang manja dan mengada2 pulak.wakakaka..Kedua: Pusara ayahanda. Dah berapa kali aku mungkir janji nak ziarah. Jadi kali ini wajib!

Emmm..Pagi ni aku tak terdaya nak tunggu bas macam biasa. Aku ponteng construction technology.. Maap encik amizan.Aku memang dah lama tunggu saat nak ponteng kelas ni!
Lagipun aku dah present hari tu.Jadi kiranya bebanan da terlepas.huhu..

Tajuk presentation BEL aku yang pertama dah dicop sirim tanpa sebarang contengan merepek meraban daripada encik pensyarah ting tong. (Kenapa ting tong? Kelas setiap hari Rabu pukul 8 pagi wajib dia mulakan dengan caci maki serta kelucahan yang membuatkan muka aku jadi biru tahan muntah hijau!!!!!!!!) Tajuk; WRITING:THE MIGHT OF PEN AND WORDS. 3 minit saja, jadi sila jangan teruja lebih2..Masak megi pun sempat 3 minit tu!

Malam ni seharusnya aku kecewa sebagai seorang kipas susah mati.FT akan menyanyi di konsert 1 Suara.. Apakan daya.. Tak terbeli tiket yang mahal tu.huhu. Lain kali harus aku cari jalan tengok FT menyanyi depan mata!!


Suka aku dapat berjalan2 di fb artis tu. Nak gelak tengok wall yang gila penuh hadiah peminat dan komen yang gedik2.Aku stalker yang berjaya..hehe..Aku memang suka tengok gambar dia yang selalunya bercaption falsafah dan metafora tahap dewa tu. Nak gelak bila terfikir ada jugak lelaki macam ni..hehe. But kind of sweet.. Terutama di zaman jejaka2 semua sibuk nak menjadi "stylo mylo" cuba menyamar mat saleh celup. Muak!

Dah.. Kena kemas barang, nanti mengamuk abang aku yang sorang tu kalau kena tunggu aku lama2. Penang!!!!!! Tunggu jejak aku!!

p/s: dengar cerita kapal selam pertama kita tak boleh menyelam? mungkin patut beli kapal selam yang boleh terbang..

Thursday, January 28, 2010

GUNDAH GULANA

Semakin menjadi2 penyakit short term memory aku ni. Makin teruk sejak datang sini. Aku memang seorang yang blur. Tapi makin menjadi2 ja rasanya kebelakangan ni.huhuhu.. Telupa 1 hal, bila kuliah bosan mula la otak aku melayang berangan. huhu. Susah aku nak fokus. Kenapa ya? Sungguh susah hati fikir pasal ni. Terbaru untuk kali ke berapa entah aku tinggal pendrive dalam makmal komputer.wawawawawa. Pendrive tu penting bagi aku. Kalau hilang da masuk kali ke berapa entah aku kena beli pendrive baru. Benci diri sendiri yang cuai ni!

(T_T)

Monday, January 25, 2010

PELAJARAN HIDUP DI SATU PAGI

Akhirnya aku menyumpah seranah lagi.haha. Aku tengah blogging di tengah hari rembang. Kenapa ya? Selalu kan semua posting aku pagi2 buta atau tengah malam sunyi. Tapi hari ni aku telah dengan jahatnya ponteng 2 kelas pagi sampai tengah hari.huhu. Aku malas hari ni! Lagipun kelas tengah hari ni kelas Mr Iran tu.huhu. Setiap kelas dia aku tak faham lagi. Jadi hari ni aku putus asa sekejap.hehe. Sebenarnya mood malas ni tercetus sebab aku belum cuti minggu lepas.. Terima kasih kepada modul 2 hari di hujung minggu yang melenyapkan impian santai hujung minggu bersama tidur nyenyak 8jam. Tapi sekurang2nya, aku selesaikan kerja untuk kelas petang ni bila aku ponteng ni.

Kelmarin aku belajar sesuatu. Kawan adalah seseorang yang akan cakap,, "hahaha, padan muka kau!" bila kita tengah susah. Yeah! Itu kawan. Terima kasihlah..Itu belum yang kali ke berapa entah she just yell at me! Aku boleh balas, tapi aku tak nak. Ini bukan kali pertama, bukan yang terakhir jugak aku andaikan. Setiap kali benda ni jadi aku akan jadi macam seorang pengungkit sebab terkenang semua benda yang pernah aku tolong dia. Aku tahu aku ni kasar, tapi sekasar2 dan seteruk mana pun perangai aku, tak pernah pulak aku tengking kau kan???Damned! Bukan untuk engkau, tapi untuk aku yang selalu tak sampai hati. Kenapa ya?owh ya, aku selalu fikir macam ni," tak pa la, malas layan." Might sound so coool. But not that cool! At the end of the day, aku makan hati!

