Wednesday, September 7, 2011

MERAYAP RAYA.

Hari ni seharian aku merayap. Keluar pkul 2, balik 930 malam. Ya! saya suka merayap sampai malam. Belum serik. :p Tak berseorangan aku tadi, ditemani kawan2 zaman sekolah, yang lama tak berjumpa. (3bulan lebih rasanya aku tak jumpa.) Keluar, tengok wayang , dan jalan2 di Jusco Bandar Perda.Nawaitu asal aku nak mencari kasut. Almaklumlah, kasut sneakers kesayangan aku dah terkopak tapaknya. (Tuan dia lasak macam setan, sila paham.) Malang jugak, kasut yang dicari tak berjumpa, benda lain pulak yang aku angkut. Friends can make you buy ridiculous things you know.Haha. I don't mind actually..Well, take a look!

Ecah cakap sebagai kenang kenangan. Kami semua beli menatang ni tapi warna lain2. Aku  still tak tau nk pakai kat mana benda ni..

Buku ni RM 8.90. Aku memang suka beli buku macam ni. Lepas tu simpan, biar kosong. Jangan tiru ya. Membazir!! :p

Ni antara memori zaman sekolah jugak ni. Dulu kami selalu beli set sampul dengan surat comel2 macam ni,pastu tulis surat sesama kami. hahaha.. Padahal hari2 jumpa. Apa motifnya pun aku tak tau.keh3.School kids are just weird back then, aren't we. :p

Hmm.. Sabtu ni aku balik Shah Alam. Serabut bila fikir pasal ni. Semoga saya ampuh bertahan. 1 semester sahaja lagi. Saya nak redah dengan redha. Usaha kuat2, supaya boleh bergraduasi dengan senang hati. Saya ada misi. Misi menunaikan janji!!!!! :) 


Friday, September 2, 2011

PENDUSTA BERMAIN KATA

Kita tuntut daripada mereka,
Bercakap benar walaupun pahit,
Katakan yang benar walaupun kau tersepit,
Ceritakan yang benar untuk warga,
Beritakan kebenaran untuk semua,
Kau, aku, kita, tak betah hidup dalam kebatilan,
Kita benci akan pura2,
Kita kutuk segala kepalsuan,
Kita ujar mereka bersandiwara,
Sedikit demi sedikit, perlahan-lahan,
dalam menuntut yang hakiki,kita terjebak dusta,
Tanpa sedar kita pun menjadi mereka..
Di hujungnya, kita semua menjadi sama.. 
Pendusta yang bermain kata..

p\s: I remember a scene in a hindi movie entitled Nayak ( Hero), where Anil Kapoor say this , "Today you have turned me too into a politician, ". 


Saturday, August 27, 2011

BEBELAN ORANG BOSAN

I'm waiting. Damn. I shouldn't. Wonder why I keep breaking my own rules for you. Got no other to blame but me! Sumpah rasa bodoh menunggu. I used to be so ignorance every time I'm home. Throwing my phone to only God knows where, don't even bother to check on any new message or call. But now, I keep that phone close to me and get nervous every time it vibrates. Feeling like an idiot already. Seriously I should stop doing this. This is not me. I don't wait, I don't get butterflies, I don't care about any man!  This must stop! it's getting crazy. 
Benci! suka! hati aku tengah main2kan aku. Sekejap lain rasanya, sekejap lagi lain pulak. Dah esok mau campak telefon jauh2. biar malam raya pulak baru aku carik. (ewwaah! macam boleh ja buat macam tu. confirm, paling lama 1 hari ja. ;p) Kau yang sekejap tenggelam sekejap timbul buat aku rasa macam lilin . bila blackout baru nak cari.. elleh! ingat orang heran ke. I can live la! been living without you all this while and I'm doing perfectly fine. So why on earth your presence of 4 months can turn my life the other way around.. err.. err. err. I still have to find the answer for that  actually. :pppppppppppppppp 
sudahnya entry ni tak berpenghujung. tergantung. aku salahkan kau di atas sebuah lagi entry sia2. sekian. :p

Friday, April 8, 2011

HELL OF A WEEK.

