Thursday, November 12, 2009

CINTA LARA.huhuhuhu.. (aku jiwang dowh!)


Lama jugak jadi self centered ni. Hari ni kita sembang pasal Natrah. Siapa lah? Bertha Hertogh? Apa2 saja lah. 2 nama 1 jiwanya. Nama yang menyaksikan kebangkitan saudara2ku seagama menentang kafir laknatullah yang memesongkan iman kanak2 perempuan 13 tahun ini. 18 angka korban atas nama agama. Peristiwa Rusuhan Natrah ini sudah terpahat di dalam sejarah negara sekian lama. Aku rasa ini penting. Kerana aku rasa selepas peristiwa ini saudara seagamaku tidak lagi pernah bersatu seperti mana mereka bersatu sewaktu itu.

Kisah Natrah ini lebih daripada sekadar isu agama,mahupun patriotik, malah cinta yang luar biasa kesannya terhadap hidup seorang manusia. Bagaimana setelah berpuluh tahun pun Natrah masih gagal melupakan Mansor Adabi, suami pertama yang yang dijodohkan oleh keluarga angkatnya. sebelum itu Natrah semasa berusia 5 tahun diserahkan oleh ibunya kepada seorang wanita Melayu untuk dijaga selepas bapanya seorang askar Belanda ditawan oleh Jepun. Natrah dididik dengan adat Melayu serta agama Islam. Selepas peperangan berakhir bapanya menuntut hak penjagaan Natrah namun kes yang dibicarakan di Singapura terbabit dimenangi oleh ibu angkatnya iaitu Che Aminah.

Che Aminah kemudiannya menjodohkan Natrah yang ketika itu baru berusia 13 tahun dengan seorang guru bernama Mansor Adabi berusia 22 tahun. Di sini bermulalah sebuah kisah duka di dalam hidup Natrah. Hakim kemudiannya memanggil sidang untuk mendengar kes Natrah mengenai kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah mengikut undang2 Belanda. Mahkamah kemudian memutuskan Natrah diserahkan kepada keluarga kandung dan agamanya berhak ditentukan oleh bapanya. Keputusan ini mengecewakan orang2 Islam di Singapura. Tambahan pula provokasi ynag dimainkan oleh media tempatan yang pada waktu itu masih dikawal penjajah memaparkan berulang kali gambar Natrah melutut di depan patung Virgin Mary. Tercetuslah kekecohan yang megorbankan 18 nyawa.

Di Belanda Natrah dimurtadkan dan hidupnya kemudiannya dipenuhi kesukaran sehingga menyebabkan dia beberapa kali dimasukkan ke wad psikatri. Namun satu yang tidak pernah dilupakan adalah suami pertamanya, iaitu Mansor Adabi. Betapa sehingga berusia 52 tahun pun matanya masih bergenang setiap kali nama Mansor Adabi disebut oleh penyelidik dari Malaysia yang menjejak Bertha sehingga ke AS.

Mansor Adabi ada mengutuskan beberapa pucuk surat kepada Natrah sebagai usaha mendapatkannya kembali melalui seorang saudagar iaitu JC Vermaulen, sehinggalah pada satu ketika beliau menerima surat yang kononnya ditulis Natrah mengatakan dia sudah menjadi Katolik dan meminta supaya Mansor melupakannya. Beliau yang kecewa akhirnya berkahwin dengan wanita lain. Kad jemputan dihantar kepada JC Vermaulen dan Bertha yang mengetahui tentang perkara itu sangat kecewa.

Pada tahun 1975 televisyen Belanda mendokumentarikan kisah Bertha dengan mewawancara Mansor dan suaminya ketika itu Wolkenfelt. Perbezaan di antara kehidupan yang sangat nyata dengan Bertha yang ketika itu mempunyai 10 orang anak manakala Mansor Adabi hidup mewah sebagai seorang guru dan peguam. Setahun selepas itu Natrah didakwa di mahkamah di atas cubaan membunuh suaminya tetapi dibebaskan. Pada 9 Julai 2009, Bertha meninggal dunia akibat Leukimia.

p/s; Kisah Natrah ni aku dengar pertama kali dari Zulkifli Nordin MP Kulim, Peguam yang menguruskan kes2 murtad di Malaysia masa aku part 1 diploma. Ini posting udang sebalik mee.hehe.. Aku geram sebab memang takkan dapat ke IB untuk teater Natrah ni. Kedua, aku tak tahu dengan orang lain, tapi aku sedih dengan kisah Natrah ni yang selepas dimurtadkan hidupnya sengsara. Antara cinta yang tepisah, hidup yang ditekan, manusia mana pun boleh terduduk dicuba sebegitu rupa.Semoga tiada lagi Natrah yang lain..Ketiga, saudara seagamaku, bila lagi kita akan bersatu sepertimana pernah kita bersatu dahulu?

Sunday, November 8, 2009

LEBUR SEMUANYA~~

Aku malas nak menaip semenjak dua ni sebab sangat la sibuk dengan exam. Sekarang tinggal 1 subjek saja lagi, dan 5 yang lain telah aku leburkan dengan jayanya.huhuhu.. Macam leburnya semangat hidup aku jugak.

Pernah tak rasa tersangatlah kecewa di dalam hidup? Tersangatlah ingin merubah keadaan tapi tak berdaya?Apa yang dibuat semua jadi usaha yang sia2. Sampaikan kita sendiri dah jadi takut untuk berharap apa2 pun dalam kehidupan, dan hanya membiarkan semua yang terjadi melintas di depan mata sambil mengingatkan diri bahawa hari-hari malang akan berlalu. Namun malangnya aku bagai tersekat dalam satu ruang. Macam deja vu. Perkara yang sama berulang2. Sampai akhirnya aku jadi kebal, kebas, terima saja semua tanpa ada sebarang rasa. Loser kah aku?

Aku tengah menyusun pelan2 lain untuk menghadapi kemungkinan dibuang pada semester pertama. Sebab? Aku rasa Puan2 dan Encik2 yang semak kertas aku mesti mengucap panjang dengan jawapan yang entah apa2. Sudah la carry mark aku pun macam hampas! layak buang dalam tong sampah saja kot! Aku tak pandai, tapi aku juga tak pernah merasa sebodoh ni dalam hidup! Dalam 5 kertas yang aku dah jawab, belum ada 1 pun aku rasa sedap hati. Sebab aku tahu, aku merapu. Nak menyesal sambung ijazah bidang ni pun dah tak guna. Aku yang tak sampai hati nak kecewakan orang lain ni dah banyak seksa diri sendiri. Menipu diri bahawa ni lah jalan terbaik untuk aku. haha.. Akhirnya, aku dipaksa mengalah.