Kenapa entah, setiap kali aku meroyan nak marah orang mesti terkeluar ayat omputih. Nampak betapa celaru otak aku.huhu.Ya! Aku memang tengah belajar kawal marah dan baran, dah 4 tahun aku cuba, dan semakin baik. Semoga aku terus cuba.

p/s: Aku tak tau la aku yang cepat sentap atau dia. Tapi aku rasa aku cakap elok2 takda nak marah2 pun. Tapi kalau korang di tempat aku boleh ka terima kena tengking macam tu kat tempat awam? Tapi aku pelik, kenapa dalam banyak2 kawan, aku yang selalu kena, orang lain tak pernah pulak dia nak tengking2. Bila aku cakap no need to shout, dia akan balas balik apa yang aku cakap. Adakah aku yang selalu jadi mangsa sebab aku kasar? Memang aku kasar, tapi tak pernah aku tengking kau! Jadi kau tak boleh fikir ke yang aku ni pun ada hati? Selalu cakap aku kasar, sekasar aku tak pernah pulak aku buat kau macam mana kau buat aku. Siapa yang kasar sekarang? And the best part is, she just spoil my mood for the rest of the day! Thank you very much!!!!

Thursday, January 21, 2010

MASALAH YANG DICARI SENDIRI.

Huarghh~~~ Mengantuk la pulak. Aku tengah siapkan kerja untuk presentation ECM esok. Betapa tak bestnya nak present depan kelas orang lain.huhu.. Membuatkan aku cuak. Banyak benda jadi kebelakangan ni. Antaranya Mr Zulkifli cari aku sebab ponteng kelas BEL dia.huhu. Aku yang cari penyakit. Tak tau lagi macam mana nasib aku minggu depan. Dia ni dah la suka halau orang. Dalam otak aku ni dah serabut dengan drama2 lakonan yang mungkin bakal terjadi minggu depan. Sebab aku ponteng? Dia garang, dan aku takut kena marah sebab belum ada tajuk untuk presentation BEL. Lepas subuh boleh plak aku bertafakur fikir nak ponteng ke tak.haha..Ya!! aku memang suka mencari masalah!

Cerita lain? Kawan2 sekolah rendah tiba2 muncul balik. Semuanya kerana Facebook.hehe. Rasa macam budak2 balik bila imbas kenangan zaman sekolah rendah. Suka!! Ramai pulak insan2 dari zaman silam aku tiba2 muncul balik. Ada yang buat aku tersenyum, ada yang buat aku gelabah.haha. Semoga semuanya ke arah kebaikan..InsyaAllah.

p/s: 10 tahun pun aku sanggup tunggu !!! Sabar itu magis! (^_^)

Friday, January 15, 2010

HARI HILANG ARAH.

Seandainya aku benar2 ninja kampung konoha, boleh aku belajar teknik pembahagi bayang.haha.. adoyyaaii..

Hari ni aku hilang arah.hehe. Tertidur lewat petang, bangun selepas dikejutkan deringan telefon dari nemburyse mengajak keluar melantak. Terus tanpa lengah mengiyakan dan bersiap keluar. Tengah menunggu makanan yang dipesan Ella pulak telefon, ajak teman keluar dengan Wan dengan Asri. Aku yang sekian lama menunda janji nak keluar dengan Ella tak dapat lari lagi.Lama jugak tak lepak dengan kawan aku yang sorang ni.Rasa bersalah kat Yati, Mrs Cullen dengan Nemburyse, sebab sekejap sangat lepak. MAAF SEKALI LAGI WEI!!Dan jam 9 malam aku ke Uptown Shah Alam. Entah apa yang dicari, aku pun tak pasti. Sekadar meneman Ella membeli-belah. Dia ni, kalau di Petaling Street nuh, semua peniaga kalah kalau tawar menawar dengan dia. Dahsyat kawanku sorang ni.hehe. Puas menapak memborong, kami ke dataran. Shah Alam yang bosan!! Sakit mata tengok 1 pasangan dekat dataran tu, macam nak cakap ja, "Get a room la!!" Huish.. Kulit sawo matang,jangan berangan jadi orang putih la..