Oh my! Thought I won't catch my breath this week.. Almost crack ( or I was cracked) for the past few days. Done with my presentation of the semester with 2 panels. Not very bad , and not my best either. I know the lack of preparation will make me end up as their lunch. :p But at least I answer all their questions though with stumbling upon my words, lost of line, and stuttering a bit. ( memang hudoh sunggoh BI aku masa itu.. :p)

 What I've been through this week are, on monday I presented  my law assignment right after my road safety test. ( Just got the result back just now. PASS. Good enough with Dr Yusof. :p ) After that mock presentation in front of my supervisor. The next day filled with upgrading my slides along with lots of reading as my preparation towards the FYP presentation. My panels, both are expert in this field. Got no chance to bluff at all!!  Wednesday, running all my way to the presentation place! Damn to those who ever changes the schedule at the eleventh hour!! And I'm the lucky no 2 presenter! After catching up my breath for about 5 minutes, I was asked to present.. I just say anything that cross my mind during that presentation. The night was filled with mandarin stuff as I have the written test on Thursday.. And all my hard work doesn't pay off. Blew it big time!!! Won't go for an A this time.. DAMN!!!!!! I almost burst my tear that evening while studying for another test that night. Luckily have enough reading to answer the questions. Thanks to google!! :p

 This is not the end.. I still have my mandarin project to deal with this weekend, and another test along with another presentation this Monday.. Will be needing luck , strength and prayers.. Need lots of them..

 This one goes to the one that cannot be named. I HATE YOU!!!!!!!!!!

Thursday, February 24, 2011

DEJAVU

It happens again..
Just this time much more harder.
I'll get through.. I know I will. :)

Sunday, February 13, 2011

KITA ADA KITA

Kita cerita,
kongsi angan tentang fantasi hidup sempurna,
betapa dunia bakal dalam genggaman kita,
dan bila dihempas realiti pedih luar sana,
kita masih mampu ukir senyum,
kerana kita ada kita..

Kita gaduh bertegang urat,
menegakkan konon tentang apa yang masing2 percaya,
tak mengalah sedikit pun,
tapi itu pun gagal membuat kita berbeza,
kerana pada hujungnya kita masih melafaz sumpah yang sama,
kita sahabat sampai syurga,
kerana kita ada kita..

Walau hidup memang tak pernah adil,
walau hari takkan pernah tak diuji,
walau tertusuk seribu duri,
luka kau dan aku akan sembuh sendiri,
kerana aku ada kau,
kau ada aku..
dan semua celaka takkan bererti apa2, kerana kita ada kita..

Wednesday, February 2, 2011

HAQ.

 Agak terlewat aku nak posting benda  ni. Mungkin sebab kekecewaan yang melampau2..huhuhu..
Aku menonton Haq  pada hari pertama tayangan. ikut terjebak menonton dengan aku Eca, Ara dengan G. Dah berbulan2 aku tengok treler yang gempak itu, dipancing cgi mantap berserta aksi perlawanan oleh Zul Huzaimy, maka besarlah harapan hati ini melangkah ke pawagam. (Bukanlah besar sangat hati ni, aku dah baca twitter Klubkid masa tayangan perdana.huk3).

 5 minit pertama aku dah.. " Wadehel!!!!" Cerita dan ada plak narator yang meleret2.. Tapi masih bersabar dengan dialog2 ala2 gerak khas.. Kemudian adegan yang aku rasa tak payah ada pun tak apa oleh Nanu dan Adiputra. Dan bila aku mula membelek2 jam tangan dalam gelap, memang sah2 aku terasa bosan gila. Mujur ku tahankan diri daripada keluar panggung sebab Zul Huzaimy. huhu..

Yang aku tak suka dan tak paham;
1. Dialog2 skema dan meleret.
2. Aku tak faham Aina tu siapa
3. Apa hal Bad marah2 cakap ayah Haq bunuh bapak dia. Walhal terang2 bapak dia mati sakit jantung.
4. Beberapa babak2 awal sangat banyak dan singkat, buat aku rasa macam plot melompat2..
5. Haq sangat klise. Kaya+baik+ada super power.. wataknya dah jadi bosan dan tak berkembang!!!!!
6.Bad punya dialog bila dia mimpi (atau split personality dia) tak jelas. kena pasng telinga betul2, mungkin patot baca gerak bibir.
7.Kenapa Nanu..huhu.. Kenapa bukan orang lain.. aiish.. sangat2 Samarinda. (aku tau, dah dia producer, lantak la dia nak menempel. ye idak.kui3)
8. Celah mana pulak Bad dapat super power.. Padahal Haq ja yang ada masa kecik..

Yang aku suka,
1. Lakonan Zul , Adi dan mak cik Fatimah.
2. Babak lawan antara Zul dan Adi, aku suka.
3. cgi filem ni mantap , nak dibanding dengan cgi2 filem lain.
4. sinematografi filem ni lawa.
5. aku puji idea asal, tapi aku rasa bila diterjemah jadi filem, ia jadik gagal..

 Khabarnya nak dibuat trilogi cerita ni. Sebab tu ditinggalkan persoalan2 di atas. Tapi bagi aku, trilogi harus dimulakan dengan jelas dan menarik supaya penoton tertarik nak tengok sambungan. Kalau dah macam ni gayanya, do you expect people to watch the sequel.. I bet not.. Kesimpulannya, filem ni gagal sebab membosankan penontonnya dengan klise demi klise..