Maaf semua, andai sekali lagi aku dihadapkan dengan pilihan, aku pilih kebahagiaan aku! Biarlah dikata otak singkat ataupun penting diri, asalkan aku tak berdosa lagi pada diri, hati dan jiwa ni. Biar orang tak faham, asalkan aku bahagia!!

Thursday, November 5, 2009

Nikmat Hidup.

Ibu lumpuh dapat RM1.1 juta

Oleh NORLIZAH ABAS
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 4 Nov. - Seorang ibu yang lumpuh separuh tubuhnya akibat kemalangan jalan raya 11 tahun lalu mendapat ganti rugi hampir RM1.1 juta setelah Mahkamah Rayuan membenarkan rayuannya.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Tengku Baharuddin Shah Tengku Mahmud turut memutuskan jumlah ganti rugi itu termasuk kos RM30,000 dibayar kepada plaintif, Nauren Abd. Manaf, 54.

Beliau yang bersidang bersama Hakim Datuk Sulong Matjeraie dan Hakim Datuk S. Selventhiranathan turut memutuskan sebulat suara agar jumlah itu dibayar atas kadar faedah lapan peratus setahun.

Bekas ahli perniagaan itu menyaman Chew Ming Thai ekoran kemalangan yang berlaku di Kilometer 271 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban pada 23 Ogos 1998 di antara lori yang dipandu oleh suaminya dengan kereta yang dipandu oleh lelaki itu.

Mahkamah Sesyen Seremban pada 5 November 2004 memberinya ganti rugi am dan ganti rugi khas hampir RM1.5 juta setelah memutuskan Ming Thai selaku defendan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kecacatan dari leher ke bawah yang dialami suri rumah berkenaan.

Nauren yang tidak berpuas hati dengan jumlah itu merayu ke Mahkamah Tinggi Seremban pada 8 Mac 2006. Bagaimanapun, beberapa ganti rugi dikurangkan menyebabkan dia merayu ke Mahkamah Rayuan.

Hari ini, panel berkenaan membenarkan rayuannya dengan memberi ganti rugi bagi kos penjagaan masa depan (RM302,400), kos kain lampin (RM93,600), kos pembedahan masa depan (RM200,000), ganti rugi am akibat lumpuh (RM400,000) dan kehilangan nikmat hidup (RM100,000).

Isnin lalu, peguam Gerald Gomez ketika berhujah mewakili Nauren menyatakan, akibat kemalangan itu, anak guamnya mengalami kesengsaraan hidup kerana laporan perubatan menyatakan dia tidak berpeluang langsung untuk sembuh kerana kecacatan itu akan merebak ke anggota lain.

Menurut peguam bela, lumpuh yang dideritai mangsa bukan kecacatan biasa kerana ia menyebabkan dia mengalami trauma seumur hidup dan memerlukan bantuan orang lain untuk menguruskan diri termasuk membersihkan najis.

Ketika menggambarkan keperitan hidup plaintif, Gerald memetik penghakiman Mahkamah Sesyen yang menyatakan:

''Orang lain menunggu untuk pulih sedangkan plaintif menunggu ajal sepanjang hidupnya.''

Sementara itu, peguam Shanta Mohan yang mewakili Ming Thai berhujah, tiada laporan perubatan yang mengesahkan plaintif lumpuh keseluruhan badannya.

Beliau berhujah, ganti rugi am akibat lumpuh yang diberikan oleh Mahkamah Sesyen ialah RM200,000 dan jumlah itu merupakan yang tertinggi diperuntukkan oleh undang-undang bagi mangsa kemalangan yang lumpuh separuh tubuh.

p/s; RM 1 billion pun belum tentu cukup untuk kembalikan nikmat Allah S.W.T yang telah hilang.

"Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku." ( Surah Al-Baqarah, ayat 152)

Untuk kau dan aku, supaya kita beringat., =)

Tuesday, October 27, 2009

MORTAR BOARD DAH TERBANG!!


Aku tak tau kenapa aku senyum hari ni. Sebab hari ni aku grad atau sebab lain. nghehehe (gelak gatal shin chan).. Diploma yang menyeksa jiwa raga 3 tahun dah selesai. Lega! Hari ni hari "plastik" sedunia. Untuk grad, aku pakai make up (gila lawak!!) , baju yang bukan T-shirt, bukan berseluar jeans (adoyaii), sangat la tak selesa untuk aku. Tersangat la plastik aku hari ni!

Aku terfikir benda ni. Walau macam manapun aku berubah luaran, aku memang tak boleh jadi soft la.huhu.. Dah berapa kali kena tegur dengan kawan2 sekelas, malah pensyarah yang aku ni kasar/ganas sangat. Tapi aku sangat susah nak jadi lembut.huhu Kemudian buat aku terfikir, betapa aku harus bersyukur sebab kawan2 baik & famili aku terima aku seadanya.hehe... Memang la depa tegur sekali-sekala, tapi tak pernah dengan cara menyakitkan hati aku. Aku belum sedia tinggalkan jeans untuk kain, atau tinggalkan T-shirt untuk blouse (betul ke ejanya?haha), atau snickers kesayangan untuk kasut tumit tinggi.huhu. Dari dulu sampai sekarang, dari kecik sampai besar, macam ni la aku. Sebab aku tak pandai jadi sesumpah. Susah untuk jadi orang lain. Tak reti la..

Tapi apa yang penting aku tetap boleh senyum hari ni. Ibu dengan Abang aku ada tengok aku naik pentas tadi. Bangga? Tak sangat kot. Tak selesa ada la. Benci bila terpaksa jadi plastik atas pentas, dalam dewan, ambil gambar!

p/s: Hmmm... Panjang nak mengeluh. Sebabnya? Dia ANC tadi. Aku biasa ja.huhu.. Orang lain dengan famili bergambar, tapi dia hanya dengan gf tersayang.huhu..

Wednesday, October 21, 2009

MALAYSIA BOLEH!!

Kompleks Sukan UiTM KK retak


Bahagian siling aras tanah mengalami keretakan yang serius.