Perut merengek kelaparan. Sebelumnya jual mahal dengan nasi goreng ikan masin, pkul 11.30 dah kebulur balik. Sani Char Koey Teow kami redah. Boleh tahan! Tapi Char Koey Teow Permatang Pauh sedap lagi.hehe..Sambil tengok Bedtime Story di layar besar, aku melantak tak ingat dunia. Sudah kenyang balik rumah la..Sampai rumah pukul 1 pgi. "Kerap hang keluaq sekarang?", tanya rakan serumah aku. hehe. Aku pun sedar jugak, aku selalu hilang dari rumah.hehe. Maaflah, adik Batman memang merayap malam. Kebanyakannya keluar cari makanan la. Ewah, macam burung hantu la pulak!!

p/s: Bila nak berubahnya aku ni? Janji sana-sini, lepas tu separuh nyawa aku nak tunaikan! Tak kisah la, asalkan apa yang aku janji, dah tertunai.

Tuesday, January 12, 2010

TERIMA KASIH SAHABAT..


Tiba-tiba terasa begini. Alhamdulillah!!! Syukur kerana aku punya sahabat!!!hehe. Hari yang boleh tahan jugak mencabar kesabaran, sampai keletihan sebab kelas yang padat macam gaban.huhu..Tapi hilang semua lelah, terubat segala penat bila cik suhana azmi dengan aishah mohamad melepak di rumah aku..Bergelak ketawa sampai tak ingat dunia, macam 10 tahun tak jumpa. Padahal boleh cakap tiap2 minggu kami jumpa untuk memecahkan kepala.haha.. TERIMA KASIH SAHABAT.. =)

Aku beruntung, punya sahabat yang kenal aku buruk baik. Aku yang lebih banyak buruk daripada baik ni sangat bertuah ada yang sentiasa di sisi aku bila memerlukan. Rasanya dah banyak kali masa diploma dulu aku telefon mrs cullen dengan sedu-sedan, dan kadang2 diam sebab terlalu sebak menangis apabila dilanda cubaan yang melumpuhkan semangat aku. Dan mrs cullen menjadi saksi betapa aku ni tak sekuat yang orang lain nampak.emmm.. Nemburyse pulak asyik buat aku gelak dengan lawak2 yang memang selalu jadi kat dia.hehe. Ang memang magnet kepada kepelikan kan ana?haha..Apa yang penting ang penghibur hidup aku.hehe

Sahabat-sahabatku, anda ada makna dalam hidup aku. Aku memang berperangai huduh (boleh dikatakan gampang dan jahanam gak la huhu) kadang2, tapi aku memang sayang ampa.huhu. Terima kasih kerana buat aku sentiasa terasa bahawa ada yang peduli hidup dan mati aku. Semoga kita jadi sahabat dunia sampai akhirat.. Aku jarang cakap, sebab aku memang tak pandai luahkan, tapi tak bermakna aku tak sayang ampa.huhu. Anggap la ni cara aku meluahkan isi hati..



p/s:Hari ni lelah teramat.. Rasa berdosa sebab terperangkap dengan pilihan dan tersepit oleh keadaan. Semoga aku masih dilindungi rahmatNya. Dan.. aku masih mencari jalan penyelesaian. Tak mahu susahkan sesiapa.Apakan daya hatiku sebesar kuman, cuak kalau bersendirian.huhu

Sunday, January 10, 2010

KISAH SEORANG KIPAS SUSAH MATI..


Hari ni aku merayap lagi. Teman Wawa beli barang dekat JJ sambil makan2. Dekat Penang punya la susah aku nak jumpa minah ni, Shah Alam jugak jadi tempat 2 sahabat bertemu kembali.hehe. Keluar pukul 2, balik pukul 7. Aku gegas nak balik sebab takut terlepas AJL 24.huhu..