Kesian Zul, semua filem yang dia jadi hero nampaknya tak da tuah. Aku masih menanti Zul di angkat jadi pelakon lelaki terbaik FFM sebaris dengan guru beliau, Ahmad Yatim  dan juga hero Melayu yang aku suka Eman Manan. Tapi aku percaya, bagi seorang anak wayang sejati, trofi tu tak penting. Mereka berlakon sebab "passion", dan minat. sekian....

Monday, January 31, 2011

ANGIN REVOLUSI

Angin bunga melor bertiup kencang..
Semerbak terhidu seluruh semesta..
Panas angin itu..
Membakar hangus ego2 mereka..
Larilah kamu sejauh mungkin..
Ia akan memburumu..
Satu demi satu.

Tumbangkan megah sang penguasa
Goncangkan isi dunia dengan khabar tulus kalian..
Suara yang sekian lama cuba diredam,
Akhirnya lolos jua.
Dengar wahai dunia..
Angin itu sedang berbicara..
Bicara bahasa revolusi!

Saturday, January 29, 2011

PERANGKAP BICARA

Jangan perangkap aku dalam permainan kata2 kalian..
Aku tak betah percaya apa yang kalian bicara..
Aku percaya apa yang aku mau percaya..
Jangan jebakkan aku dalam perasaan yang kalian cipta.
Aku hanya rasa apa yang hati ini rasa,
Tak ada paksaan..
Jika ada, biar wujudnya kurasa,
Jika tiada, aku tak terkesan walau secubit pun!
Jadi biar segala2 terjadi sendiri.
Bukan daripada kalian yang merekacipta bukti!. :p

Tuesday, January 4, 2011

CORETAN HARI KE-2

Wa bangun awal.. Owh, itu biasa, yang luar biasanya hari ni adalah wa mandi awal.hehe..Pukul 7 da siap dowh! Tapi masalah utama wa adalah bila bangun awal perot ni memang merengek mintak diisi. Bayangkan pukul 7.30 wa masak maggie. Nasib la kan, itu ja yang ada kat dapur sekarang ni. Sampai kelas awal lepak2 dulu sembang2 dengan kawan2 yang dah sebulan tak jumpa. Ada yang tiba2 jadi bertambah gelap. Kononnya jadi buruh kontrak masa cuti semester, ada pulak yang dah berhijrah daripada saiz M kepada saiz XL.haha..(Tunggulah sebulan di sini aku jamin, badan korang susut balik punya!)

 Kelas pertama pada hari ke-2 kuliah adalah Elements in Environmental Engineering. Bunyik course pun dah tau, course ni banyak membebel. Masuk kelas aku port blakang sekali sebab malas nak duduk depan. Bebel punya bebel dah sejam. Lecturer kat depan tunjuk 1 gambar, dia suruh Zawee pegi depan dan explain apa yang ada dalam gambar tu. (yang aku nampak ada dlm gambar tu laut, kebun sayur,kilang ,ikan burung, nelayan..semuanya dalam 1 gambar). Dalam hati aku yang kebosanan ni dah nyanyi lagu bangau oh bangau.kehkehkeh.."Argh bosan!!", aku cakap dalam hati. Toleh ke sebelah, terus ajak si Lyn bersembang. Tangah rancak sembang pasal ilmu hakikat bla bla bla.. kasyaf bla bla bla, tetiba dengar sayup2 , " saya nak panggil Azlina. ", sebut si Zawee. Kengkawan aku yang lain da berorak sakan. " Hoh!! Kurang asam budak nih!@#$%^&*()", aku da menyumpah seranah dalam hati. Terbantut cerita suspend thriller aku dekat Lyn tadi. Ces!! Dan aku pun pura2 confident kat depan kelas sambil merepek sepatah dua kata sambil dalam hati sambung memaki .huhu.

 Habis lecture 2 jam aku pun ke tingkat 3 untuk melantak. Maggie tadi tak cukup untuk perot aku rupanya. Walaupun jam baru 1030, aku dan kawan2 terus bantai heavy meal . Habis makan berjalan balik ke kondo sebab kelas seterusnya pukul 2.10. Mata ni teringin sangat nak lelap.hihi.. Sampai kondo tiba2 blackout. Pulak dah! Macam mana la aku nak naik ke tingkat 13.. Nak tak nak mendaki la kami berempat daripada tingkat 2 ke tingkat 13. Sumpah penat!!!!!! Rasa nak tercabut tempurung lutut, makanan yang dilantak tadi pun macam nak terkeluar balik! Sumpah seranah lagi dalam hati.huhu