KUALA LUMPUR 20 Okt. - Kompleks Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Kinabalu (KK) yang dibina pada tahun 1970 dikesan dibangunkan menggunakan pasir laut dalam campuran konkritnya.

Akibat campuran itu, menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2008, bangunan itu terjejas kerana besi tetulang strukturnya berkarat.

''Pembinaan kompleks sukan menggunakan pasir laut telah menyebabkan keretakan ketara pada strukturnya, penggunaan pasir laut dalam campuran konkrit telah menyebabkan besi berkarat dan mereput kerana mengandungi klorida dan sulfat yang tinggi.

''Apabila lapisan luar besi berkarat dan mereput, ketebalan dan kekuatan besi akan berkurangan,'' katanya.

Laporan berkenaan telah diedarkan di Parlimen mulai semalam.

Pihak audit mendapati bangunan berkenaan masih digunakan untuk pusat pentadbiran, bilik kuliah, bilik pensyarah dan penempatan Unit Pembangunan dan Fasiliti UiTM Sabah kerana tiada bangunan lain sebagai gantian.

''Berdasarkan laporan perunding pada tahun 1998, bangunan ini selamat untuk digunakan pada masa tersebut dengan syarat penyenggaraan rapi yang berterusan dijalankan.

''Memandangkan pemeriksaan bangunan ini dibuat melebihi 10 tahun, adalah disyorkan UiTM melantik perunding bagi menjalankan pemeriksaan semula terhadap ketahanan struktur bangunan dan keselamatan menduduki bangunan ini,'' katanya.

Jelas laporan itu, UiTM Sabah telah membelanjakan sejumlah RM1.2 juta pada tahun 2002 dan RM185,196 pada tahun lepas bagi tujuan penyenggaraan dan pembaikan bangunan berkenaan.

Namun, akibat penggunaan bahan binaan yang tidak berkualiti, keretakan baru masih berlaku

p/s: ada 3 sebab mengapa aku rasa ini memalukan; 1) aku budak UiTM 2) aku rakyat Malaysia 3) Aku bakal jurutera (insyaAllah).. Si korup mana la yang buat projek ni????? Memang dahsyat sungguh teknologi kita!!. Pasir laut buat konkrit! Kerja gila!!!! Gamaknya stadium Terengganu yang menyembah bumi tu guna pasir pantai jugak kot?haha.. , Tapi bukankah MALAYSIA BOLEH?? Boleh sungguh la tu.huhu... Rasa nak nyanyi...Korupsi, oppressi, obsessi diri, Polussi, depressi di bumi kini.. (zainal abidin, Hijau)..


NEGARAKU....

PAKAR : YAKIN 80% TEOH DIBUNUH

Seorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat kesimpulan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam.

Katanya, terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia 'dicekik'.

Menurutnya lagi, retakan pada tengkorak Teoh bukan satu kecederaan akibat terjatuh.

Manakala kecederaan pada lubang dubur Teoh, katanya, boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh.

Ini, katanya, berdasarkan kepada gambar-gambar yang diambil di tempat Teoh ditemui jatuh.

Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa 80 peratus Teoh dibunuh dan 20 peratus dia membunuh diri.

Beliau memberi keterangan sebagai saksi pakar di inkues tersebut yang diadakan untuk menentukan punca kematian Teoh.

Dr Pornthip adalah pengarah dan pengasas bersama Institut Pusat Sains Forensik Kementerian Keadilan Thailanad dan dianggap pakar dalam siasatan kes-kes pembunuhan yang rumit.

***Dr. Khunying Pornthip Rojanasunand M.D. ialah seorang pakar forensik dan bertugas sebagai Director of Central Institute of Forensic Science Thailand. Beliau adalah pakar forensik yang ulung bukan sahaja di Thailand malah bertaraf antarabangsa.

Dr. Khunying adalah orang yang bertanggungjawan memperkenalkan DNA sebagai bahan bukti untuk diguna pakai di Mahkamah Thailand.

Pada tahun 2004 – setelah berlakunya – tsunami – Dr. Khunying telah menjalankan kajian forensik untuk mengenali mayat-mayat yang telah hancur.

Pada tahun 2005 National Geography telah membuat satu rakaman dokumentri tentang tugas beliau di wilayah Phang Nga ketika membuat kajian forensik untuk mengenali mayat mangsa tsunami.

Paling akhir ialah kajian beliau terhadap kematian pelakon Hollywood David Carradine yang ditemui mati didalam bilik hotel di Bangkok. Dunia telah gempar dengan berita ini matinya pelakon kungfu yang tersohor ini. Pelbagai andaian telah dibuat. Dibunuh oleh samseng. Dibunuh kerana dadah. Dibunuh kerana tersilap orang.

Keluarga David Carradine telah membawa pakar mereka sendiri untuk membuat sissatan.

Dr. Khunying telah dijemput untuk membuat siasatan forensik. Beliau mendapati David mati kerana autoerotic asphyxiation yang menyebabkan autoerotic yang fatal dan bukan dibunuh.

Pendapat Dr Khunying ini telah diterima dengan baik oleh keluraga David walau pun pada awalnya mereka mensyaki ada 'kerja jahat' terhadap David.

Dr Khunying telah di jemput oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk membuat kajian forensik terhadap kematian Teoh Beng Hock.

Hasil dari kajian forensik Dr Khunying telah membuat kesimpulan bahawa 80% dari tanda-tanda yang ditemui menunjukkan Teoh Beng Hock telah dibunuh.


credit to TUKAR TIUB..

p/s; negaraku, tanah tumpahnya darahku.... takziah negaraku, lengkaplah satu pengebumian demokrasi dan keadilan.

Monday, October 19, 2009

TAK TAU NAK LETAK TAJUK APA.. TAK BERTAJUK??


Tangan aku gatal nak buat post baru.hehe.. Aku letih tahap gaban dari semalam. Ini pun baru habis edit report yang nak dihantar Rabu ni. Berlekuk dah tulang belakang ni duduk menghadap laptop ni ha. Adoyaii.. Semalam ke Cyberjaya, macam bandar berhantu ja.huhu.. Ada bangunan tapi macam takda manusia sangat pun. Sangat2 pelik.