YES!!!!! AKU MEMANG KIPAS SUSAH MATI FAIZAL TAHIR (FT)!! Ngehehehe.. terharu sangat tengok FT menyanyi dalam keadaan yang macam tu. Paling gempak bila dia campak tongkat.huhu. Bila lagu nak habis aku tak nampak ke mana dia menghilang dengan jayanya, dan tiba2 Shila muncul.. Aku tengok depan tv dengan penuh cemas takut dia rebah.(bunyi concern gila). Memang aku peduli pun.huhu. Dia mungkin tak pernah tahu aku wujud, tapi lantak la, aku minat.wakakakaka. Aku suka baju FT malam tadi! Smart dowh! Performance? He's in his own league, no doubt about that. Aizat menang?? Aku suka lagu "Pergi" jadi tak kisah la, he deserves it. Walau apa pun, FT tetap terbaik! Tongkat dia paling stylo sekali. haha

Dalam Pancaindera ada yang pertikaikan FT tukar giliran dengan Tomok. Kononnya FT anak emas TV3 dan Tomok kecil hati.huhu. Siap cakap suruh Tomok buat betul2, tapi jangan buka baju sudah. Sinis sungguh! FT dah jelaskan dalam Melodi yang bukan dia yang mintak tukar, cuma bila buat persembahan akhir sekali, kalau jadi yang tak diingini takkan menyusahkan keadaan. Jadi aku sangat gembira bila Tomok tak menang, walaupun aku suka Tomok OIAM.wakakakaka.

Dah!Kembali kepada dunia realiti aku yang berserabut.Esok kelas pukul 10.30 baju kurung belum gosok lagi. Alahaaaaaaiiiiiiiii.... Aku memang lemah la kalau nak pakai baju kurung ni. Terasa fake.huhu.

p/s: Wawa dah lain sekarang. Jujur aku kagum.. Aku belum punya kekuatan untuk berubah sebegitu. Perlahan-lahan aku cuba memperbetulkan diri yang imannya lebih nipis daripada kulit bawang ni. Cuba menjadi yang terbaik untuk diri sendiri. Semoga aku kuat dan istiqamah. insyaAllah..

Saturday, January 9, 2010

INVISIBLE.

Sampai hati..Next time maybe?As if there is next time!huhu. Tak faham?? Jangan cuba nak faham pun, sebab aku pun tak faham.haha. Jangan cuba faham sebab takkan dapat faham, cuma terima seadanya. Arghh..INVISIBLE ME ..

WAYANG PERTAMA SEJAK SEMESTER DIBUKA!!


Huarghhhh!!! Mengantuk. Sampai rumah pukul 11 malam. Buat apalah?? Beronggeng tengok wayang, Duhai Si Pari-Pari. Nawaitu asal nak teman kawan aku beli broadband, tapi dah alang2 terlanjur sampai ke JJ, kita redah la tengok wayang.Ulasan tak profesional aku.. Terasa rugi.haha.. Tapi apa nak buat, demi dia..hoh?Uwwekzz!!! Nak muntah..haha. Demi dia la sangat..

Cerita ni macam ala2 disney versi Malaysia la.

Macam slapstik sangat ja.huhu.. Bukan citarasa aku mungkin komedi macam tu. Lagipun masa tengok tadi sangat la terganggu dengan mak cik yang duduk di belakang aku. Semua part dia bantai gelak beriya, sampai aku confuse, sebab tak lawak pun dia boleh gelak. Dah la dengar suara dia ja.ish3..Cerita asal macam kabur ja. Tapi pelakon semua yang ada nama walaupun masih boleh dikatakan muda. Kelebihan pada pelakon saja kot. Nama-nama seperti Que, Remy, LJ, Nabila, memang ada peminat dan kekuatan lakonan yang tersendiri. dari aspek lain, biasa saja. Ini pandangan aku yang tak profesional. Tapi aku rasa punch line dia banyak yang boleh diagak, dan ianya tak berapa menjadi. Cuma lawak tengok Que Haidar dengan ekspressi muka yang gila punya tak tahan.huhu. Tapi ada sesetengah dialog aku tak boleh nak faham sebab dia cakap laju sangat atau tak jelas. Ada sesetengah scene, sakit telinga sebab semua macam menjerit.huhu



Kesimpulan, tak berapa nak menghiburkan. Tapi percubaan pertama pengarahnya. Jadi lepas ni mungkin lebih gempak. Dengan kos 1.4 juta, nampak la kemana duit tu, cgi yang ok la.

p/s: Dalam senarai aku untuk wajib tengok;Muallaf, Evolusi KL Drift 2, The Imaginarium Of Dr Parnassus, Robin Hood, Cun, Prince of Persia, Nightmare at Elms Street,Belukar, Remp-it V3, Estet, Berani Punya Budak..Eh?? Aku ni pelajar ka penonton.hahaha.. hobi tetap hobi!!