 2.10 kelas dekat Dewan Kuliah pulak. Masuk dewan dah ramai budak2 kat dalamnya. Macam biasa, naik tangga port atas sekali.hihi.. Kuliah ni gabungkan 3 kelas sekali gus, jadi memang ramai la kan. Sambil lecturer kat depan bercakap2 memperkenalkan diri aku kat belakang sibuk dok bergaduh dengan Syukur, Tok Wan dengan Pok We. (Diorang tak puas hati aku masuk kelas lain. Sebok suruh aku tukar kelas supaya kami sekufu. Ceh! Macam la aku nak sangat masuk kelas sekarang ni, kalau tak sebab geng rumah aku ada, tak ingin aku masuk kelas tu. ) Tiba2 seakan dejavu ianya berlaku lagi. " Saya nak pilih ketua kelas. Saya nak pilih yang duduk paling jauh.", cakap encik lecturer sambil memandang ke arah barisan aku dan kawan2 aku. "Gulp! Kena lagi ka aku ni.. ", aku da agak cuak dalam hati tapi masih boleh cover dengan buat muka pura2 tak faham. "Saya nak yang tengah2 tu!" , ujar encik lecturer lagi. Dewan dah riuh rendah sorak2. Aku tengok muka Matus, Matus tenung muka aku. Siapakah gerangan insan malang hari ni, aku atau pun Matus. "Ha awak yang tengah tu.", sambil jari menuding tepat ke arah aku. " Siapa nama awak". Damn!!!! Apa punya malang la aku hari ni! Kawan2 kelas aku da bantai gelak kat aku. Kurang asam betul!!!

 Keluar kuliah terfikir2 dalam otak ni, mungkin aku tak patut mandi pagi tadi supaya tak ditimpa malang yang macam ni. huhuhu


Sekian.. Pelajaran hari ni adalah, lain kali duduk depan ye!!!!! :p

Saturday, January 1, 2011

KEMBALI KE SEKOLAH !!!!

Lagi beberapa jam nak bertolak balik shah alam. Semester baru bermula Isnin ni. Jadual semester baru aku agak pelik, hari Rabu aku free. Alangkah baiknya kalau Jumaat yang free. Boleh aku balik Penang selalu.hehe. Tapi syukurlah sekurang-kurangnya ada jugak cuti lebih sehari. hehe.

LAMPIRAN. (heh, wadehel!!haha)


 Harapan aku untuk semester baru ni adalah semoga aku tak lagi bermalas-malasan macam semester lepas2. Semester lepas penyakit "berlayar dalam kuliah" aku dapat diatasi, aku pun tak berharap agar penyakit tu kembali. hehe. OK, aku rasa ada mood nak merepek malam ni. Maklumlah, kalau balik Shah Alam nanti internet memang perlahan tahap gaban+cipan.. Jangankan nak update blog, nak masuk internet pun 1 azab!

 Ramalan semester ini, haha..:
 1. Rasanya aku dah boleh berhenti follow FT punya performances. Cukuplah setakat itu. Kenangan indah yang cool untuk aku.hehe.

2. Wayang mungkin jadi aktiviti mingguan memandangkan hari Rabu aku yang free. Mari manfaatkan harga tiket wayang yang murah pada hari Rabu.weeeeee!!!!!!

3. Kelas mungkin sedikit bosan, sebabnya fakulti aku dah buat sistem streaming dan aku masuk kelas yang majoritinya aku tak berapa kenal. ( streaming di universiti! Kejadah apa lah dalam otak si penguasa2 yang berkenaan, aku masih rasa tindakan itu tak masuk akal! Kami mahasiswa, bukan pelajar sekolah! )Tapi geng2 aku (Matus, Eca, Lyn) masih bersama2 aku. Harap2 taklah sebohsan yang aku sangka sebab masih ada si Epul dengan Hisham sebagai penghidup suasana. hehe. 2 orang ni memang "loose canon", selain terdapat beberapa wayar yang terputus dalam kepala mereka. haha

4. Akan menjadi pengunjung tetap bilik Dr. Hafiz ( Encik supervisor dari Iran. Ya! Bahasa Inggeris aku sekurang2nya ada tempat untuk dipraktikkan. haha) Tapi tak bimbang sangat sebab aku ada geng jugak yang sama supervisor, G.

5. Berdasarkan situasi semasa, rasanya aku akan menunggu hari Sabtu, Jumaat, dan Ahad untuk tercongok depan tv untuk menonton drama Melayu sambil berharap ada Zul Huzaimy di dalamnya. ( tak dapat nak ditolong dah aku ni!!haha)

p\s: Ada sejuta harapan yang memerlukan hati ni menjadi seteguh karang di lautan! Hati ni kena kuat supaya aku tak mudah patah semangat!!! Aku rasa aku dah diuji dengan dugaan besar gila, yang membuatkan dugaan2 yang lain jadi sebesar hama. Come what ever, I'm now stronger than ever!!!!!Ayuh, redah hidup di semester dengan tabah! sekian sesi merepek malam ni.. :P