Sabtu lepas aku tengok Papadom. Best wooo.. Membenarkan emosi ni bebas sekejap dalam panggung tu, ketawa, sedih, tapi aku tahan ja air mata part sedih2 tu. Malas nak menangis.huhu. Aku belum tengok Talentime, tapi aku teringin sangat nak tahu apa sebab yang membolehkan Papadom diangkat menjadi filem terbaik FFM lepas. Apa-apa pun aku suka tengok Papadom. Hilang tension aku yang berminggu2 tu. Rasa macam jarang tengok Afdlin menangis dalam filem, aku tengok Buli dan Buli Balik, tapi macam takda ja adegan tangkap syahdu sampai macam tu.huhhu.. Satu sisi lain Afdlin. Suka tengok Que Haidar yang blur+lurus+idealis?? tu. Lawak gila..

Apa yang aku tangah layan sekarang..Aku dengar lagu Selamat Malam, Faizal Tahir. Sesuai la dengan mata aku yang bakal terlelap bila2 masa saja ni. Esok, pagi aku ada kelas design. Berat hati la nak p.huhu.. Aku takut mata ni bantai lelap ja dalam kelas dia nanti.hehe

p/s; cuci mata lagi semalam. sambil main Jengga, aku curi2 tengok kelibat hamba Allah tu.huhu.. Dekat, tapi jauhnya la hai..arghh, sudah, tangkap jiwang pulak. Lelaplah mata! Otak nak rehat. Esok kita mula hari baru!

Thursday, October 15, 2009

HARI BURUNG BELATUK. HAHA


Hari ni aku sedih lagi. Macam biasa, result sampah dah dipulangkan pada aku. Macam nak campak ke longkang ja rasa. Tapi aku tahan lagi. Ilmu tu. Salah pun ilmu jugak. Sangat mengantuk + tak bersemangat dalam kelas hydraulic tadi. Sampai terbabas2 la aku atas meja tu ha. Dah macam burung belatuk.huhhu.. Tak tau la apa nak jadi dengan aku ni... Hari ni dia buat ringkasan semua yang dah aku belajar untuk subjek dia. Aku salin.. Nak tengok apa yang aku salin? haha.. kat atas nu ha. Kalau la hampa faham. Aku sendiri tak boleh baca tulisan orang mamai ni.huhu. Kalah cakar ayam.

Esok malam aku ada common test M&E. Tengah membaca, tapi susah sungguh nak mengingat, sebab aku asyik nak tertidur ja. ampeh! Bangun , bangun! Lawan! Biar mati melawan, jangan hidup mengalah!

p/s: Hari ni ada yang buat aku senyum. Aku jumpa dia dalam lift.ngehehe.. (mrs cullen you know who ..)Dalam lift yang sesak aku dok mengukur tinggi kat belakang dia.haha.. adoyai.. susah macam ni.

Wednesday, October 14, 2009

TEKANAN TAK TERBEBAS!!


Tak cukup waktu rasanya 7 hari seminggu untuk aku. Sekarang 7 hari seminggu otak aku macam terbeban. Kelas 7 hari seminggu+ presentation, projek, ujian dan bla bla bla... Aku letih. Mata ni asyik mintak rehat. Tak terlayan beb! Masa aku berkobar nak ulang kaji, kelopak mata ni pun tanpa disuruh2 jatuh sendiri. Ampeh! Aku dah 3 hari rasa berjalan tak jejak bumi.huhu.. Malam mata tak mau lelap. Siang aku sibuk nak membuta. Nokturnal dah aku ni. Mulalah aku nk melepas tekanan dengan merapu kat sini.huhu

Minggu lepas air cond dekat fakulti buat hal.. Tu la, pakai lagi teknologi Jerman tu. Sudahnya seminggu belajar dalam sauna.. ambik kau! Tambah lagi seksa jiwa raga aku belajar. Semua ujian 2 aku rasanya ke longkang. Aku macam dah terbiasa pulak dengan gred sampah ni. Bengap sungguh rasanya! Menyerahkah aku???? Entah.. hati memang dah remuk kot. Malam tadi aku lepak lepas tekanan sekejap abis ujian dynamic.Aku taubat tak faham subjek ni. Jawab tadi pun macam sampah ja. Menangis? air mata aku tak boleh keluar dah, beku sekali dengan hati dan jiwa.haha..

27 ni konvokesyen diploma aku. 31 ni aku mula final exam. Aku dah mula rasa gelabah sikit2, memikirkan banyak yang aku tak faham, ditambah jadual exam yang sangat menyakitkan hati ( takda gap!!!) . Tawakkal belum boleh, sebab usaha belum kuat. Tengah mencari semangat untuk aku redah semuanya sekali lagi! Kuatkan hati ini ya Allah..

p/s: template lama buat kepala aku pusing! yang ini pun tak tau berapa lama mau tahan.hehe.

Thursday, September 17, 2009

KETUPAT RENDANG DAH PANGGIL BALIK...

Dah beberapa kali aku buka blog ni, cuba fikir apa yang nak aku hambur pada skrin ni, tapi aku asyik padam balik apa yang kutulis.huhu.. Lagi 2 hari orang nak sambut raya. Aku insyaAllah petang ni bertolak ke kampung halaman. Sebulan puasa aku belum jenguk rumah walaupun sekejap. Raya tahun lepas aku terbaring demam, harapnya kali ni sihat la walaupun kehujanan petang tadi.

Aku tengah menghitung jam nak balik saja ni.. Sebab aku dah boleh bau rendang ibu masak. Mata dah terbayang rumah aku. Jiwa aku dah sampai dulu ke kampung. Cuma tunggu jasad ni saja yang dikekang dimensi dan graviti.huhu.. Kalau ada awan terbang dah lama aku seru.hehe..

Semoga aku selamat sampai. insyaAllah. Dan semoga aidilfitri ni aku kuat nak melawan emosi. Telan saja semua rasa hati..Jiwa, tunggu jasad aku!!

salam aidilfitri, maaf zahir batin. ;)

Monday, September 7, 2009

DENIAL.

I try not to mention his name,

Just to forget him,

But I kept seeing him everyday in my dream.

I try to accept the fact that he's no more around,

But i cannot bare the feeling of being left alone.

Each day I thought that I'm stronger than ever,

But when night falls my eyes are blurred with tears.


Keep telling myself "life goes on",

But I was never sure that I'm ready to move on.

p/s: masuk ramadhan yang ini, aku dah 2 kali puasa tanpa dia. semua dah tak sama. Aku pun dah tak sama.. Al-Fatihah.

Sunday, September 6, 2009

SUMPAH SERANAH LAGI AKU..