Friday, January 8, 2010

BAGIMU AGAMA KAMU DAN BAGIKU AGAMAKU.

Aku takkan menulis tentang sesuatu yang aku tak faham. Sebab bagi aku nak buat apa2 pun dalam dunia ni kena ada ilmu. Tapi aku takkan boleh melarang otak aku ni daripada terus berfikir, dan berteka-teki. Cuma aku asyik teringat ayat akhir surah Al-Kafirun.


"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir!

Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.

Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. " ( surah Al-Kafirun, ayat 1-6)


Bertindak dengan didorong perasaan marah dan emosi takkan membawa pengakhiran yang baik.Semoga kita aman selalu.. insyaAllah..

p/s: teman ana p jumpa kawan dia kat Hakeem pukul 3 pagi.Aku dah la seharian tak makan, licin aku belasah maggie goreng dengan neslo ais.fuhh.. nikmat oo. =P

Thursday, January 7, 2010

MERAPU DI PAGI HARI.HAHA

Adat dunia.. Kalau kita di atas ramai yang sanggup nak junjung, tapi sekali tersungkur silap2 dipijak2nya kita. Jadi beringatlah kepada yang sedang enak bersemayam di atas takhta kejayaan duniawi, jangan lupa diri.(Bukan JANGAN LUPA LIRIK.huhu) jika terbangmu tinggi, sekali-sekala jejak ke tanah, supaya kau takkan pernah lupa mana asalmu.


p/s:Mataku derhaka lagi!!! Atau otak aku yang dah ting tong?? aku dah penat yang teramat sangat. Tapi kenapa mata ni melawan fitrah?? Pejam la, tolong.... Kelas pagi sendirian esok ni..huhuhu.

Wednesday, January 6, 2010

SEMANGAT vs PENAT!!

Semangat!!!!!!!!! Mana engkau??? huhu...
seru lagi.... tolong la pulangkan balik semangat aku yang hilang ditelan penat...takut aku tak berdaya nak tempuh hari esok..

pen off.. PENAT TAHAP GABAN!!

Monday, January 4, 2010

BERHENTI BERHARAP..


Macam tajuk lagu SO7 pulak.hehe.. Apa2 ja la.. Mata ni masih tak mau lelap. Aku letih yang amat sangat, beli barang rumah dari pukul 5-10 malam.huhu. Balik rumah kemas barang dan bilik separuh nyawa. Sampai Suhana dengan Aishah dah tercongok depan rumah aku pun aku tak sedar, sebab hp tertinggal di bawah. MAAF SANGAT wei... Rasa bersalah yang terhamat sangat ni..huhu

Jam dah pukul 2 pagi. Kelas aku pukul 8.30 pagi ni, tapi tak tau lagi nak pergi dengan apa.. Nak naik bas, tapi orang lain macam tak sanggup ja nak jalan kaki dengan aku. Memang la jauh jugak nak menapak ke jalan besar, tapi itukan lebih pasti daripada esok baru nak cuba telefon teksi yang entahkan ada entahkan tak.hmmm.. Apa2 ja lah.. Aku pun dah malas nak fikir.

Tiba2 aku terasa macam ni..Macam frust.Tapi tak tau apa yang aku nak rasa kecewakan sangat pun?? Mungkin sebab baru sedar yang kita tak patut berharap akan kesempurnaan seseorang, sebab manusia memang takkan sempurna. Mungkin jugak aku rasa macam ni sebab kita kadang2 rasa kita kenal seseorang, tapi bila kita betul2 kenal, kita pulak kecewa sebab dia tak seperti apa yang kita bayang atau harapkan.. Jadi moralnya; jangan harapkan apa2 daripada seseorang, Dan terima seseorang seadanya..huhu.. Pelik pulak terasa macam ni. ;)

p/s:Pagi tadi aku tak pergi kelas pun. Masalah sistem pendaftaran. PM Nasir suruh aku ikut jadual macam biasa, sebab sistem tengah meragam gila2.huhu.. Ramai gak yang macam kes aku ni. Dan... Macam mana aku pun tak tau, pagi2 lagi aku jumpa muka dia dekat pejabat fakulti.hehe.. tak sia2 jugak aku sja lepak bilik koordinator.hehehe