Aku nak menyumpah seranah lagi hari ni.
Projek aku masih statik. ampeh!!
Drawing ni memang bermasalah la.. Macam mana aku nak hantar Selasa ni??? Kadang-kadang benda-benda macam ni la buat aku benci kerja berkumpulan. Kalau aku saja, tak kisah, aku tanggung.huh!

Terngiang semula.. "Those who are late submitting their project, I'll give you zero!" DAMNED! Mana sempat aku nak design dengan buat detailing AUTO CAD??

Rabu aku ada ujian lagi. Bila masa aku nak mengadap bukunya??

Dugaan aku..

Tarik nafas dalam-dalam..
Mulakan dari mula. Paling penting, rempuh saja apa yang datang.

p/s: Terjebak tengok Final Destination 4 malam semalam. Aku tak berminat pun, terpaksa. (Orang terawikh, aku ke wayang.. Astaghfirullah hal azim..tak buat dah.Janji!). Pendek kata, rugi duit. Tengok DVD lagi ok. Melampau-lampau jalan cerita. Muak. Durasi 1 jam setengah. Tak berbaloi beb! Balasan..

Wednesday, September 2, 2009

KERJA+ AKTIVITI SAMPINGAN.MUAHAHAHAHA


Ramadhan ni aku tak terasa sangat. Belum puasa di kampung kot. Jadi mood tu kurang la sikit. Selain aku sibuk turun naik bas dan teksi pergi kelas, aku ada masa lagi layan filem pendek dekat 15 Malaysia(http://15malaysia.com/films/). Aku dah tengok sampai One Future. Filem-filem ni release ikut tarikh, 4 september ni Slovak Sling. Projek filem-filem ni membabitkan pengarah-pengarah macam Amir Muhammad (Lelaki Komunis Terakhir), Yasmin Ahmad, Nam Ron (Paloh) , Ho Yuhang (dialog famous dia "kenape? tak percaya?") dan lain-lain. Yang menariknya ada penampilan orang-orang politik dalm filem-filem ni seperti Datuk Zaid Ibrahim, Tian Chua, Nik Aziz, dan yang aku macam tak percaya, Khairy Jamaluddin (KJ). Rasanya dalam projek ni juga adalah antara kerja-kerja terakhir arwah Yasmin Ahmad.

Dan..aktiviti masa lapang aku waktu ini..aku ketagih tengok drama NUR KASIH.hehe.. dah sampai tahap obses ni. Dulu aku obses dengan Sindarella dengan Rona Roni Makaroni.huhu.. Susahnya menjadi aku, kalau dah suka memang tak tinggal. Tiap-tiap minggu aku asyik tertunggu hari Jumaat ja. Penangan Adam (Remy Ishak) dengan Nur Amina (Tiz Zaqyah) punya pasal. Drama ni antara drama terbaik Malaysia. Mesej-mesej yang sarat, dialog yang berkesan, sinematografi yang menyejukkan mata (signature Khabir Bhatia) dan lagu yang masuk dengan jiwa cerita ni. Aku mula-mula tengok memang menyampah habis dengan Adam, tapi bila watak tu dah berevolusi suka la pulak.hehe.. Tapi masih tak puas hati, kenapa malang sungguh nasib Katrina? argh.. Parah aku ni, lagi baik berhenti tulis pasal drama ni, kalau tak 4 posting pun tak cukup.

Kembali ke alam nyata, kerja yang menimbun macam biasa. Ada projek nak kena hantar Selasa depan. Tapi aku belum pun mula langkah. Sebab belum dapat pelan lagi. Bakal sibuk la hujung minggu ni, design tiang, lantai, rasuk dan segala waktu dengannya..Macam mana ya aku punya janji nak turun KL MATTA FAIR? huhu.. Kusut lah!!

Pen off. Gotta get back to work..

p/s: aku tak sabar nak tengok The Hurt Locker dengan Ketika Cinta Bertasbih. huhu..agenda hidup seterusnya buat orang yang tak ada "hidup".hehe



Sunday, August 30, 2009

SEMUANYA KERANA KAMU!

52 tahun merdeka.

Pinggirkan sekejap realiti, bahawa 52 tahun bebas masih ada rakyat tidur dengan perut berkeroncong. Lupakan sejenak 52 tahun merdeka ada lagi warga kuyup dek hujan oleh kerana rumahnya pincang. Pejamkan sebelah mata seketika, 52 tahun merdeka ada lagi kanak-kanak yang tak pernah kenal siapa itu guru.

Kita toleh ke belakang sesaat, Ambil semangat dan roh merdeka dulu, supaya kita yang sekarang tak pernah lupa apa yang kita dulu sumpah demi tanah ini...

Aku selama melihat dunia 21 tahun ni, belum pernah sambut merdeka. Sambut dalam erti kata count down sambil tengok konsert dan bunga api. Kenapa ya? Mungkin sebab ayah aku tak pernah bawa kot. Cuma apa yang aku tahu, malam merdeka banyak filem best.hehe.. Leftenen Adnan, Bukit Kepong, Sarjan Hassan, banyak lagi la.. Kadang-kadang cerita Hollywood pun ada (aku pun tak tahu apa kaitan Hollywood dengan Malaysia. Michelle Yeoh mungkin?huhu).

Aku tak pernah rasa zaman penjajahan Jepun, zaman ubi kayu. Tapi aku tahu aku suka ubi kayu.haha. Sedap oo.. Aku juga tak tahu apa rasanya pada zaman darurat atau penjajahan British. Yang aku tahu, British itu Britain, yang liga bola sepaknya buat kita berjaga malam. Segala pandangan aku terhadap kemerdekaan itu hanya berdasarkan rasa hati. Aku hanya tahu aku sayang negara aku, itu saja.

Aku teringat sembang aku dengan ayah.

aku: Komunis jahat.

ayah : Kenapa?

aku: Bukit Kepong?

ayah : (Senyum) Hang hasil sistem pendidikan kerajaan.. Komunis lawan British. Pada masa tu Polis itu pihak British, walaupun anggotanya anak tempatan.

aku : jadi kenapa mesti bunuh pihak sendiri?

ayah : Terpaksalah.. Perjuangan.

aku : Bukankah komunis tu tak percaya tuhan?

ayah : Kalau orang komunis tak percaya tuhan, Shamsiah Fakeh, Ibrahim Yaakob dengan Abdullah CD itu apa? Bukankah Islam?

Aku terdiam. Dalam otak, "Komuniskah ayah aku ni?".huhu.. Itu masa aku di sekolah menengah.

Dah besar panjang, otak pun dah boleh tafsir maklumat sendiri sekarang. Bagi aku, komunis atau tidak, semua itu atas nama perjuangan. Perjuangan memerdekakan tanah tumpah darah sendiri. Di dalam keadaan itu, warga yang ditekan hidup sejak sekian lama sanggup buat apa saja untuk negara ini. Kalau aku hidup dalam zaman itu, siapa tahu aku masuk rekrut komunis??? Kerana apa? Kerana tanah ini. Semuanya demi merdeka.

Jadi siapalah aku untuk mengatakan komunis itu jahat, dan merdeka di meja perundingan itu tak berani. Angkat senjata atau tidak, mereka tetap pejuang! Yang aku tahu, yang aku faham, yang aku nampak, semuanya hanyalah jalan-jalan yang berbeza demi mencapai matlamat nan satu, "MERDEKA!". Mereka semua perintis jalan-jalan kebebasan kita sekarang. Mereka yang percaya kita mampu berdikari. Dan mereka tiupkan kerpercayaan itu kepada seluruh warga. Sehingga taufan semangat anak pertiwi ini menggoncang angkuh penjajah. Mereka pemula segalanya..

Dan aku.. Aku salute kesemuanya..

p/s: Apa aku sekarang adalah hasil hidup berprinsip seorang bergelar ayah.. Dibiarnya aku berfikir, diasak aku dengan soalan yang aku perlukan masa bertahun untuk ketemu jawapan. Aku belajar satu, "Hidup berprinsip, mati bermaruah!".. Arghh.. rindu lagi..

Tuesday, August 25, 2009

APA KAITANNYA??? ENTAH.. AKU SAJA NAK MELEPAS GERAM!!!!!MUAHAHA


Pengundi Permatang Pasir tidak mahukan perubahan - Muhyiddin

25/08/2009 11:26pm

BUKIT MERTAJAM 25 Ogos — Tim,balan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan sikap pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang tidak mahukan perubahan.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir menunjukkan pengundi terlalu selesa dengan keadaan mereka ketika ini sehingga tidak mahukan pembangunan.

“Kita menerima keputusan ini kerana mengikut apa yang diamalkan dalam demokrasi berparlimen dan kita menghormati keputusan rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama


HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA...


Wahai TPM aku yang bijak sana sini.. Aku sebagai penduduk Permatang Pasir nak bersuara.huhu.. Rakyat memang nakkan perubahan, kalau tidak tak terjadilah Tsunami PRU-12. Lihat guna mata, dan hati la.. Kalau ya pun mengidam nak menang di Permatang Pasir atau Permatang Pauh, letak la calon berkualiti. Adakah calon yang boleh dipersoalkan kredibiliti sebagai seorang manusia yang amanah dilihat terbaik untuk disabung di gelanggang ni? Memang la kena sembelih hidup-hidup.hahahahahahahahahahahaha..gelak lagi sampai guling-guling...Aku dah daftar mengundi, tapi belum layak. Tunggulah PRU-13 nanti.. (tengah bengang sebab pinjaman MARA kena tolak!!! Nak jugak aku pinjam dengan lintah darat PTPTN tu.!!! Jangan harap la..)

Ya ini Negaraku Malaysia, siswa siswi jadi penghutang seawal umur 18 tahun.. Normal?? Itu penyakit namanya. Bayangkan, 3 tahun diploma RM15k, ijazah RM28k.. Mahasiswa kita sangat berjaya!!! Menamatkan pengajian dengan hutang RM43k..yeah!!! Mana pergi RM 31 billion peruntukan pendidikan dalam bajet 2009??? Dah selamat ditelan ke??? huhuhu...Lepas ni kalau JPA pun kena tolak, aku memang tak tahu mana nak cari fulus.huhu..Maaflah bondaku, anakanda menyusahkan bonda untuk bekerja sampai umur 58 tahun..(T_T)


Saturday, August 22, 2009

JALAN MIMPI


Biarkan aku memutar masa

Agar bisa kubetulkan semua

Agar aku tak berada di sini

Dalam keadaan ini


Bingung sekarang!!!

Aku yang dihambat bayang-bayang masa depan

Tak dapat lolos lagi!!

Mara aku, maknanya serah diri

Undur aku, ertinya takut bersembunyi


Masa silam bantu aku

Tolonglah..

Inikah jalan yang kupilih dulu?

Jalan ini gelap, buntu.

Dan aku, lelah sudah berlari.


Masa kini

Jika engkau punya hati,

Kembalikan lantera hidup ini

Supaya aku bisa percaya lagi,

Bahawa ini bukanlah jalan mimpi..


Friday, August 21, 2009

OTAK@HATI@JIWA YANG KOSONG NI???


Minggu ini buat aku terduduk!! Letih tahap gaban. Tak habis-habis dengan ujian. Aku belum masuk "watak pelajar" lagi pun. Pejam celik dah dekat 2 bulan aku di sini. Rasa macam "pelawat pameran".huhu.. Pergi kelas, balik kelas.. dan terus.. masih dan masih.. TETAP KOSONG dalam otak ini!! Jadi, harus aku ini jadi apa?? Ya Allah, Kau tolonglah tetapkan hati yang selalu terganjak ini..

Dalam pada itu. Sempat juga aku layan youtube. Tengok filem "Gadoh". Jalan cerita yang ringkas, tapi mudah untuk buat otak ini berjalan mencari jawapan. Adakah aku salah seorang watak di dalam cerita itu?? Awas!! Siapa yang merasakan dirinya belum cukup matang untuk menelan pahit realiti, tangguhkan dulu niat menonton filem ini.hehe.. Pujian kepada penulis skrip dan pengarah.. Filem ini mengingatkan aku kepada "Remember The Titans" lakonan Denzel Washington.. Ataupun "Glory Road". Cuma filem "Gadoh" lebih baik, dan 2 buah filem itu lebih komersial barangkali. Walau apa pun, topik besarnya adalah perpaduan.

Cukup di sini dulu, Ramadhan dah tiba.. Suka? Sedih? Syahdu?? Telan saja semua.. =)

p/s: kepingin nak tengok West Side Story..But How???huhu

Wednesday, August 12, 2009

TAKDIR ITU LUCU.. SETUJU? LANTAKLAH....

wahahahahahahahahaha...

Rasa nak gelak satu hari.. Biar keras kejung badan.. Gelakkan apa? Apa yang lucu? Gelakkan diri aku.. Yang lucunya, takdir aku..

Depan mata..Tapi, jauh! Tak tergapai, tak tercapai.. Arghh.. Serabut, kacau!!! Lagi ditekan, lagi melawan..

Lawan! Lawan! Dan terus melawan!! Siapa tahu, esok takdir buat aku tersenyum.. =)

Monday, August 10, 2009

KISAH KLASIK DI HARI ISNIN.. (T_T)

kan bagus kalau aku ada awan terbang macam goku nieh!!

Semalam, aku dengan penuh berkobar2 memulakan langkah ke fakulti. Selalunya aku naik bas/teksi hari Isnin. Tapi semalam rasa nak jalan kaki saja, sebab aku malas menunggu.. Dah jauh berjalan, ikut short cut, sampai depan kondo yang aku selalu masuk Pak Cik Guard tanya, "Nak ke mana dik?" aku dengan penuh confident nya pun jawab la, "Nak pergi kelas ikut pintu belakang ni la.." Pak Cik Guard tu plak cakap, "Tak boleh masuk ikut sini la dik, sebab orang luar dah tak boleh masuk kawasan kondo ni." Aku ??????.wawawawawa.. aku dah aa sikit punya jauh da berjalan.. Dia suruh aku ikut jalan besar. Penat merayu, memang hati batu arghh!!

Mau dekat 3 km jugak la aku menapak pagi tu. Jahanam!!! Macam nak menangis pun ada..Aku sumbat mp3, pasang kuat2, teruskan jalan. Sepanjang jalan aku menyumpah seranah dalam hati.huhu..Perjalanan yang selalunya 10minit dah jadi 25minit.
Aku masuk kelas dengan muka ketat tahap gaban.huhu..Selama ni aku keluar ikut kondo tu boleh ja.. Ini tak lain tak bukan nak menjadi pelingkup duit poket aku aa naik teksi balik.wawawawawa

Sunday, August 9, 2009

AKU, MASA & OBSESI..


Ada 2 benda dalam kepala aku sekarang.
1. Obsesi aku ( obses, bukan obes!!)

2. Masa.

2 benda ni lah yang aku paling tak reti nak uruskan. Gawat nieh!! Obses..Aku sangat susah nak minat sesuatu. Tak kira lah orang ke, barang ke.. Tapi kalau sekali aku dah tersangkut...wahahaha... Memang bapak ah susah aku nak tinggal!! Obseskah itu? Atau passionate?? Lantaklah apa pun namanya. Masalahnya makan diri aku balik.. Jiwa kacau nieh..

Masa.. Masa itu emas, cikgu sekolah aku la cakap.. Tapi aku rasa cikgu aku salah. masa bukan emas.. Masa itu bas.huhu.. Siapa lambat kena tinggal.haha.. Aku la tu.. Dulu zaman unifom putih kain biru, aku selalu saja tertunggu bas yang dah terlepas..hehe..Kan kerja bodoh namanya?? Sekarang keadaan lain, situasi saja sama. Asyik mengeluh aku buat kerja last minute.. Dah la spesies panas hati, kerja kalau tak jadi, aku yang terbakar.huhu.. Padan muka aku!!


Demi masa.
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

(Al 'Ashr, 1-3)

Sudah terbukti aku yang tak beringat..Mesin pengembara masa pun dah tentu-tentu mustahil nak dicipta..Arghh.. Tidurlah mata ni.. Pen off..

p/s: layan G.I Joe semalam.. Best untuk peminat2 adegan letup-meletup, langgar-melanggar dll..ala2 Transformers la plak..Cuma tak puas hati tak dapat tengok muka Snake Eyes sampai ke sudah..cis!!

Thursday, August 6, 2009

AKHIRNYA!!!


Akhirnya.. Kempunan aku yang dah lama tak jejak panggung ni dah terubat!!wahahaha..
Gumbiranya hati ni. Tapi tu aa.. Aku keluar berlibur pun nak menghilangkan tension aku semalam. Ujian aku yang pertama semester ni, structure analysis II, memang buat aku rasa tegang gila. Sama ada soalan senang sangat sampai jadi susah sangat, atau memang susah. Apa yang aku tahu, kaluar dewan aku tanya balik diri ni, "Apa yang aku jawab tadi aa??".huhu.. I'm prepared for the worst..

Kembali kepada cerita wayang aku.. Aku layan cerita "Setem" petang semalam. Memang berbaloi aa tiket RM 7.hehe.. Aku gelak sampai berair mata..Dah lama aku tak tengok wayang filem Melayu. The last time it was "Buli Balik", by Afdlin Shauki. Aku memang minat aa lawak yang selamba ni. "Khabir Bhatia memang pencerita yang baik. Aku paling tak tahan babak Bront Palarae tiba-tiba muncul dengan muka yang hangus kat belakang Isma Yusoof. Aku ingatkan dia dah mati meletup..Ada la 2 kot babak yang boleh dipersoalkan logiknya. Tapi aku boleh pejam mata kot bab Bront boleh selamat dalam letupan dan Afdlin tak mati kena tembak sebab guna toolbox.wahaha..Seperti biasa, filem Kabir ni memang sinematografi dia nampak artistik aa.

Bab lakonan, semuanya pelakon hebat, jadi tak mengecewakan la. Sathiya, Indi, Rasyidi dan lain-lain tu memang best. Cuma bagi aku Zul Huzaimy setakat ini paling berkesan di hati ni bila memegang watak orang buta. Tapi tak adil la kan nak bandingkan dengan filem "Wayang".Genre pun dah lain. Lakonan Bront memang dah dalam kelas yang tersendiri. Mamat ni memang muka fleksibel la. Boleh jadi serabai gila (Setem & Sindarela), dan boleh jadi smart (Rona Roni Makaroni). Lakonan Bront dalam Setem mengingatkan aku pada Shikamaru atau Gaara dalam anime Naruto.hehe..Cool ja.. Sathiya memang buat aku gelak dengan dialog-dialog yang spontan.
Apa yang penting, motif filem komedi adalah nak menghiburkan penonton, dan pada pandangan aku sebagai penonton, aku terhibur. Jadi, kesimpulannya filem ni berjaya la kan. Sekurang-kurangnya terhibur la hati aku yang tengah kacau ni.huhu.. Dan moral filem ni, jangan tamak!!hehe..Signing off for today..

p/s: Aku masih rasa Baik Punya Cilok adalah filem komedi paling best untuk aku setakat ni.

Sunday, August 2, 2009

Apabila Rakyat Turun Ke Jalanan..

Apabila rakyat mula turun ke jalanan, maknanya ada sesuatu yang mereka mahu suarakan. Maknanya sistem penyampaian maklumat kerajaan sudah rosak teruk..Sampaikan tak berupaya mendengar apa yang mahu disuarakan rakyat (sengaja memekakkan telinga mungkin?). Aku bercakap tentang demonstrasi GMI 1 Ogos semalam..

Kenapa aku sokong GMI? Setahu aku di dalam Islam menahan seseorang tanpa bicara itu adalah salah . Dalam Islam juga, apabila menentukan hukum, prinsip yang dipegang adalah "matlamat tidak menghalalkan cara". Akta ini sepatutnya tidak diamalkan di negara Islam seperti Malaysia.Lantaklah apa pun alasannya. Tunku Abd Rahman mengaku bahawa akta ini semata-mata untuk mengekang komunis, bukan untuk digunakan sewenang-wenangnya. Tak guna kita nak membicarakan kekhilafan Tunku mengimplimentasi akta ini dari awal dulu. Persoalannya, sekarang.. Apa yang kita sanggup lakukan untuk pertahankan prinsip kebenaran itu? Atau hanya mampu memejamkan mata terhadap ketidakadilan yang berlaku?? Tepuk dada tanyalah iman.. Bagi aku perhimpunan GMI itu tak perlu berlangsung seandainya kerajaan dari dahulu mendengar suara rakyat. Mengkaji semula akta tersebut tidak memadai. Melainkan memindanya dengan membolehkan tahanan dibicarakan di mahkamah.

Memang diakui ada kebaikannya akta ini, tapi tidak mampu mengatasi kuburukan yang telah berlaku. Ya, sememangnya sudah khilaf di awal perlaksanaannya. Maka sekarang ini kita melihat impak domino yang dicetuskan. Kita sudah melihat penyelewengan akta ini apabila Tun Dr. Mahathir menggunakannya terhadap reformis yang dilihat menggugat kuasa kerajaan. Lama sebelum itu Dr. Burhanuddin Helmy, Pak Said Zahari yang mempertahankan kebebasan akhbar Utusan Melayu juga pernah menjadi mangsa akta ini. Kepada yang masih mempunyai hati, tidak terdetikkah di jiwa bahawa tahanan tanpa bicara itu kejam? Bukan sehari dua, bertahun lamanya terpisah dari dunia luar dan digantung tak bertali oleh kerajaan di tanah tumpah darah sendiri.. Jika benar mereka bersalah, dakwa. Dan jika tidak mempunyai bukti, maka lepaskanlah.. Walau apa pun alasannya, sesuatu yang dimulai dengan cara yang salah, tidak akan memberi hasil yang baik..

Sajak Suara
sesungguhnya suara itu tak bisa diredam
mulut bisa dibungkam
namun siapa mampu menghentikan nyanyian bimbang
dan pertanyaan-pertanyaan dari lidah jiwaku

suara-suara itu tak bisa dipenjarakan
di sana bersemayam kemerdekaan
apabila engkau memaksa diam
aku siapkan untukmu: pemberontakan!

sesungguhnya suara itu bukan perampok
yang ingin merayah hartamu
ia ingin bicara
mengapa kau kokang senjata
dan gemetar ketika suara-suara itu
menuntut keadilan?
sesungguhnya suara itu akan menjadi kata
ialah yang mengajari aku bertanya
dan pada akhirnya tidak bisa tidak
engkau harus menjawabnya
apabila engkau tetap bertahan
aku akan memburumu seperti kutukan

(Wiji Thukul)

Saturday, July 25, 2009

Mencari Pelangi


Rindunya.. Rindu nak main teka-teki bangang yang aku tak pernah dapat jawab,rindu nak dimarahi, rindu nak keluar makan roti canai pukul 2 pagi, rindu nak berdebat pasal politik,rindu nak dengar dia menyanyi lagu P. Ramlee..Walhal dulu kalau dia menyanyi aku yang cakap bingit.huhu.. Aku rindu pelangi aku yang ini..


Pendek kata hidup aku dah lain.hmm.. Kalau Cinderella sekurang-kurangnya ada Prince Charming nak selamatkan dia.. Aku?? Masih mencari kaki pelangi, supaya aku takkan kehilangan lagi pelangi tu. Supaya pelangi itu tak tinggalkan aku lagi..Dan supaya walaupun malam berlabuh, aku masih tahu di mana akan kucari pelangi aku esok hari.. Kan bagus kalau Neverland itu betul-betul wujud..Aku takkan membesar, tak perlu aku jadi seorang dewasa yang rumit sungguh fikirannya.. Argh!! Mimpi lagi aku!!



Friday, July 24, 2009

Percubaan Pertama.


Aku kekeringan idea nak dicurah pada kanvas maya ni.huhu.. Sebagai catatan rasmi aku yang pertama, aku harap kotak maya ini dapat mengisi kebosanan aku yang sangatlah susah nak lelap di malam hari.hehe.. Jam biologi badan ini sudah kepenatan barangkali.

Kecoh pasal H1N1. Aku di kelas pun dikelilingi kawan-kawan yang demam belaka. Aku pun tak pasti samada temanku sekadar home sick atau memang dah terjangkit.hehe. Aku pun dah macam terkena penangannya. Berita baiknya kampus aku cuti seminggu.horray!! Terpaksa diawalkan cuti semester yang seminggu itu, sebab nak mengikutkan kampus-kampus cawangan yang diarah tutup kerana Swine Flu. Esok masih ada aktiviti "wajib" untuk pelajar baru. Aku? Ponteng la jawabnya.hehe.. Teman-teman semua dah angkat kaki, aku pun dah hilang selera nak layan kerenah fakulti. Sudah 3 minggu aku "kerja" 7 hari tanpa cuti. Buruh paksa pun tahu lari kalau terus macam ni.

Cukuplah sekadar ini buat permulaan. Akan datang mungkin lebih banyak catatan aku. Aku baru saja mulakan dunia baru, banyak lagi perkara yang akan aku tempuh. Untuk itu, aku harapkan Allah kurniakan aku ketabahan dan kekuatan. Signing off..